Ulasan Buku Pengukir Nama Johor…

Dalam sehari dua ni, Mat Sabu, Pas dan gerombolan penyokongnya sedang sedaya upaya membuktikan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan negara.

Sekarang ini mereka cuba menjadikan buku biografi Pengukir Nama Johor pula sebagai sandaran utk mengiakan hujah Mat Sabu yg meletakkan Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Buku Pengukir Nama Johor memenuhi tujuan penerbitannya merungkai siapa yg pernah berjuang menentang penjajahan British dan buku tersebut juga tidak menafikan penglibatan Mat Indera dengan komunis

Pada perenggan akhir biografi Mat Indera dalam buku tersebut turut mencadangkan supaya Mat Indera secara individu di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukannya petualang.

“walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yg perlu di beri jawapan sewajrnya.  Persoalan kini; Adakah Mat indera seorang petualang atau seorang pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan itu.

Seperti Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat saleh, Dato’ Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai pejuang, bukannya seorang petualang”. (Petikan buku Pengukir Nama Johor)

Penulis biografi Mat Indera dalam buku itu sendiri mengakui sejarah Mat Indera penuh kontroversi. Tentu sekali kerana penglibatan Mat indera bersama komunis.

Tetapi buku tersebut tidak sesekali mencadangkan supaya keganasan bersenjata komunis PKM diiktiraf sebagai perjuangan untuk kemerdekaan.

Biografi bersifat riwayat hidup dari sisi pandangan orang-orang terdekat selain turut mengutip sedikit info drpd lain-lain buku atau rujukan. Ia boleh di rujuk utk mengetahui riwayat Mat Indera dari satu sisi tapi bukan rujukan sejarah yg muktamad untuk menafikan keganasan yg dilakukan oleh Mat Indera dan anggota penganas komunis.

Saranan dan pengiktirafan buku tersebut sama seperti sejarah Tanah Melayu yg mengakui pencerobohan tentera Jepun telah berjaya membangkitkan semangat menentang British di kalangan anak Melayu selepas tamatnya Perang Dunia ke-2.

Tapi hakikatnya kita tak iktiraf pun Jepun sebagai pejuang kemerdekaan hakiki Tanah Melayu.

Mat Sabu walaupun tidak menyebut perkataan komunis secara terbuka hakikat kita semua tahu Mat Indera tidak berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Mat Sabu dan gerombolan fokuskan isu pada Mat Indera di masa yang sama mereka melupakan fakta bahawa Mat Indera telah mengetuai sepasukan 200 orang manusia yg mengangkat panji komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

Penglibatan seorang Melayu Islam yg mengetuai pasukan komunis tidak mampu memadam fakta sejarah bahawa komunis itu pengganas dan membawa banyak kerosakan pada kehidupan rakyat.

Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.

Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.

Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.

Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis  menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta.

Ideologi komunis yg menolak ketuhanan yakni tidak menyakini kewujudan Allah s.w.t jugak adalah fakta.

Matlamat komunis utk mendirikan Republik Komunis seperti mana republik komunis Soviet Union dan negara Cina adalah fakta.

Hak kehidupan umat Islam mengamalkan Islam di Soviet Union dan China di kekang dan dinafikan, ini fakta.

Dan komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah berambus dari Tanah Melayu (Malaysia) pun adalah fakta.

Menentang penjajahan British tidak menghapuskan hakikat bahawa Mat Indera telah bersekongkol dengan komunis yg matlamatnya jelas bertentangan dengan Islam.

Mat Indera tidak layak di sama tarafkan dgn perjuangan tokoh lain seperti Maharaja Lela, Dol Said, Tok janggut, Mat Kilau atau Abdul Rahman Limbong.

Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain pahlwan & pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British namun mereka tidak pula menyertai organisasi yg menolak kewujudan Allah s.w.t

Tidak pula Tok Janggut atau Mat Kilau berangan-angan utk mewujudkan republik yg bercorak komunis atau atheis.

Amat berbeza dengan Mat Indera yg menentang penjajah British di masa yg sama dia menyokong dan bersetuju dgn dasar komunis yg anti ketuhanan yakni tidak mempercayai kewujudan Allah s.w.t.

Kalau nak jadikan alasan menentang penjajahan British sebagai sandaran utama utk iktiraf seseorang, maka eloklah kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan kita atas sebab Jepun berjaya menghalau British keluar daripada Tanah Melayu.

*****************************************************

UPDATE (07 Sept 2011)

YWJ tak pernah iktiraf Mat Indera

Sejarawan, masyarakat kena tafsir Pengukir Nama Johor oleh 2 penulis berbeza

JOHOR BAHRU: Ahmad Indera atau Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ), walaupun namanya disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor.

Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.

Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Haji Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu.

“Projek PEWARIS membabitkan penulis dan penyelidik yang dilatih sekumpulan tenaga akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam negara ini. Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.

