SPR Bela Pengundi Hantu?…

Betulkah SPR tidak adil? Tidak telus dan memanipulasi daftar pengundi?

Kalau ikutkan hujah Pas dan PKR pendek kata SPR memang tak pernah adil waima utk memang sebijik kerusi pun kalau kita pegang hujah Pas dan PKR tu, memang jauh panggang dari api.

Hatta sapa-sapa daripada Pas, PKR dan DAP nak merasa memerintah negeri berketuakan MB dari parti sendiri atau ber’khalifah’kan KM drpd DAP pun jangan kata secuit sezarah pun tak dapat disebabkan ‘manipulasi’ oleh SPR.

Itu hakikat kalau kita nak pegang pd kritikan dan maki hamun puak PR terhadap SPR la.

Sebetulnya utk handle belasan juta pengundi berdaftar tidaklah semudah Pas, PKR dan DAP mengkritik dan menuduh sesedap rasa.

PKR yg hanya ada sekitar 300,000 ahli dengan hanya 30,000 saja yg berminat keluar mengundi pun boleh kucau lana sampai baling-baling kerusi dan abis bersepah kertas undi dikoyak-koyakkan time pemilihan dalaman, tapi ada hati berani pulak depa nak mengkritik sistem SPR.

Salah satu kekecohan dalam pemilihan PKR yg dihandle oleh PKR yg melibatkan ahli PKR dan utk memilih pemimpin PKR. Tiada kaitan dgn SPR.

Suasana demokrasi dalam pemilihan PKR utk memilih pemimpin PKR dan langsung tak melibatkan SPR.

SPR telah berpengalaman mengendalikan 12 pilihanraya umum, berbelas pilihanraya negeri dan ratusan pilihanraya kecil tidak pernah sekalipun mengalami masalah undi dibuang bersepah seperti gambar di atas yg berlaku dlm pemilihan PKR kelolaan jentera pemilihan PKR sendiri.

Malah sikap keterbukaan SPR telah terbukti wujud keterlusan pabila setiap bantahan mendapat perhatian walaupun diketahui ianya hanya bersifat mainan politik, namun tidak pernah SPR menolak utk menerima kritikan dan tidak lokek kederat utk berusaha memperbaiki sistemnya dari masa ke semasa.

Terbaru, SPR telahpun mengeluarkan kenyataan berkenaan sejumlah 42,051 nama pemilih yg diragui utk pameran di 987 tempat seluruh negara bagi rujukan, bantahan dan kenalpasti oleh mereka yg terlibat.

Selain tu, ada lagi 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 pemilih yg bertukar alamat yg turut dipamerkan kepada umum bagi tujuan sama.

SPR pamer 42,051 nama pemilih dengan rekod meragukan

KUALA LUMPUR 25 Okt. — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini.

Menurut kenyataan SPR hari ini, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.

“Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.

“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas. — Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Apa yg SPR buat ni saban tahun itulah rutinnya dgn satu niat jelas yakni ketelusan dan keadilan.

Kalau SPR ni yg sering kali dipanggil oleh penglipulara Pas dan PKR sebagai ‘komponen BN’, hangpa rasa kalau betul-betul SPR jalankan tugas sbg komponen BN mahunya PRU 1995 hari tu lagi Nik Aziz dah jadi penganggur terhormat dan bukannya MB bertongkat langit macam skang ni.

Yg sebetulnya yg banyak buat tahik pada SPR ni puak Pas jugak. Bukan kita tak tahu sebelum tahun 2002 dulu tu puluhan ribu nama-nama pemilih pro UMNO & BN di ubah kedudukan peti undi dan DUN depa sesuka hati segelintir kerani SPR yg pro Pas.

Selain tu, beribu-ribu nama penyokong Pas turut di pindahkan drpd kawasan kuat depa ke kawasan kelabu dgn tujuan utk rampas kerusi DUN & parlimen milik BN. Nak jelas lg pi tanya Ustaz Mat Iraqi merangkap bekas Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat tu.

Method yg sama depa pernah guna time Pas duk dlm BN sekitar 1973-1978 dulu tu, pindah memindah ahli & penyokong Pas ke felda-felda dgn tujuan utk mengacau UMNO dan mewujudkan penyokong import Pas di felda, tu pasal di felda ramai orang kelantan yg pro Pas yg sebenarnya warisan drpd tangan-tangan Pas sewaktu Datuk Asri menjadi Menteri Tanah waktu tu.

Tidaklah mustahil kewujudan 40,000 lebih nama-nama yg meragukan ini pun sebahagian besarnya mungkin adalah hasil kerjabuat Pas dan PKR utk membusukkan nama baik SPR manakala sebahagian kecil lagi mungkin kerana kesilapan yg tak disengajakan.

