Dilema Penyokong PAS

https://i1.wp.com/din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2013/01/Isu-Kalimah-Allah-Dan-Bible.jpgPendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya  turut  menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian.

Meskipun begitu, Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya telah mengambil pendirian bertentangan dengan PR, selari dengan sentimen semasa di kalangan umat Islam yang berterusan membantah cubaan DAP untuk menodai kesucian kalimah Allah S.W.T.

Sehingga kini Majlis Syura kekal dengan keputusan mereka menolak pendirian Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan kesucian kalimah Allah S.W.T tetap akan dipertahankan.

“Main pillar (tunggak utama) itu kita tak boleh ansur. Contoh tidak bertolak ansur kalimah Allah. Saya bertegas dan akan pertahankan ia tidak boleh dibenarkan untuk diguna pakai untuk diterjemahkan dalam bahasa lain,” demikian penegasan oleh Dr Haron Din.

Dr Haron Din mungkin benar-benar bersungguh dalam hal ini, tapi realitinya sehingga sekarang PAS gagal mempengaruhi PR untuk mengubah pendiriannya dalam isu kalimah Allah S.W.T. Selagi PR kekal dengan keputusannya, sama seperti PAS meredhakan kesucian kalimah Allah S.W.T dinodai dan disamakan dengan Jesus atau Lord, Tuhan orang Kristian.

Ini juga bermaksud, PAS kekal berada dalam keadaan tersepit selagi PR kekal dengan pendiriannya.

Keadaan ini menyebabkan penyokong PAS berada dalam dilema, mengundi PAS bermakna bersetuju dengan pendirian PR yang membenarkan kalimah Allah S.W.T disamatarafkan dengan konsep ketuhanan trinity Kristian. Menolak pendirian PR pula bermaksud menentang kerjasama PAS dalam PR.

Suka atau tidak, andainya penyokong PAS masih mengundi mana-mana calon PR sama ada dari DAP, PKR mahu pun PAS, ia seperti satu pengiktirafan terhadap PR yang memperakui kesucian Allah S.W.T boleh dinodai demi kepentingan politik.

Dalam dilema yang serba rumit ini, penyelesaian yang tinggal untuk PAS ialah dengan segera membuat kenyataan rasmi menolak pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T, jika itu dapat dilakukan tidaklah lagi pening kepala penyokong bawahan.

Tapi sanggupkah PAS menahan asakan dan serangan bertali arus dari DAP kelak seandainya PAS menarik balik persetujuan bersamanya dengan PR?

Mungkin dalam keadaan terdesak PAS akan melakukannya untuk menarik balik sokongan yang hilang, tapi ia sudah terlambat kerana tak mungkin orang Melayu Islam sanggup mempertaruhkan lagi kepercayaan kepada PAS yang sudah terbukti gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s