Isu Kalimah Allah Tak Akan Selesai Sebab DAP Dalangnya

pkrdap-buli-pasWALAUPUN Mahkamah Persekutuan semalam dah buat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah sama sebelum ini yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, tapi penulis percaya isu ini tidak akan selesai begitu sahaja.

Pertubuhan gereja yang terbabit mungkin boleh terima keputusan, maklum, yang bawa pergi Mahkamah isu ini pun mereka juga. Yang kita bimbang ini ialah pihak yang cuba mempolitikkan isu ini pasti tidak duduk diam dan akan terus menghasut pertubuhan gereja berkenaan supaya memanjangkan isu ini selama boleh.

Terutama sekali DAP. Continue reading

DAP Takut Program Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan?

betina-bodoh[1]Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendakwa punca utama ramai ibu bapa bukan beragama Islam enggan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah disebabkan wujudnya program Islamisasi.

Katanya, program Islamisasi dan agenda agama di Sekolah Kebangsaan terlalu meluas sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa bukan Islam memaksa mereka memboikotnya dan lebih selesa menghantar anak masing-masing ke Sekolah Jenis Kebangsaan. Continue reading

Bible Bahasa Melayu Dipulangkan, Tapi Tak Menjawab Persoalan Kenapa Ada Di Selangor

murtad[1]PENULIS menyokong penuh keputusan Istana Selangor ‘menghapuskan’ 351 bible bahasa Melayu/Iban yang dirampas 9 bulan lepas dengan cara menyerahkannya kepada pertubuhan gereja ACS yang berpengkalan di Sarawak.

Memang isu ini macam dah selesai tapi nampak sangat ada yang tak kena dengan MAIS sehingga nak tunggu pertukaran Menteri Besar baru nak buat keputusan tersebut. Mungkinkah ini kes politik polong (sendiri buat hal, sendiri selesaikan) untuk cemar pentadbiran terdahulu, penulis tidak tahu. Continue reading

Anwar Sokong SIS, Tidak Setuju Fatwa Haram Oleh MAIS

Geng SIS Liberal & Pluralisme AgamaRamai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut. Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’ Continue reading

Langkah MAIS Haramkan SIS Tepat

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2014 lepas telah mewartakan fatwa pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) setelah mendapati pertubuhan itu terlibat secara aktif dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Pengharaman itu selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 yang menyimpulkan mana-mana aliran pemikiran atau fahaman liberal dalam beragama adalah menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Continue reading

Dilema Penyokong PAS

https://i1.wp.com/din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2013/01/Isu-Kalimah-Allah-Dan-Bible.jpgPendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya  turut  menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian. Continue reading

8 Perkara Dalam Amanat Hadi

Kesan Amanat HadiSeorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas. Continue reading

Anak Papa Terus Kepanasan…

https://i2.wp.com/3.bp.blogspot.com/-3CzFuRdh8Xs/UJ8fM0_5WeI/AAAAAAAAvhE/fyy73N-3m0U/s640/575215_405422939529897_1384845875_n.jpgNurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?” terus mengundang bantahan umat Islam.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab ‘Contact Us’, di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-
Continue reading

Hassan Jatuh Di Timpa Tangga, Pas Terlentang Di Gelek Steamroll..

Dek kerana ketegasannya mempertahankan prinsip, Hasan Ali  kemudiannya disepak diteranjang tanpa dapat membela diri, keahlian sebagai anggota Pas terlucut dan jawatannya sbg exco pun di tarik balik.

Dah jadi macam jatuh di timpa tangga, dah ler jatuh kemudian di pijak-pijak pulak.

Nasib badan, tapi itulah hakikat politik dalam Pas kini, perjuangan menentang gejala murtad serta ketegasan membendung aktiviti maksiat selain sesekali mengkritik corak kepimpinan Anwar dah di anggap sebagai tindakan yg merugikan Pas. Continue reading

Joget Malam Raya Haji…

Tahun lepas (2011) kita umat Islam meraikan hari raya AidilAdha pada tanggal 6 November 2011 (10 Zulhijjah 1432). Tatkala itu pulak, Dato’ Seri Najib, Datin Rosmah & anggota rombongan mereka berada di Mekah utk menunaikan ibadah haji.

Isu berkaitan ibadah haji Najib yg pernah dikontroversikan dgn fitnah oleh bloggers pembangkang dah lama senyap sunyi, tapi utk yg belum menemui jawapannya boleh klik link berikut. (Najib & Isu Bodyguard di Mekah ataupun di sini)

Continue reading

Anwar Ibrahim Ngko Berani Datang ka?…

5 & 6 januari 2011 nanti akan di adakan solat hajat bagi memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan kebenaran dan melaknat orang yg melakukan fitnah.

