Telaga Boring…

Biasa kita dengar pepatah ‘perigi cari timba’, ‘lupak jadi perigi’ ataupun ‘berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga’. Satu lagi yg kerap kita dengar ‘perigi buta’

Peribahasa pasal perigi boring tak tahu ada ke tidak. Terus terang cakap ini first time aku dengar wujudnya telaga boring.

Rupanya ada juga telaga yg keboringan. ha..ha..

Penduduk terkejut ‘telaga boring’ keluar gas

Penduduk kampung cuba menyalakan api daripada gas bawah tanah di Kampung Padang Machang Manir, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 7 Sept. – Seorang penggali telaga tiub atau lebih dikenali sebagai ‘telaga boring’ di sini terkejut apabila mendapati bukan sahaja air, tetapi gas juga keluar dari paip tersebut.

Musa Omar, 48, yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam kerja-kerja berkenaan menyedari situasi itu kira-kira pukul 5 petang semalam setelah menggali hampir beberapa jam di pinggir sebuah rumah di Kampung Padang Machang di sini.

Menurutnya, dia telah menggali sedalam kira-kira 11 meter sebelum terdengar bunyi aneh seperti angin dalam perut yang sedang berkeroncong.

Ekoran itu katanya, dia cuba menarik keluar batang paip yang digunakan dalam kerja-kerja menggali tersebut dan nampak wap panas keluar daripada batang paip berkenaan.

“Hampir satu jam saya tunggu kalau-kalau ada api yang akan keluar. Lepas itu baru saya terfikir untuk mengambil mancis dan cuba mencucuhnya dekat wap panas tersebut sehingga keluar api,” katanya ketika ditemui di tapak kejadian hari ini.

Tambah Musa, wap itu tidak mengeluarkan sebarang bau dan tidak terlalu panas kerana batang paip tersebut langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan cair.

Kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang ingin melihat sendiri fenomena tersebut selain kehadiran kehadiran sepasukan anggota polis dan bomba.

Pasukan bomba juga dilihat berusaha memadamkan gas yang sesekali mengeluarkan api itu dengan menggunakan hos air.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, peristiwa yang hampir sama pernah berlaku di kampung tersebut kira-kira 25 tahun lalu tetapi tidak dihebohkan kepada orang ramai.

“Orang yang menggali air boring pada masa itu berasa takut selepas terdengar bunyi pelik dari bawah tanah dan terus mengambus lubang yang digali,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Fauzi Muda memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.45 pagi tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Setakat ini, kita dapati gas yang keluar itu tidak berbahaya tetapi kita terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dan telah menghubungi Jabatan Mineral dan Geosains untuk membuat kajian lanjut,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Pengetahuan baru utk aku yg baru tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s