Zaman Kegilaan iPhone…

Terus terang aku cakap seumur hidup aku hanya baru 2 kali saja pegang telefon iPhone. Tengok pada rekabentuknya memang cantik, eksklusif dan kaboom dia punya applications.

Teringin jugak nak memiliki menda alah ni, tapi memikirkan keadaan ekonomi poket aku belum begitu stabil terpaksalah lupakan saja.

Begitu jugak dgn Ipad pun cukup menarik & bergaya rekabentuknya, hanya sekali saja aku berpeluang test gitu-gitu. Rasanya tak mustahil menda tu bakal menggantikan laptop & netbook dalam tempoh beberapa tahun terdekat ni.

Kalau dulu-dulu telefon Nokia jadi kegilaan kemudian diikuti dengan PDA yg guna windows mobile dan Blackberry, skang ni Nokia pun bakal mengekor dari belakang sajalah gamaknya.

Kecanggihan teknologi skang hanya terdaya di follow oleh orang yg berduit lebat je. Pemerhati macam aku hanya layak tengok dan pegang barang seketika saja.

iPhone 4S dijual 1j unit dalam 24 jam

NEW YORK 11 Okt. – Tempahan untuk iPhone terbaru iPhone 4S di Amerika Syarikat melebihi satu juta unit dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod jualan sehari iPhone 4 iaitu hanya 600,000 unit.

Ekoran itu, pelanggan yang telah menempah iPhone 4S berharga AS$200 (RM600) perlu menunggu lebih lama apabila ia mula dijual Jumaat ini kerana syarikat-syarikat telekomunikasi AS dilaporkan sudah habis menjual stok produk tersebut.

Sprint Nextel berkata, pihaknya telah menjual semua stok iPhone 4S versi itu dan ia tidak lagi menerima tempahan, namun ia masih menjual versi memori yang lebih tinggi dan lebih mahal.

Pesaingnya, AT&T dalam laman webnya semalam berkata, pelanggan yang menempah iPhone versi tersebut hanya akan menerima tempahan mereka dalam tempoh 21 hingga 28 hari.

Sebuah lagi syarikat telekomunikasi, Verizon dalam laman webnya berkata, pihaknya akan mula menghantar tempahan telefon bimbit itu pada 20 Oktober ini.

Berita itu membantu meningkatkan saham syarikat itu sebanyak lima peratus kepada AS$388.81 di pasaran saham Nasdaq. – REUTERS
Sumber: Utusan Malaysia

Bayangkan 1 juta unit iPhone 4s ditempah dlm masa sehari. Peh, memang meletup-letup. Respek betui dgn kemampuan ramai manusia utk follow teknologi terkini.

Tapi kot manapun mujurlah aku ni bukan jenis gila telefon macam sorang member lama tu yg hampir saban minggu atau paling tidak 2, 3 minggu sekali bertukar handphone semata-mata nak follow trend & menikmati teknologi.

Pantang keluar model baru terus saja dia cilok. Yang heran tu telefon boleh bertukar ganti, tapi duit yg dia hutang dengan aku dekat 7K sampai ke lanie senyap sunyi, hampeh tul. Agaknya dia nak settle kat ‘sana’ kot.

Leave a comment