Majlis solat hajat tu yg di sarankan oleh YB Zulkifli Noordin terbuka utk semua malah 2  manusia paling penting dalam kes liwat yakni Anwar Bin Ibrahim dan juga mangsa liwat, Saiful Bukhari jugak di jemput hadir.

3 tahun lepas dah ramai orang ajak Anwar & Saiful bersumpah laknat, namun hanya Saiful saja yg yakin & tawakkal pada kebesaran & keadilan Allah s.w.t apabila bersedia melakukan sumpah laknat terhadap dirinya sekiranya dia memfitnah Anwar Ibrahim dalam kes liwat. Continue reading

Solat Berjemaah Umpama Perhimpunan Haram?…

Hari ni akan ada solat hajat & program munajat di Madrasah Salahiah Kanchut, Kedah sebagai salah satu usaha menyelamatkan Madrasah Salahiah dan tanah wakaf khas tersebut daripada menjadi mangsa kerakusan pihak berkepentingan duniawi.

Program Munajat Perdana yg akan bermula pada 12 tengahari nanti hingga jam 5 petang akan diisi dgn pelbagai program antaranya tazkirah dan ceramah.

Pada 28 Disember lepas, Ketua Dewan Pemuda Kawasan Alor Star telah membuat report polis dgn tujuan meminta pihak berkuasa menghalang Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salahiah (BBSMS) daripada meneruskan Munajat Perdana Madrasah Salahiah selain menuduh BBSMS telah menentang Sultan Kedah & Majlis Fatwa. Continue reading

Nik Aziz Tertekan & Keletihan…

Kesian Nik Aziz, tertekan berbenor gamaknya dgn isu ‘penabalan’ beliau sebagai ‘nabi’ oleh ostaz budak terencat.

Mana taknya, dalam duk pening kepala dgn perebutan jawatan MB oleh 3 kelompok berlainan dlm Pas Kelantan, skang timbul pulak ostaz terencat yg memandai pi declare dia sebagai ‘nabi’.

Jenuh Pok Nik duk bersilat mulut sampai terpeleot lidah, tai chi sana kungfu sini alih-alih dah tak larat sangat nak menjawab, senang cerita guna alasan keletihan sajalah sambil berharap isu ni akan pudar & dilupakan. Continue reading

Ulama Adalah Nabi: Nik Aziz Cuci Tangan…

Bukak mulut juga akhirnya Nik Aziz berhubung isu ostaz budak yg menyalahtafsirkan maksud “ulamak pewaris nabi”.

Cuma agak hampa bagi ramai penyokong Pas yg duk mengharapkan Nik Aziz akan bertindak berani dengan mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat & teguran terhadap kelancangan mulut ostaz budak tu.

Harapan hanya tinggal harapan sajalah utk totok Pas yg ramai antara mereka kelu mulut dan terpeleot lidahnya utk menjawab keterbabasan ostaz pujaan depa tu. Continue reading

Islamik Pas Versi Buntut Kuali…

Ramai kalangan penyokong & ahli Pas fikir parti Pas adalah wadah perjuangan Islam di Malaysia, manakala UMNO pula bagi mereka adalah parti yg unIslamik.

Pendek kata asal saja Pas atau pemimpinnya bersuara, maka sujudlah semua ahli & penyokong Pas membenarkan tiap butir kata-kata yg keluar dari mulut pimpinan mereka. Putih kata pucuk pimpinan, putihlah bagi penyokong Pas. Takde bantahan, takde persoalan, yg wujud hanyalah angguk-angguk sepanjang zaman.

Itu hakikat yg ada dlm Pas, warisan selama 60 tahun wala’ & taat buta tuli hatta buntut kuali pun depa sanggup kata putih berkilat. Continue reading

Tiada Hudud Jika Pakatan Rakyat Memerintah – Anwar…

Akhirnya tembelang Pas pecah, selepas lebih 2 dekad Pas mempolitikkan hudud ke hulu ke hilir hari ni tak semena-mena Anwar terlepas cakap bahawa hudud takkan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Malaysia.

Sebetulnya dah lama kita tahu, isu hudud hanyalah umpan politik dan modal kepartian Pas utk mencari pengaruh saja.

Pas boleh bercakap apa saja namun hakikatnya yg akan memegang teraju pemerintahan negara sekiranya PR ditakdirkan memerintah ialah Anwar & PR, bukannya Pas. Pas hanya akan jadik kain buruk yg melukut tepi gantang sambil mendendangkan lagu-lagu merdu pasal Islam saja. Continue reading

Tentera & Unit Khas Mengawal Mekah & Madinah…

Selalu kita dengar orang kata, Kota Suci Mekah & Madinah sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Kenyataan tu betul sebagaimana kenyataan yg menyebut kitab suci Al-Quran akan sentiasa terjaga kesuciannya.