“Justeru, Pengukir Nama Johor hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya kerana pentafsiran oleh golongan yang tidak arif, dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat.

“Selain artikel mengenai Mat Indera hasil penyelidikan dan penulisan Ismail, sebuah lagi artikel dalam buku sama oleh Sahgidon pula menyatakan Mat Indera adalah pemimpin komunis Melayu yang ganas dan kejam terhadap bangsanya sendiri,” katanya di sini, semalam.

Muhamad Fuad berkata, perbezaan itu wujud kerana YWJ memberi kebebasan kepada penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

Katanya, pendekatan itu dengan harapan hasil penyelidikan berkenaan dapat merangsang penulis lain memperkembangkan maklumat yang ada dalam penulisan buku terbabit supaya ia menjadi lebih komprehensif.

 

UPDATE (08 Sept 2011)
Video kantoi, percanggahan antara kenyataan Mat Sabu vs Adik Mat Indera

54 thoughts on “Ulasan Buku Pengukir Nama Johor…

  1. kiwak banyak menipu sejarah malaysia ni,apahal tuk janggut yang dulu berjuang untuk agama dan bangsa dikatakan pengkhianat?british pulak tu yang kata macam tu di support plak oleh raja melayu?apa benda tu?jadi pasal mat indera mungkin ada cerita dia yang disorok,mana polis marin yang nama abu bakar tu?polis marin tu sendiri yang ckp mat indera yang tolong menyelamat kan keluarga polis bukit kepung,kalau betul2 nak tau cerita kita carik balik sesiapa yang ada masa tragedi bukit kepong tu kita tanya dia balik,lebih2 lagi pada polis marin yang nama abu bakar tu

  2. Tok Janggut bukannya pengkhianat. Sejarah tak panggil dia pengkhianat atau penderhaka.

    walaupun British berjaya mempengaruhi Sultan Kelantan supaya diisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, tapi sejarah hakiki tidak sedemikian sebaliknya sejarah memperakui Tok janggut adalah wira bangsa dan pejuang kemerdekaan kita.

    Mat Indera bukan saja di benci British malah turut di benci oleh orang ramai kerana menjadi talibarut komunis.

    Niat dan matlamat yg baik tidak menghalalkan method atau kaedah perjuangan yg ganas.

  3. Tidaklah berdosa Mat Sabu melontarkan pendapat beliau. Maybe agak sensitif kenyataan beliau tapi pendapat boleh datang dari pelbagai bentuk dan oleh sesiapa pun. Seperti pendapat penulis buku ‘Pengukir Nama Johor’ itu sendiri, mengapa beliau tidak disensasikan? Janganlah kerana Mat Sabu bukan UMNO, lantunan pendapat beliau diserang bertubi-tubi. Semoleknya, biarlah ahli2 akademik mengambil inisiatif utk menilai kenyataan ini. Umum tahu komunis dan nawaitu mereka di tanah melayu ini. Mungkin(pendapat saya shj) Mat Indera menggunapakai pertubuhan ini lantaran kebencian beliau kpd British lantaran semasa zaman Tok Janggut, Datuk Maharajalela dll, kumpulan yg bernama ‘komunis’ ini belum wujud di Tanah Melayu.

  4. dalam hal Mat Sabu ni, ia bukan berkisar pada pendapat Mat Sabu semata-mata.

    memberi pendapat jika kena dgn faktanya dan tak menguris luka lama, tak apa orang tak marah dan takde orang yg bersedih.

    tapi Mat Sabu memilih utk mengidolakan komunis. fakta hakiki jelas menunjukkan yg menyerang Bukit Kepong ialah segerombolan komunis yg diketuai Mat Indera.

    benci pd penjajahan British bukan tiket utk menghalalkan cara.

    lagipun komunis tu sendiri sifatnya menafikan Allah s.w.t. Karl Marx menaburkan benih ideologi komunis base pd 5 prinsip asas satu drpdnya no God dan agama tu candu bagi komunis.

    asal usul karl Marzx tu pulak yahudi soviet sebelum diteruskan oleh stalin kemudian merebak ke negeri China pengaruh komunis.

    • salam Tuan.

      Dalam bab menilai sesuatu penulisan, bukankah dalam sistem tradisi ada sistem mengenal penulis sesuatu buku?

      Dalam hal ini, saya nak bertanya kepada TUan, apakah Tuan sendiri membaca buku Das Kapital tulisa Karl max?adakah Tuan tahu Karl Max tidak pernah mengiktiraf dirinya sebagai komunis?

      Adakah Tuan tahu mengapa Karl Max membuat kenyataan ‘agama itu sebagai candu?Kenyataan itu ditulis disebabkan suasana Russia waktu itu dipelopori oleh Golongan Gereja hinggakan berlakunya sistem yang tidak adil dan menggunakan ‘agama’ untuk berkuasa.

