Cukai 6% Prepaid…

Ni la masalah dgn orang business, asyik duk nak kejar untung berjela-jela je.

Apa sangatlah bebannya kalau kekalkan saja tanggungan 6% bg setiap prepaid card tu under syarikat masing-masing. Kalau since 1998 boleh tanggung takkan skang dah tak boleh?

Zaman skang ni penggunaan telefon dah jadi satu kemudahan asas, kalau pengguna tak buat call depa akan sms, pendek kata untungnya tetap masuk jugak utk company telco.

Pengguna akan sentiasa bertambah bukannya makin berkurang.

Kot kalau berkira sangat dengan pengguna, kan kalau kerajaan luluskan satu dua company telco lain yg ruginya company telco yg lama jugak.

60 sen bagi setiap RM 10, nampak kecil tapi besar kesannya.

Banyak cara lagi utk serap kos kalau betul kadar panggilan dan sms utk prepaid lebih tinggi berbanding pasca bayar line tu, misalnya up kan charge utk panggilan ke negara-negara yg rakyatnya ramai di negara ni atau kurangkan masa per minute dgn kadar sekarang.

Harap pihak berwajib ambik perhatian la, sebelum ia menjadi ikutan company lain. Harap takde yg hanya reti goyang telur je dlm office beraircond tu, tak rugi kalau jengah-jengah ke bawah dengar pandangan rakyat.

Cukai talian prabayar 6 peratus
Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

5 thoughts on “Cukai 6% Prepaid…

  1. Ok le tu 6%.

    penah dengar tak. Minyak naik –> kongsi kereta. Tol naik –> guna jln biasa. Ayam naik –> makan ikan. Gula naik –> kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, Tepung naik –> …. u sambung lah sendiri.

    Dalam kes ni, klu tak nak bayar kena guna burung merpati semula lah gayanya.

    Sekadar keluhan.
    Diharap tidak menyinggung mana-mana pihak.
    TQ.

  2. time astro buat taik naikkan caj sampai melambung pun kerajaan gagal kekang kenaikan tu.

    ni kalau gagal jugak kawal cukai 6% topup ni ibarat kerajaan sengaja cari pasal la.

    mustahil takde jalan utk settle masalah ni. jgn pandang remeh isu lagu ni pak menteri oooii. nampak kecik tapi besar kesannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s