Mat Sabu Akhirnya Bertemu Mat Indera?…

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Tu kata peribahasa lama. Mungkin dizahirkan time gawat keganasan komunis vs kebangkitan Tentera Selempang Merah Panglima Salleh dulu kot.

Disebabkan gagal mengawal percakapan bukan sedikit jerih perih yg kena dilalui Mat Sabu. Gara-gara mulut berusnya telah mengherokan komunis yg diketuai Mat Indera,  Mat Sabu & Gang terpaksa mengerah kederat memulakan misi mencari waris-waris polis Bukit Kepong.

Misi yg diharapkan mampu menjadi cover line terbaik utk menutup keceluparan mulutnya kemudian berakhir dengan adegan yg memalukan bilamana di halau oleh sanak saudara waris polis Bukit Kepong.

Kegagalan memanipulasi waris polis Bukit Kepong itu menambah lagi beban atas batu jemala Mat Sabu dan Pas selepas sebelumnya gagal meyakinkan khalayak utk berhenti menyerang keterlanjuran mulutnya melalui ‘bukti kukuh’ buku biografi Pengukir Nama Johor.

Dek kerana terdesak mencari perisai kemudian membawa kepada misi menjejak adik tiri Mat Indera yg kemudiannya menjadi senjata makan diri utk Mat Sabu & Pas bila skrip yg di rancang menyebabkan percanggahan pula dgn kenyataan asal Mat Sabu.

Semasa ceramah kontroversi Mat Sabu bangga mengangkat Mat Indera sebagai hero kerana mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong, dalam pembelaan adik tiri Mat Indera pula menafikan abangnya itu datang utk bertempur dgn polis Bukit Kepong.

Alih-alih agaknya payah sangat berurusan dgn orang yg masih hidup telah membawa kepada cetusan idea baru utk menziarahi kubur Mat Indera.

Misi kali ni nampaknya berjaya, itupun selepas kubur tanpa nama tu didedahkan oleh Sinar Harian, kalau tak jangan haraplah Mat Sabu rajin turun pi carik kubur tu. ha..ha..

Buku pengukir Nama Johor pun Mat Sabu baru terjumpa dan terbaca sewaktu kalut mencari bahan rujuan utk defend diri, inikan pula kubur yg dikatakan milik Mat Indera.

Time ligat duk ceramah menghina dan memijak jasa orang lain mana dia terfikir akhir nanti terpaksa menebalkan muka menjejak waris sanak saudara polis Bukit Kepong dan kemudiannya terpaksa pulak memohon jasa baik adik tiri Mat Indera sebagai galang ganti utk perisai diri.

Normallah tu, mulut selalunya ke depan dulu fikir kemudian. Standard orang suka berceramah siang malam lagu tu la.

Cuma sayang skit, hukum hakikat dunia ini telah menetapkan bahawa orang dah mati tidak dapat bercakap. Jadinya misi Mat Sabu mencari kepastian dan bukti menyokong kenyataan kontroversinya barangkali berakhir dgn sedekah doa saja utk arwah Mat Indera.

Eloklah ziarah kubur, dari tanah kita datang kepada tanah jua kita jadinya kelak.

Siang malam asyik berceramah menyalahkan dan memaki orang lain je, sekali sekala apa salahnya tunduk ke bumi ziarah kubur utk mengingatkan diri yg tak selamanya kita mampu guna mulut utk menyakitkan hati orang lain.

Akhirnya berjumpa jugak Mat Sabu dengan Mat Indera idolanya. Itupun kalau betul tu kubur dia la. Mission accomplished.

2 thoughts on “Mat Sabu Akhirnya Bertemu Mat Indera?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s