      Dan adakah Tuan tahu buku Ali Abd Razziq ( pernah mengeluarkan buku (Islam dan dasar pemerintahan) yang mengkritik tentang kelemahan sistem khalifah waktu itu akibat golongan agama memanipulasi kuasa(selepas kejatuhan sistem turki uthmaniyah) hinggakan beliau diisytihar kafir.Walhal, dalam majalah Al-Islam tahun lepas (tak ingat bulan berapa) sendiri mengupas buku ini dan akhirnya berpendapat ianya kena dengan situasi sekarang.

      Konklusi saya yang fakir ini, sejarah itu bergantung kepada persepsi dan situasi.Yang penting, kita harus berlapang dada dan melihat sejarah dari pelbagai sudut.Mengenai Mat Indera, siapa polis yang bernama Abu Bakar itu?Selama ini kejadian di Bukit Kepong ditafsirkan oleh siapa?Pro British atau tidak?Kenapa PKM ganas?Siapa Lai Teck yang menguasai Pusat PKM dan memberikan arahan (mengambil kesempatan terhadap ketiadaan Chin Peng) sewaktu Chin Peng berada di hutan?(sumber British Ensiklopedia)

      Bagi saya, perbincangan ini tak akan kemana jika masing-masing tak berlapang dada.(penyokong dan tidak menyokong)

      • W’salam & selamat datang

        takde beli buku das kapital tapi ada baca pdf version. dalam das capital point utama kritik sistem ekonomi & politik kapitalis.

        kalau kata karl marx tak mengaku dia komunis agak silap tu. karl mark terbabit secara langsung lancar manifesto komunis pd tahun 1848 bersama fredich engel. manakala das kapital pula terbit pd 1867.

        pegangan karl marx bahawa agama tu candu kehidupan takde dlm das capital.

        sebaliknya ditulis oleh karl max dlm buku hegel philosophy right tahun 1843-44.

        antara petikan karl marx dlm buku tu;-

        “Religious suffering is, at one and the same time, the expression of real suffering and a protest against real suffering. Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people”.

  5. sape ckp sejarah tak penah panggil tok janggut tu pengkhianat…klu dh berjaya istihar tuk janggut tu pegkhianat tu kire pe plak…sape yg berjuang utk kemerdekaan negara…agak2 kita dh merdeka ke skrg..kita masih lg menggunakan undang2 komanwel..undang2 british..knp tidak menggunakan hukum hudud..Hukum yg diciptakan oleh Allah SWT…adakah undang2 british lebih hebat dari undang Allah…

  6. Sejarah negara tak pernah panggil Tok Janggut sebagai pengkhianat atau penderhaka.

    Sejarah sebaliknya menceritakan bagaimana British menghasut Sultan Kelantan supaya declare Tok Janggut sebagai penderhaka.

    Hakikat sejarah tetap meletakkan Tok Janggut sebaris dgn pahlawan lain sebagai wira bangsa dan bukannya menggelarnya penderhaka.

    +-+

    Hudud?… tak perlu pi jauh utk debat isu hudud… pi tanya Pas mana dia draf hudud skang selepas Hadi awang kata hudud tu hanya 0.0001% saja?

    Pas nak buat Hudud?.. nak kuatkuasakan undang2 syariah negeri Selangor yg anti murtad tu pun tak berani.. ada hati nak cerita pasal hudud.

    • astaghfirullah..hudud tu kan hukum allah..sbgai owg islam yg mngku beriman kpd ALLAH tidk sepatutnya kita merendahkan owg yg nk laksnkn..menolak hukum hudud brmksud menolak ALLAH..fikir2 la..

  7. Sdr, sy tak pasti apa yg sdr marahkan sangat dgn kenyataan Mat Sabu tu. Boleh jelaskan kesan pd sdr dan kehidupan sdr tak?

    oh ya…bab hudud? sdr menolak hukum tu ke?

  8. patutkah utk kita gelak sakan sambil tepuk tangan bila Mat sabu angkat komunis sebagai hero?

    kesan pd individu seperti aku dan hang tentulah tak terasa sbb kita generasi selepas merdeka.

    kesan emosi pd keluarga mangsa keganasan komunis tentunya ada. kesanya pd generasi sebelum dan awal merdeka tentu besar sebab mereka mengalaminya.

    pada negara, agama dan bangsa lagi la besar kesannya bila sejarah mahu diubah mengikut selera. sejarah ni panduan berguna utk masa depan, bila kita lupa sejarah atau cuba ubah sejarah, lama-kelamaan generasi akan datang akan lupa jati diri, semuanya akan jadi serba liberal macam Pas skang ni kan liberal & fleksibel.

    +-+

    Mana ada aku tolak hudud. Yg aku selalu pertikai kenapa Pas suka gunakan hudud tu sebagai umpan politik, kemudian bila di beri kuasa dan tak mampu buat disalahkan pulak perlembagaan, la, dr. mahathir la, banyak songehnya.

    nak baca pandangan aku pasal hudud ada dlm blog ni, ada dibelah-belah belakang page.