PPP cuai isi borang pendaftaran pemilih

PUTRAJAYA 14 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati terdapat kecuaian dan tindakan tidak teliti dilakukan oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) ketika mereka melakukan proses pendaftaran pemilih tahun ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil pemantauan badan itu sepanjang tempoh Julai hingga September bagi kerja-kerja pengisian borang pendaftaran pemilih (Borang A).

Tegas beliau, SPR memandang serius perkara itu dan telah memberi amaran kepada 163 PPP kerana melakukan kecuaian dan tidak teliti dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

“Seramai 94 PPP pula telah ditamatkan pelantikan kerana melakukan kecuaian dan tidak teliti terhadap perkara yang sama secara berulang.

“Tindakan tegas perlu diambil oleh SPR kerana tujuan pelantikan PPP adalah untuk membantu SPR mendaftarkan lebih ramai pemilih dengan cara menyediakan pelbagai saluran pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, objektif SPR adalah memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai mendaftar sebagai pemilih, namun kecuaian dan sikap tidak teliti dalam mengisi borang oleh PPP menyebabkan banyak masa terbuang kerana SPR terpaksa memproses borang yang tidak layak.

Kamaruddin berkata, SPR telah menerima sebanyak 200,395 Borang A daripada PPP di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 71,184 Borang A telah ditolak kerana pelbagai kesilapan.

“Kecuaian dan tidak teliti dalam pengisian Borang A berlaku apabila SPR mendapati PPP yang dilantik mendaftarkan nama pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih (36,139 borang atau 50.76 peratus), mendaftarkan warganegara yang belum layak kerana berumur bawah 21 tahun (2,403 borang atau 3.37 peratus.

“Ia juga termasuk mendaftarkan nama pemohon yang meninggal dunia (2,029 borang atau 2.85 peratus), mendaftarkan nama pemohon bukan warganegara (381 borang atau 0.53 peratus), alamat pemohon tidak sama dengan alamat pada Agency Link Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (15,615 atau 21.93 peratus) dan pelbagai alasan lain,” katanya.

Justeru, beliau berharap PPP yang dilantik terutama dari kalangan parti politik, wakil kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan universiti/kolej dapat melaksanakan tugas dengan jujur bagi memastikan hanya permohonan yang layak sahaja dihantar kepada SPR untuk diproses.

“Bagi mengekang perkara ini daripada berterusan, SPR telah mengetatkan syarat-syarat dalam urusan pendaftaran pemilih di kalangan PPP termasuk meminta mereka menyertakan salinan kad pengenalan pemohon semasa menghantar Borang A,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Apa tu PPP? PPP tu bukannya People Progressive Party yg diketuai oleh M. Kayveas salah satu komponen BN tu, tapi merujuk pada “penolong pendaftar pemilih” yg terdiri drpd wakil-wakil parti politik.

Pas ada PPP dia, PKR pun ada PPP dia, DAP pun ada, UMNO pun ada, pendek kata semua parti ada agennya utk daftarkan pemilih.

Dah tentu dlm kes sebegini UMNO dan lain-lain komponen BN utk sengaja melakukan kesilapan mendaftar pengundi jauh langgit dgn bumi, tapi utk agen ataupun PPP pembangkang menda lagu ni tak mustahil dgn nawaitu utk membusukkan nama SPR.

Cuba fikir sejenak sejak Bershit 2007 diikuti Bershit 2.0 bukankah nampak terancang cara puak PR ‘mendedahkan’ kecacatan daftar pemilih SPR. Try pi check tengok, bila kita ikut satu persatu hampir 90% pendedahan seolah disengajakan hanya bakinya saja boleh dikatakan kecuaian SPR ataupun kesilapan memasukkan data ke database SPR.

Begitu jugak perihak pengundi hantu yg heboh sekitar awal 2000 dulu tu, bukankah sebelum tahun 2002 semua pengundi boleh bertukar tempat mengundi sesuka hati depa tanpa mengikut alamat IC?

Pendedahan Mat Iraqi tidak berapa lama dulu membuktikan Pas merupakan salah satu keparat yg suka buat onar dan tuding jari pd orang lain.

Dek kerana samaada marah pada SPR kerana mengetatkan proses bertukar tempat mengundi mesti berdasarkan alamat IC ataupun sememangnya Pas sudah plan dari awal, maka dalam tempoh di awal-awal tahun 2000 hingga tamat PRU 2004 itulah kecohnya banyak dakwaan pengundi hantu oleh pembangkang.

Tapi yelah, Allah s.w.t tu Maha Adil lagi Bijaksana, tak semena-mena dgn kuasaNya tuduhan jahat pas tu terbongkar pekungnya dgn pengakuan Mat Iraqi sendiri.

