Chegu Bard Dedah 2 ADUN DAP & 3 ADUN PKR Tolak Wan Azizah

pas-dap-pkr[1]Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik lebih kurang sebulan yang lalu bagi menggantikan Khalid Ibrahim rupa-rupanya belum boleh merasa selesa kerana sudah ada pertikaian dan tanda-tanda awal wujudnya cubaan untuk mengganggu-gugat kedudukannya sekarang.

Gangguan yang dimaksudkan itu bukannya datang dari BN apatah lagi UMNO sebaliknya merupakan gerakan dari dalam PKR sendiri yang kelihatannya sengaja mahu mencabar kewibawaan Azmin selaku MB yang dipilih dan direstui Sultan Selangor.

Seminggu dua yang lepas perkhabaran sebegini dianggap sebagai perang saraf UMNO oleh penyokong PR, kali ini harus mereka meloncat sakan kerana yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai MB datangnya dari pemimpin PKR sendiri iaitu Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Saharin.

Dalam pendedahannya seperti dilaporkan oleh portal Malaysia Gazzete, Chegu Bard menuduh kejayaan Azmin menjadi MB Selangor disebabkan kelicikan Timbalan Presiden PKR itu melakukan sabotaj ke atas pencalonan Presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwanya angkara tindakan 5 orang ADUN PR, dua dari DAP dan tiga dari PKR yang membuat akuan bersumpah (SD) yang baru dan menarik balik sokongan ke atas Wan Azizah menyebabkan Presiden PKR itu tidak dilantik menjadi MB Selangor yang baru.

Lanjutan dari penarikan semula sokongan oleh 5 ADUN PR itu Azmin dikatakan telah mengambil kesempatan melobi pihak istana untuk membolehkan jawatan MB diserahkan kepadanya. Atas faktor tersebut Chegu Bard menuduh ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai Timbalan Presiden yang rakus, tamak dan tidak berdisiplin.

Persoalan siapakah 5 ADUN yang mengkhinati Presiden PKR di saat akhir tidak pula didedahkan, namun Chegu Bard ada memberi bayangan salah seorangnya ialah ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang juga merupakan antara orang kuat Azmin di negeri itu.

Pun demikian soal sahih atau tidak pendedahan yang dinyatakan hakikatnya hanya Chegu Bard dan mereka yang berkaitan dalam PKR dan DAP sahaja yang tahu.

Namun Chegu Bard yang kini digantung keahlian berikutan pendedahannya mengenai penyelewengan oleh pasukan Azmin semasa pemilihan PKR 2014 baru-baru ini mana mungkin berani bertindak sendirian atau tanpa arahan atasan apabila membuat pendedahan besar sebegini. Pasti ada tangan ghaib di belakangnya.

Dalam pada itu PAS yang selama ini di kambing hitamkan sebagai punca utama kegagalan Wan Azizah dilantik sebagai MB tentu sahaja boleh menarik nafas lega seketika kerana pendedahan ini sedikit sebanyak akan menjernihkan semula maruahnya yang tercalar selepas dituduh mengkhianati rakan sepakatan.

Satu yang pasti, jika selepas ini suasana politik di Selangor kembali bergolak, rakyat negeri ini sudah boleh mengagak siapa yang empunya angkaranya dan tidak lagi terpengaruh dengan propaganda pemimpin PR yang sering menyalahkan UMNO atau BN atas segala kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan.

Sumber: MyKMU.Net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s