    • pas mmg nk laksnkn tp knp owg UMNO yg juga owg ISLAM xnk brsma pas bila nk laksnkan hukum hudud..pelik kn??kalo owg kafir yg tolak kita x le heran sgt la kn..sbb dyeowg mmg xphm hukum hudud tu ape..tp knp owg islam yg sndiri tolak hukum itu..saudara kena tahu hukum ALLAH itu sempurna dan unggul krn ianya dtg drpd YANG MAHA BIJAKSANA..renung2 kn.
      .

  9. Assalamualaikum Penulis Express Minda UMNO. Tidak payahla saudara menilai seorang alim yang sudah meninggal dunia. Beliau guru agama seorang hafiz. Kita patut berbaik sangka sesama muslim. Hanya Allah yg maha mengetahui kenapa mat indera berjuang bersama komunis. Hanya Allah menilai takwa seseorang bukan saudara. Cuba la selami kenapa seorang pejuang berjuang menentang penjajah.

    Saya nasihatkan saudara. Kita didunia ni sementara. Ikutlah PAS. pemimpinnya beragama. Kita kena ikut pemimpin yg hidup dalam sinar agama. Lihatlah kehidupan pemimpinnya. Anak bini nya bagaimana. Bandingkan pula dgn kehidupan pemimpin UMNO saudara.

    Tidaklah bodoh Mat Sabu itu. Dia perkatakan pasal mat indera, sama macam buku dan berita harian ceritakan. Kenapa jadi isu. kerana yg membawa cerita mat sabu. kenapa berita harian dgn buku pengukir nama johor tak jadi kontroversi?

    • W’salam & selamat datang.

      1) Seorang guru agama sepatutnya tak mudah terikut dgn agenda & ideologi komunis. Title sebagai guru agama bukan tiket utk menghalalkan keganasan apatah lagi membunuh wanita dan kanak-kanak. Lihat sendiri di Soviet & China, 2 buah negara komunis, bertahun-tahun umat Islam di sana tertindas hatta di China puak Uighur nak berpuasa pun di sekat.

      2) Sebab kita duduk sementara atas dunialah maka kita kena manfaatkan kurniaan akal yg Allah s..w.t bagi tu utk menilai antara kaca dgn permata. Pas bukannya tiket yg menentukan kebahagiaan kita di dunia apatah lagi di akhirat. Sementelah lagi Pas itu parti politik maka nawaitu pemimpinnya pun tak lekang drpd godaan duniawi hingga ada yg nak bertongkat langit.

      3) Buku Pengukir Nama Johor & artikel di Bharian menceritakan riwayat hidup base pd pandangan orang yg terdekat dgn Mat indera. Satu sisi pandangan buku biografi, benar atau tidak isinya tidak boleh memadamkan fakta sejarah. Mat Sabu pula memuktamadkan kenyataannya, mengangkat secara tegas perjuangan Mat indera yg bersekongkol dgn komunis. Malah jika saudara tengok video Mat sabu, tanpa rasa bersalah diperlekehkan mangsa keganasan komunis kemudian dia berikrar pulak utk ubah sejarah.

  10. jangan lah kita saling tuduh menuduh , saling membenci sesama kita… bangsa lain hanye mentertawakan kita melayu sesama melayu bertelagah . apa salahnya kita bersatu.Jika pas dan umno bersatu pasti wujud satu kerajaan yg di segani di mata dunia. saya selalu berdoa supaya para pemimpin kita bertindak bijak..jgn kucar-kacirkan isu yg sensitif, jgn putar belit fakta. ingatlah …. anak cucu kita adalah melayu di masa akan datang akan menjadi lebih sukar hidup jika kita tidak menjaga hubungan sesama kita sekarang ini.bumi melayu ini akan lenyap.. melayu akan hilang didunia..ingat lah

  11. Salam tuan,
    1) Kalau Mat Indera diangkat sebagai pejuang Kemerdekaan, bagaimana dengan 200 anggota komunis lain?
    2) Adakah hanya kerana dia Islam, guru agama dan al-hafiz, maka segala yang dilakukannya betul belaka?
    Kita tak tahu apa sebenarnya terjadi ketika itu. Pembabitan Mat Indera dengan komunis mungkin secara kebetulan atau kerana kurangnya kefahaman. Tetapi kesilapan dan kurangnya kefahaman tidak selamanya boleh dimaafkan, apatah lagi kalau membabitkan perkara-perkara besar seperti ini. Sebab itulah, dalam melakukan apa pun kita dituntut menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan akal fikiran dengan sebaik-baiknya. Sekali kita tersilap, segala niat baik mungkin binasa begitu sahaja.

    Terima kasih

    • W’salam.