Namun, dalam pada kita yakin dgn penjagaan & lindungan Allah s.w.t, tidaklah pulak kita digalakkan berdiam diri berpeluk tubuh tanpa mengambil walau sedikit langkah pre-caution utk keselamatan Kota Suci Mekah & Madinah. Continue reading

Seksualiti Merdeka: Hormati Gay Yang Tertindas?…

Parah… memang parah dah golongan liberal di negara kita ni.

Sejak berlakunya tsunami politik dalam PRU 2008 lepas nampak macam kian ramai golongan liberal & pejuang hak kebabasan berani menonjolkan diri depa secara terbuka.

Depa ni samaada golongan politikus, NGO mahupun orang perseorangan seakan nampak ‘sinar kebebasan’ yg selama ni depa terkongkong dgn dasar kerajaan yg sedikit tertutup dalam bab kebebasan tertentu. Continue reading

Isu Mekah: Bodyguard Hanya Jaga Najib?…


Betui ka hanya Najib dan rombongannya saja yg di kawal rapi oleh bodyguard dan askar Arab Saudi?

Kalau kita tengok gambar rantaian bodyguard yg mengawal rombongan Najib di Mekah tu sahih semua orang kata Najib nak bermewah-mewah dan mengamalkan kasta semasa melakukan ibadat haji.

Gitu la pandangan segelintir khalayak terutama sekali rakan-rakan kita dari totok Pas dan balaci PKR yg rasanya terlampau excited mencari isu sensasi utk up kan rating blog masing-masing. Continue reading

Najib Pi Haji Pun Jadik Isu, Kronik Sungguh Puak Pas Ni…

Ntah kat mana masalah utama pengikut & totok Pas, macam ada skru longgar maybe tu pasal ramai totok yg buta tuli telan selamber je semua propaganda yg dihidangkan oleh bloggers & media depa.

Kali ni depa duk pertikai dan menyindir pasal kawalan rapi oleh pihak keselamatan Arab Saudi semasa Dato” Seri Najib & isterinya Datin Rosmah sedang mengerjakan Haji di Mekah.

Masalah sungguh berurusan dgn lahabau yg selalu tengok isu dari bawah tempurung ni yg saban masa asyik duk pertikaikan orang sambil mengira dosa pahala hamba Allah yg lain seolah-olah dirinya tu terbaik di sisi Allah s.w.t. Continue reading

Ambiga & Pas vs Himpunan Sejuta Umat…

Kita semua maklum, Pas tiada masalah utk menyokong Ambiga apabila dgn mesranya turut sama menyertai perhimpunan Bershit 2.0 walaupun diketahui umum bahawa Ambiga adalah penganjur utama ‘Forum Memeluk Islam’ yg secara terang-terangan mempersendakan Islam.

Ambiga yg ketika itu adalah Presiden Majlis Peguam bagi sesi 2007 hingga 2009 terbabit secara langsung menguruskan majlis ‘Forum Memeluk Islam’ tersebut  pd 9 Ogos 2008 yg antara lainnya menampilkan 3 wakil keluarga non-muslim yg kononnya menderita selepas suami mereka memeluk Islam. Continue reading

Kematian Ghadaffi Kemenangan Untuk Barat…

Sampai sudah ajar Gadaffi, jika benar bagai digembar gemburkan oleh media antarabangsa.

Jikalau benar, maka kini Libya yg memiliki simpanan minyak yg besar skang ni sudah terbuka luas utk dimonopoli oleh sekutu NTC yg pro Barat.

Suatu ketika dulu Gadaffi pernah di angkat sebagai ikon anti Amerika malah jauh daripada itu beliau pernah di anggap sebagai antara pemimpin Islam yg paling lantang mengkritik polisis penjajahan ekonomi, kuasa & penindasan oleh Amerika & sekutunya terhadap negara-negara Islam. Continue reading

PAS Tak Minat Sertai Himpunan Anti Murtad…

Pas memang terkenal dengan peel perangai pelik & luar tabie. Dulu dan kini sama saja perangainya.

Dulu time negara dalam proses mendapatkan kemerdekaan yg ketika itu adalah saat genting memerlukan perpaduan orang Melayu Islam, Pas tiba-tiba buat perangai pi keluar daripada kesatuan ummah dan pecah belahkan orang Melayu Islam.

British tersengih dan dengan gembira meluluskan pendaftaran parti Pas pd tahun 1951 dgn harapan kewujudan Pas akan dapat memecahkan kesatuan & tuntutan kemerdekaan oleh orang Melayu Islam seterusnya melambatkan proses kemerdekaan negara drpd penjajahan British.

Continue reading