Menjelang PRU 13…

Ramai orang yg meramalkan PRU 13 akan berlangsung akhir tahun ini atau paling awal sekitar November 2011 nanti.

Cakap-cakap tu berpaut pd posisi terkini rating UMNO & BN yg semakin ke depan menangani adu domba pembangkang disamping kecelaruan dalam pakatan pembangkang itu sendiri yg memberi bonus tambahan utk BN.

Kalau diikutkan laporan terkini risikan arah sokongan rakyat & pengundi memang ada persamaan dgn cakap-cakap sedemikian.

Pun begitu menurut satu sumber UMNO, besar kemungkinan PRU 13 hanya akan berlangsung dalam tahun 2012, paling awal ialah suku keempat tahun tersebut.

Info drpd sumber UMNO itu tidak jauh berbeza dgn maklumat yg pernah blog XPressMinda paparkan sebelum ini.

Peningkatan momentum sokongan pengundi Melayu Islam, India dan Bumiputera lain utk BN memang diakui memberangsangkan.

Daripada anggaran 58% yg direkodkan hampir 3 bulan lalu, kini tahap sokongan pengundi & masyarakat Melayu Islam utk UMNO & BN sudah melebihi paras 59% sedikit hampir kepada 60%.

Manakala dikalangan pengundi India pula terus menunjukkan peningkatan besar drpd kira-kira 70% pd Julai lalu kini sudah mencecah 74% trend memihak kepada BN.

(Utk rekod pd PRU 12, 2008 BN dianggarkan hanya memperolehi sekitar 52% sokongan pengundi Melayu Islam, 8% sokongan pengundi India dan 38% sokongan drpd pengundi Cina)

Bagaimanapun dgn posisi DAP yg masih dilihat kuat walaupun sedikit tergugat akhir-akhir ini, beberapa komponen BN terutama MCA, Gerakan, SUPP & LDP dilaporkan telah diberikan beberapa tugasan besar utk meningkatkan lagi peratusan sokongan dikalangan masyarakat Cina.

Berdasarkan trend semasa, pola sokongan pengundi Cina menunjukkan sedikit peningkatan drpd 30% pada Julai lalu naik kepada 32% pada akhir September 2011.

Di sinilah peri pentingnya tugasan khas utk MCA, Gerakan, LDP & SUPP dalam usaha mencapai sasaran minima 45% tahap sokongan masyarakat Cina dalam PRU 13 kelak.

Depa perlu fokus mencari kembali jatidiri perjuangan mereka sebelum ini. Dekati semula NGO-NGO Cina, persatuan perniagaan dan kelas menengah dan bawah masyarakat Cina jika benar-benar serius utk mencapai target tersebut.

Mendekati golongan yg telah jauh dr jangkauan tu takdelah bermakna mereka perlu menari mengikut rentak DAP, cukup kalau kerap turun padang  memberi penerangan dan menggiatkan lagi aktiviti kebajikan sebagaimana pernah dilakukan di PRK Tenang & Merlimau dulu tu.

Di pihak UMNO pula perbanyakkan lagi aktiviti muhibah dan penerangan isu semasa jangan asyik duk bergantung harap pada program turun padang PM & TPM je.

Jangan pulak duk asyik seronok dgn peningkatan sokongan sekarang ni, ia masih jauh drpd sasaran 65% tahap sokongan masyarakat Melayu Islam utk BN.

Kurangkan lagi politiking dalaman kalau betul-betul mahu menawan kembali Kedah, Selangor & Kelantan.

Aliran perubahan sikap penyokong Pas seperti yg berlaku di banyak tempat sekarang ni perlu dimanfaatkan utk menggempur lebih banyak kubu Pas.

Berita di bawah ini hanyalah secebis drpd beberapa gelombang kecil penolakan terhadap Pas, ia bakal membesar sama seperti gelombang kebangkitan rakyat Terengganu pada tahun 2004 dulu dalam sedikit masa lagi.

Kalau UMNO bijak mengambil peluang, tak salah rasanya kalau belajar sesuatu drpd ex Mb Terengganu, Idris Jusoh kaedah bagaimana mempercepatkan gelombang kecil menjadi satu gelombang besar-besaran yg mampu meninggalkan kesan bencana pd pengaruh Pas utk beberapa tahun mendatang.

 

Sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO meningkat

TANAH MERAH 12 Okt. – Rakyat Kelantan khususnya pengikut Pas yang dahulunya menolak UMNO kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, selain menghadiri program anjuran UMNO, ramai penyokong Pas pada masa yang sama telah menyertai UMNO.

“Saya sangat gembira dengan keadaan ini…jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

“Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih,” katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penyokong Pas bertindak menyertai UMNO kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.

“Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata, tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

“Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat UMNO-lah tempat sewajarnya kami berada,” katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai UMNO yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.

“Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir Pas tidak akan mampu berbuat seperti ini. Pas tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam,” katanya. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s