      1) Automatik anak buah Mat Indera yg seramai lebihkurang 200 orang tu pun di angkat jugak sebagai wira & pejuang kemerdekaan negara la jawabnya. Mat indera seorang tak berani dia nak pi serang Bukit kepong tu, jadi bila mat sabu iktiraf Mat Indera, Mat indera pula mengetuai serangan bersama anak buah komunisnya maka di situlah Mat sabu mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

      2) bila dah jadi guru agama tu patutnya tahulah di mana hadnya dan di mana jalan yg sesuai dgn perjuangan. Niat walau baik sekalipun, kalau silap jalannya hasilnya tak elok jugak.

  12. apa yg UMNO buat selepas 54 tahun merdeka ini sudah cukup utk letakkan batu sempadan ke mana halatuju yg UMNO mau bawa… so akal yg dilandasi taqwa wajar nampak apa sebenarnya isu di sebalik kenyataan mat sabu yg disensasikan oleh media pro UMNO.. apapun nantikan saman mat sabu kpd putar belit utusan, dari situ nanti sedikit sebanyak akan terungkai apa sebenarnya maksud kejadian…

    • 1. hasil 54 tahun kemerdekaan negara yg UMNO perjuangkan ni la yg membolehkan Pas memerintah kelate selama 21 tahun since 1990.

      2. isu mat sabu tu bukan sengaja disensasikan, tapi mat sabu tu yg buta hati. main ikut dan aje mulut tu.

      3. track rekod mat sabu drpd nilam puri bawak ke keda pi ke terengganu pusing pulak ke penang, ceramah lebih banyak drpd kerjabuat. banyak bercakap banyak silapnya.

      4. mat sabu kalau berani saman utusan, eloklah. boleh tengok sapa yg gali kubur sendiri.

  13. adab dlm Islam bila menerima maklumat dari si munafik selidikilah dahulu sumber asasnya..mat sabu sudahpun menjelaskan apa yg berlaku di mana dia tidak ada sepatahpun menyebut perkataan ‘komunis’ dan nama ‘mat indera’ dlm ceramahnya yg menjadi rujukan disongsangkan oleh utusan..so apa lah hasilnya kita meneruskan polemik yg dicetuskan dari lidah munafik utusan ini????

    • 1. mat sabu tak sebut perkataan komunis. ini betul. tapi dia ada sebut nama mat indera sebagai ketua penyerang. ini betul.

      2. kalau ada ketua tentu ada anak buahnya. bawah ni quote kenyataan mat sabu base pd video mat sabu di penang tu.

      ““Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.” sambungan kenyataan mat sabu ada dlm artikel yg kita duk komen ni.

      3. skang sapa yg serang bukit kepong? mat indera seorang? bukan. yang serang bukit kepong gerombolan komunis dan ketuanya mat indera.

      fahamka ? berani mat sabu nak bawak pi court utk tentukan sapa betul dan sapa putar belit antara utusan dan dia?

  14. spatutny isu hudud sudah jelas apa faktor gagal dilaksanakan walau kelantan sudah bentangkan dlm DUN !!! inilah sbbnya jika anda tiada maklumat benar, jgn la cuba2 utk ulas secara melulu kelak anda berdepan dgn nasib malang di mahsyar hanya kerna maklumat palsu yg yg anda sebarkan…

    • Bacaan pertama undang2 hudud semmgnya telah dibacakan di DUN Kelantan namun jika sdr yameen mengambil tahu hal2 pentadbiran dan pengurusan negeri maka sdr sendiri blh nampk PAS itu bukan cantik seperti yg sdr mimpikan. Bacaan kali pertama tiada makna dan kerana itulah dipanggil enakmen. Halangan yg disebut2 oleh PAS sebenarnya adalah omongan kosong utk memperdaya org2 seperti sdr. Hakikatnya adalh PAS adalah parti politik menggunakan islam utk kuasa bukan memperkuasakan islam.

      Jgn tanya apa yg UMNO buat selama 54 tahun, tanya kembali apa yg PAS sumbangkan selama kita merdeka? Blh sdr bentangkan disini?

    • 1. draf hudud kelantan di buat oleh salleh abbas dgn bantuan mutalib embong. kosnya sekitar rm240,000.00.

      2. utk buat sesatu undang-undang yg besar seperti hudud, pertama skali kena pinda perlembagaan.

      3. utk gubal undang2 atau pinda perlembagaan, perlukan majoriti 2/3 sokongan. sejak 1990 waktu pas duk sembang hudud Pas hanya bertanding di 20 – 40 kerusi parlimen sedangkan ketika tu ada lebih 150 kerusi parlimen. tahun 2004 pas hanya bertanding sekitar 20-40 kerusi sedang tika tu ada lebih 180 kerusi parlimen. tahun 2008 pas beratnding lebih skit 60 kerusi sedangkan tika tu ada lebih 200 kerusi parlimen.

      4. jadi nampak sangat gendang hudud hanya utk tarik undi, pas tak serius utk pinda perlembagaan yg dia kata toghut, jahilliah dan kuffar tu.

