Kenapa DAP Menggelabah Bila Utusan ‘Serang’ Kongsi Gelap?

ADUN Kuala SepetangSejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif, “Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”. Pada Ahadnya, akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?”

Sungguhpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Namun jelas Khalid, pihaknya tidak menafikan berlakunya jenayah di kawasan terlibat namun tidaklah serius seperti yang digambarkan termasuk didalangi kumpulan mafia yang kebal daripada tindakan penguat kuasa.

“Belum ada tempat di mana-mana juga di negara ini yang membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa takut untuk berhadapan apatah lagi jika keadaan tersebut mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”

Bagaimanapun apa yang menarik ialah kesungguhan ADUN Kuala Sepetang (PKR) yang menafikan jenayah merupakan masalah di Kuala Sepetang.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling, menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang, Perak.

Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah, sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam.

“Selepas (laporan) mafia bermaharajalela, sekarang Robin Hood berkuasa, saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia.

“Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan.

“Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal,” kata beliau.

Tanda Tanya

Kesungguhan Chua Yee Ling menafikan laporan penyiasatan Utusan Malaysia sangat mengelirukan kerana ia bukan dalam bidang kuasa beliau. Apa yang diutarakan oleh Utusan ialah aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mungkin diketahui oleh penduduk setempat.

Sungguhpun Polis tidak menganggap ia kegiatan mafia atau jenayah terancang, namun Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud masalah kegiatan jenayah ini dan telah mengarahkan telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Jadi apakah ada hubungan tertentu untuk ADUN Kuala Sepetang tersebut sehingga perlu muncul membelasah Utusan Malaysia dan mengalihkan tumpuan kepada isu prasarana Kuala Sepetang yang semakin daif?

Isu yang ditimbulkan oleh Utusan bukan isu rakyat setempat tetapi isu keselamatan negara. Justeru adalah sangat menghairankan untuk seorang wakil rakyat yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang jenayah tampil untuk meremeh-temehkan laporan tersebut.

Apakah ada hubungan tertentu antara adun terbabit dengan pihak-pihak yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut. “Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.”

Sumber: MyKMU.Net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s