‘‘Sebagai contoh, Dewan Ulama sedang menyiapkan kertas kajian berhubung soal perpindahan pengundi dalam usaha mempertahankan kemenangan di Kelantan seperti mana di zaman Saidina Omar yang memindahkan tentera di Iraq untuk memperkuatkan kedudukan tentera Islam di Mesir.” – Mat Iraqi, Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, 03 Jun 2007.

Bukan saja kenyataan Mat Iraqi, lebih daripada tu, MB Pas Kedah skang ni pun pernah mengaku Pas terlibat secara langsung dlm bab pindah memindah & mengeksport pengundi hantu ni.

Azizan akui Pas lakukan pemindahan pengundi

Oleh: SOPHA SULAIMAN
ALOR SETAR 5 Sept. – Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini mengakui Pas memang melakukan pemindahan para pengundinya dari satu kawasan ke kawasan sasaran sebagai strategi menawan Kedah.

Menurut beliau, pelan tindakan itu memang terkandung dalam kertas kerja bertajuk Tahun Tawan Kedah 2003 atau 2TK yang diputuskan di seminar Pas pada tahun 2000.

“Oleh yang demikian dokumen sulit yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan Pas Kedah seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukanlah satu rahsia lagi,” kata Azizan yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat ketika dihubungi hari ini.

Najib semalam mendedahkan dokumen sulit Pas Kedah yang mengatur penghijrahan pengundi secara terancang di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menawan Kedah pada pilihan raya akan datang.

Azizan menambah, berdasarkan kertas kerja itu Pas menggalakkan penghijrahan pengundinya dari 10 DUN kepada DUN sasaran dalam satu-satu kawasan Parlimen setelah menyedari akan berlaku persempadanan semula pada 2002.

Kata beliau, kertas kerja itu juga menggariskan cadangan menambah keahlian Pas, cawangan serta menarik golongan muda menyertai parti.

“Memang kita buat begitu (pindah pengundi) untuk memenangi pilihan raya setelah kita menang 12 DUN dan lapan Parlimen di Kedah pada pilihan raya 1999.

“Selain itu, kami menyedari akan berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sala.

Beliau menegaskan bahawa matlamat parti itu ialah untuk memenangi dua hingga empat lagi kerusi Parlimen dan antara 10 hingga 12 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, tindakan Pas melakukan proses perpindahan pengundi itu tidak menyalahi undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dibenarkan semenjak tahun 1958 di mana pengundi boleh mengundi di mana sahaja tempat ia didaftarkan.

Bagaimanapun, menurut Azizan, kertas kerja Pas Kedah seperti mana yang didedahkan oleh Najib itu tidak boleh lagi dipakai kerana peraturan SPR sekarang memerlukan seseorang pemilih mengundi di kawasan mengikut alamat kad pengenalan.

“Kita tidak dapat lagi melakukan pemindahan pengundi berdasarkan peraturan baru itu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

So skang, bukankah terbukti SPR sememangnya berusaha sedaya upaya mereka sejak dulu hingga kini utk berlaku adil namun usaha-usaha SPR tersebut kerapkali di jadikan mainan oleh Pas dan kuncu-kuncunya dgn mencipta hantu pocong Pas  tapi kemudiannya menuduh pula SPR sebagai membela hantu.

Satu jari duk tuju pada SPR sebagai tidak adil dan tidak telus, 4 jari tuju pd batang tubuh Pas sendiri. Gitulah Pas sejak zaman diluluskan pendaftarannya sebagai parti politi oleh British hinggalah zaman millineum skang ni. Berak merata-rata kemudian tuduh orang lain yg buat tahik atas jalanraya.

Depa kentut dalam lif kemudian dgn selamber pi ketuk kepala macha bangladesh sbg punya bau busuk kentut tu. Pi gii dah Pas.

Jadinya, selepas ini kalau tetiba Pas timbulkan apa saja isu politik tak kira panas atau suam, hangat atau tidak… menda pertama yg perlu kita tanya diri kita ialah “Betulkah tuduhan Pas tu ataupun ianya adalah revrse psiko utk menutup kejahatan Pas sendiri”..

Kalau kita faham permainan Pas dlm berpolitik ni InsyaAllah selamatlah kita drpd termasuk dalam golongan gila babas dan seumpamanya.

Selingan Bergambar

Upacara tertinggi dlm PKR, mengundi sambil baling kerusi sempenan meraikan parti paling demokratik ataih dunia yg diketuai oleh Ketua Umum merangkap suami kepada Presiden merangkap bapak kepada Naib Presiden yg jugak MP lembah Pantai merangkap bekas ketua kpd pembantunya yg juga Timbalan Presiden parti. Anak beranak suami isteri dan kroni sehidup semati dalam satu parti, keajaiban ke-8 dunia moden.

One thought on “SPR Bela Pengundi Hantu?…

  1. Pingback: Sistem Pemilihan Dikatakan TERBAIK DiDunia – PKR Hancur!!! « umnobahagianparit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s