  15. kalau anda benar mewakili kepentingan melayu, patut anda malu dgn kerakusan UMNO memberi kerakyatan percuma kpd PATI melalu pemberian mykad, apa hal anda tidka berminat mau ulas isu ni??? mana peri pentingnya isu mat sabu dgn isu menjual negara secara melulu dan membuta tuli semata mau pertahan kuasa???? apa nilai harga diri anda dlm isu ini?? atau anda sendiri telribat menerima dgn mudah mykad????????????

    • sdr berckp mengenai fitnah, tetapi lebih mempercayai mulut malaysiakini dlm menyebar fitnah dan bersekongkol dgnnya. Pada pemikiran sdr yameen, kebenaran milik mutlak sdr dan gerombolan dan org lain adalah salah dan berdosa walaupun berkata benar.

      Nama mismah dijulang gegk gempita sedang orgnya telah menetap di Malaysia lebih 29 tahun. Semua negara melakukan penganugerahan kerakyatan, kenapa Malaysia mesti dikecualikan? mustafa ali mengaku mempunyi bukti, tapi malu utk mendedahkannya cuma pengikutnya shj tidak malu bercerita ttg fitnah. Bukankah setiap voting roll tersebut akan diberikan kpd parti2 politik utk membuat bantahan? Sdr Yameen sendiri sudah lupa, ahli2 PAS mengundi pemilihan pucuk pimpinan sehingga jam 5pm tetapi keputusan undi hanya diberitahu keesokkan harinya. Adakah ahli2 PAS lemah matematik?

      27 juta rakyat malaysia, lebih 10juta pengundi berdaftar hanya mungkin kesilapan seorang dua, maka melalak sdr yameen memburukkan negara sendiri. Macamlah diri sendiri malaikat, bersih dari dosa.

      • Agaknya xpressminda t’pengaruh dgn cara komunis bercakap kot. sibuk hendak mengatakan org lain berfahaman komunis tidak sedar diri sendiri pun telah terikut-ikut atau terpengaruh. inilah MELAYU yang patut kita contohi.

    • 1) pasal kad ic tu dah ramai blogger yg jawab, tu kalau hang rajin selak blog pro umno. kalau hang selalu duk singgah milosuam je atau malaysiakini memang la hang tak nampak jawapannya.

      2) macam jugak kalau aku asyik singgah utusan je dan tak baca haprakdaily, mkini dan lain-lain, tak banyaklah isu yg boleh diulas.

      3) aku rakyat malaysia sama macam ngko. mak pak orang sini dan beranak sini. bukannya beranak di singapore macam azmin ali atau guna nombor 71 macam mak lampir. 🙂

      • makin lama makin kasar jawapan xpress minda ni.memang la xpress minda dah penat jawab banyak soalan soalan ni,tapi salah satu ciri-ciri muslim beriman tu kan adalah sabar.so,sabarlah.kekalkan cara menjawab secara berhemah kan lebih elok.dapat menggambarkan keperibadian awak sebagai seorang muslim.

  16. Salam semua,
    Bolehkah kita mendapat jawapan seperti soalan di bawah:
    1) Sejarah Islam/Melayu/None Malay di bumi Malaya n Borneo (skrg Malaysia) dimanakah kita sbg rakyat Malaysia boleh rujuk sejak dari sblm Tanah Melayu dijajah hingga skrg?
    2) Kenapa di TV1/TV2/TV3/TV8/TV9/ASTRO dll tidak pernah menyelitkan kisah pejuang2 Islam/Melayu/None Malay sejak dari merdeka hingga skrg bila tibanya hari kemerdekaan?
    3) Adakah hanya pemimpin parti pemerintah dikatakan benar percakapannya mengenai wira kemerdekaan? Jadi, dimanakah pendapat pengkaji/pakar atau ahli akedemik sejarah kita?

    Jika kita asyik bertentangan pendapat mengenai sejarah kita sendiri, dimanakah letaknya patriotisme kita terhadap negara untuk dijadikan KEBANGGAAN kita! Sehingga ada warga Singapore n USA memberi pendapat yg sejarah Malaysia yg sebetulnya berada dlm simpanan British (perputakaan di London) sedangkan kita asyik berbalah mengenai Sejarah kita sendiri. Tidakkah ada dikalangan Pemimpin2 dr parti BN or PR or NGO kita yg berani mengambilnya utk dikaji semula?

    Bagi pendapat saya, disinilah lemahnya pemikiran Melayu Islam di Malaysia dari zaman sebelum dijajah hingga sekarang. Asyik dengan budaya mementing diri sendiri, budaya bodek dan mementingkan harta duniawi. Cukuplah dengan apa yg telah kita alami selama ini wahai UMAT MELAYU ISLAM MALAYSIA ku………….

    Fikir2 kanlah wahai warga Malaysia ku…….

