Anwar Jaja Mata Lebam Untuk Raih Publisiti Murahan

Anwar RayuMakin dekat tarikh 28 & 29 Oktober 2014 kelihatan makin terdesak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dibuatnya hingga terpaksa diolah semula kisah dia ditumbuk sampai lebam sebelah mata oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Nor pada 1998 dulu untuk meraih simpati dan publisiti murahan.

Kata Anwar kalau ditakdirkan dia dipenjarakan sekali lagi, “tolong jangan pukul saya lagi.” Alahai,… syaduhnya rayuan dari seorang politikus haprak yang berada dalam kebimbangan kalau-kalau hayat politiknya akan berakhir di sebalik tirai besi di istana Sungai Buloh.

Bagi balaci PR yang umur setahun jagung atau yang sudah tua bangka tapi hilang ingatan, mungkin bila mendengar rayuan sedemikian boleh membangkitkan kembali semangat untuk mereka meramaikan himpunan dan demonstrasi ‘Rakyat Hakim Negara’ anjuran PKR di perkarangan mahkamah persekutuan kelak.

Namun bagi generasi yang pernah melalui detik cemas kegilaan gerakan reformasi 1998-2001 yang tercetus selepas pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO & Timbalan Perdana Menteri atas faktor moral, rayuan sebegini sebenarnya seumpama rintihan sang anjing yang tersepit minta dilepaskan.

Bila terselit perkataan anjing di atas janganlah pula ada badigol PR yang tak faham peribahasa Melayu pergi spin kata penulis menghina Anwar sebagai seekor anjing pula. Itu bukan menghina tapi merujuk kepada peribahasa “melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.” Ada faham?

Tapi kalau Anwar nak rasa terhina pun lantak pi lah, setidak-tidaknya akan mengingatkan dia bahawa lebam matanya dulu disebabkan bekas KPN tika itu berang teramat sangat bila Anwar melaung-laungkan gelaran provokasi ‘polis anjing kerajaan’ dalam beberapa demonstrasi jalanan di zaman kegelapan reformasi dulu.  Selanjutnya klik di sini…

One thought on “Anwar Jaja Mata Lebam Untuk Raih Publisiti Murahan

  1. Do you want unlimited content for your site ?
    I’m sure you spend a lot of time writing content,
    but you can save it for other tasks, just search in google: kelombur’s favorite tool

Leave a comment