  17. ini masalahnya bila politik didahulukan dan menggunakan apa sahaja demi kepentingan politik. akhirnya bergaduh sesama bangsa. bila disuruh bersatu, itulah yang dielakkan sangat2 walaupun agama menuntut perpaduan umatnya. susah nak faham mentaliti orang melayu sekarang.

  18. A: Mat Sabu dan kenyataannya tak perlu diperbesarkan (bg saya). Setakat kenyataan kosong tak memberi kesan pada sejarah negara. Hingar bingar sehari dua ni saja, lepas tu akan berakhir. Yang penting sekarang ini ialah perpaduan Melayu. Melayu perlu memegang kuasa utk memastikan Islam terus bersinar di Tanah Melayu. DAP oppurtunist, ADIL yg kini diwakili ramai kaum India juga oppurtunist. Apa akan jadi kalau PKR memerintah negara ini kelak? Ronnie Liu yg terang2 Kristiannya, kes JAIS vs Gereja contohnya perlu dijadikan iktibar. Ini baru perintah Selangor, kalau Malaysia? Jgn gadaikan negara. UMNO dan PAS perlu bersatu. Kita tak mahu pemimpin korup dlm UMNO dan kita juga tak mahu negara ini tergadai. PAS tidak ketandusan pemimpin. Duduk dan berbincanglah demi kesatuan ummah dan anak cucu cicit kita. Salam!

  19. Kita pahatkan nama Mat ‘Sabu’ Indera sebab tujuan mereka sama sahaja. Mereka layak digelar pemimpin komunis Melayu yang melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri dan juga kepada agama Islam. MAT SABU INDERA adalah komunis Melayu di alaf baru! Setuju?

    • Macam mana dgn Kerajaan membenarkan penjualan rokok yg mana telah jelas kajian selama berpuluh tahun dari seluruh dunia bahawa ia boleh merosakkn manusia.. bukankah kerajaan telah bersifat kejam kepada rakyatnya sendiri? Apatah lagi telah difatwakan HARAM oleh ulama seluruh dunia. renung-renungkan dan selamat beramal.

  20. A: tak juga sampai ke tahap tu al-hadi…politician, gitu lah. Maybe hari ni kita tak boleh terima Mat Indera diiktiraf sbg pejuang. Tapi maybe in future, we will do. Tengok mcm kes Hang Jebat lah…

  21. Sudahlah tidak usah saling berdebat sesama. Kalau kalian menyadari sesungguhnya inilah duri yang telah ditanamkan british yang merupakan perwujudan dari kuasa Dajjal yang selalu menipu umat manusia. Carilah pemecahan terbaik tidak usah saling serang karena tentu masing-masing puak mempunyai hujah sendiri2. Untuk UMNO jangan merasa karena berkuasa maka bisa semau hati menutupi fakta.

  22. ITULAH YANG SEPATUTNYA. POLITIK ADALAH SATU KEPERLUAN. AGAMA ADALAH KEUTAMAAN. DALAM SEMUA PERKARA YANG DILAKUKAN PERLULAH MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PANDUAN. NABI MUHAMMAD TELAH MELETAKKAN GARIS PANDUAN YANG JELAS. KITA SAHAJA YANG SELALU LUPA DAN LEKA. IKUT HATI MATI. IKUT RASA BINASA…..

  23. Anonymous: Knp Allah wujudkan pohon (buah) khuldi dlm syurga dan melarang supaya adam/hawa utk memakannya??? Jawapannya, sbb wujudnya dosa&pahala, wujudnya halal dan haram, dan wujudnya syurga dan neraka… Jgn sempitkan pemikiran kita wahai manusia.. Kelak sejarah para anbia pn akan diubah.. Kelak sejarah yg tercatat dalam kitab suci AlQuran Nul Karim pn akan diubah… Knp kita tidak mempertikaikan sejarah yg tercatat dlm AlQuran??? Ya Allah, inilah manusia… Tidak akan pernah bersatu dan puas selagi masih hidup di dunia ini…

  24. ada kala aku cuba jawab ikut bahasa standard, ada kala ikut gaya percakapan combine slang utara + kelate. depend pd soalan, depend pd gaya org yg bertanya.

    siapa saja boleh pertikaikan cara aku menulis dan menjawab soalan, org lain jugak ada hak utk perbetulkan di mana aku silap, org lain jugak ada hak utk terima atau tolak pandangan aku.

    solehah :

    makin lama makin kasar jawapan xpress minda ni.memang la xpress minda dah penat jawab banyak soalan soalan ni,tapi salah satu ciri-ciri muslim beriman tu kan adalah sabar.so,sabarlah.kekalkan cara menjawab secara berhemah kan lebih elok.dapat menggambarkan keperibadian awak sebagai seorang muslim.

  25. Pingback: Mat Sabu Akhirnya Bertemu Mat Indera?… « XPressMinda

    • mana ada media yg betul2 neutral atau bebas sepenuhnya atas dunia ni bro. baik yg pro kerajaan atau yg pro pembangkang semuanya mesti ada bias.

      tu pasal bila baca mana2 media atau blog, pandai2 lah halusi guna akal sendiri. yg betul jadikan teladan, yg buruk buat sempadan. mana yg betul sama2 sokong, mana yg silap sama2 tegur, yg karut sama2 kasi bedal.

  26. jika difikirkan kita orang melayu aje yang banyak beri komen tentang isu ini sebab tu melayu tak pernah bersatu.. isu ini mungkin disebabkan oleh kepentingan politik masing2.. baik pembakang atau kerajaan.. orang melayu sepatutnya disatukan dalam satu hubungan yang lebih erat.. sedih melihat hubungan sesama melayu semakin berpecah.. hidup lebih berfokus pada isu2 yang takboleh meningkatkan kualiti hidup orang melayu… bermohon pada semua ahli politik melayu.. fikirkan tentang hidup orang melayu yang semakin jauh tersepit dalam kehidupan di negara sendiri.. orang melayu masih ramai miskin, melayu masih ramai bermasalah sosial, melayu masih jauh mundur.. melayu perlu diberi didikan agama yang teguh,.. itu yang perlu difikirkan oleh pemimpin melayu.. bukannya buat isu boleh memecahkan orang melayu demi kepentingan diri sendiri..

  27. Jepun tu menyerang British untuk menjajah Tanah Melayu…..Mat Indera melawan penjajah di tanah air beliau,,,mana nak sama cik abang oi….

  28. mat indera & komunis di malaya pada ketika tu ade satu common goal, iaitu menghalau british dari tanah melayu secara radikal… tak semestinya mereka setuju dalam semua perkara…. lagipon kita tau yg golongan radikal yg lain & mat indera diburu british sampai ke dalam hutan pada ketika itu sbb kelantangan dia menentang british…

    apabila mat indera dan komunis bertemu dalam hutan, dan mereka mempunyai common goal, jadi mereka boleh bersatu menyerang kepentingan penjajah pada ketika itu….

    xpress minda ni tak habis-habis nak generalize yg mat indera ini adalah komunis kerana dia ketuai serangan komunis di rumah pasung bukit kepong…. tak semestinya bro….

  29. rakyat tanah melayu yg bekerja dgn jepun ketika pemerintahan jepun = tali barut jepon

    rakyat tanah melayu yg bekerja dgn british ketika pemerintahan british = tali barut british

    jadi salahkah mat indera serang tali barut british (mata-mata di rumah pasung bukit kepong) ??

    saya tak nak jawab… tapi jawapan dia terpulang pada interpretasi masing2 la…

  30. “Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.

    Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.

    Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.

    Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta”

    “Dari mana sumber rujukan tuan yang mengatakan semua ini fakta?”

  31. Salam XpressMinda,

    Mat Indera bukan orang yang berpegang teguh kepada agama Islam. Islam melarang membakar mayat hatta dalam perang sekali pun. Mat Indera sangat berdosa besar kerana membakar umat Islam di Bukit Kepong. Mat Indera adalah spesis komunis yang sengaja masuk ke dalam komuniti Islam dan hidup berpura-pura sebagai orang alim. Tetapi dengan tindakannya membakar mayat orang Islam jelas membongkar siapa sebenarnya Mat Indera. Wallahualam.

  32. Fakta: Datuk saya (sebelah mak) digantung oleh pengganas komunis. Mak menceritakan bagaimana Allahyarham ditangkap oleh komunis dan dibawa masuk ke hutan dan jasadnya ditemui keesokan harinya. Datuk adalah seorang siak. Al-Fatihah. Kepada Mat sabu: Apa salah datuk saya? Ada Mat Sabu tahu tentang keperitan nenek membesarkan mak tanpa datuk? Kehidupan masa dulu kala bukan masa sekarang ni. Dulu susah. Nenek terpaksa berhempas pula menoreh getah dan mencangkul paya. Mak tidak dapat ke sekolah sebab menolong nenek. Apa yang Mat Sabu tahu? Disebabkan ketiadaan datuk lah kehidupan nenek dan adik beradik mak semakin perit. Nenek, mak dan abah adalah wira sebenar. Mak tak belajar pun sebab hilang tempat bergantung walau pun bagi saya mak seorang yang bijak. Mak bertemu jodoh dengan Abah dan bawa kami ke FELDA. Kehidupan susah juga di awal masa duduk di Felda. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Adil, Maha Saksama. Allah tetap memberi ganjaran yang baik buat keluarga saya. Semua adik beradik saya berjaya. Ada yang sampai ke tahap PhD. Alhamdulillah. Mat Indera atas dunia lagi Allah dah beri balasan. Jasadnya tidak dituntut pun. Penduduk kampung tidak peduli pun walau pun dia dah mati. Wallahualam.

Leave a reply to XPressMinda Cancel reply