Demi Kepentingan Peribadi, Anwar Memusuhi PTPTN… Kesannya?…

Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari tindakan tersebut.

Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata.

Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri.

Bayangkan berapa ramai pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran tanpa bantuan pinjaman PTPTN dan tanpa pelajar, bagaimana kolej-kolej dan universiti-universiti swasta akan dapat meneruskan operasi?

Anwar sendiri mengakui yang beliau belum lagi mengkaji secara mendalam mengenai  kos yang terlibat untuk memastikan kesemua institusi pengajian tinggi dapat berjalan seperti biasa tanpa PTPTN.   Tetapi beliau yakin yang kos tersebut dapat ditampung dengan ‘kebijaksanaannya’ mengekang rasuah dan menghapuskan kos-kos lain yang tidak perlu.

Namun, kenyataan Anwar itu sendiri bukan sahaja menunjukkan yang beliau tidak bijak, malah lebih teruk, buta angka juga.  Ia juga menunjukkan yang beliau sebagai seorang pemimpin tidak bertanggungjawab kerana ingin berbuat sesuatu tanpa terlebih dahulu memikirkan implikasi secara terperinci.

Hakikatnya, apa yang Anwar cadangkan bukan sahaja akan menambahkan beban kewangan kerajaan sehingga lebih RM50 billion untuk memberikan pembelajaran percuma kepada semua, tetapi Anwar juga perlu menyediakan alternatif lain untuk para pekerja PTPTN.

Ini kerana dengan penghapusan PTPTN, para pekerja di pejabat PTPTN pasti akan kehilangan kerja.

Justeru, apakah Anwar akan membayar pampasan kepada mereka?   Jika ya, berapakah jumlah pampasan yang sesuai dibayar setelah diambil kira segala faedah yang mereka nikmati di bawah PTPTN?  Atau apakah mereka akan ditukar dan disumbat masuk ke bahagian lain dalam kerajaan mengikut suka hati Anwar?

Atau apakah mereka akan dibuang begitu saja dan perlu mencari kerja lain?  Ini tidak mustahil kerana PR berpegang kepada persaingan secara samarata dalam segala segi.  Maka bekas pekerja-pekerja PTPTN itu perlu memahami bahawa ini adalah satu cabaran yang memberi anjakan untuk mereka meningkatkan diri keluar dari ‘lindungan’ kerajaan dan bersaing di dalam ekonomi yang didominasi kaum Cina di luar sana.

Mungkin apa yang dikatakan penulis ini dilihat sebagai provokasi terhadap Anwar dan PR.  Namun, provokasi atau tidak, perkara yang dibentangkan ini wajar direnung-renungkan oleh semua.

Anwar pasti bertegas menyatakan cadangannya menghapuskan PTPTN adalah cadangan yang baik lagi bijak.  Dan sekiranya parti beliau menang dalam PRU kali ini, pastinya beliau akan melaksanakan apa yang dicadangnya.

Apabila ideanya terbukti merupakan satu kesilapan besar, Anwar akan mengambil jalan mudah dengan memalingkan mukanya ke arah lain.

Tak percaya?  Lihatlah apa yang berlaku kepada penduduk-penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang yang terpedaya dengan janji-janji Anwar tetapi akhirnya diusir bagai sampah dari kampung mereka oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerana itu, rakyat wajar berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut Anwar.  Pemikiran dan pandangan Anwar amat cetek dan beliau juga tidak punya keprihatinan yang tinggi terhadap rakyat.

Anwar hanya ghairah untuk mencari publisiti dan menunjuk pandai dan akibatnya beliau telah dengan tidak sengaja menyerlahkan kedangkalan pemikirannya untuk dinilai oleh kita.  :: from BlueBear ::

 

+ skang PTPTN bekukan seketika pinjaman untuk UNISEL, ha..ha.. baru tahu langit tinggi ke rendah…

7 thoughts on “Demi Kepentingan Peribadi, Anwar Memusuhi PTPTN… Kesannya?…

  1. Ini satu lagi provokasi thdp Anwar. saya tidak setuju. Admin /penulis jangan bohong sana. nanti mulut tu dikoyakkan baru anda tahu..

    • Saya setuju dengan penulis tentang kakitangan PTPTN yang akan kehilangan sumber pendapatan kerana PTPTN adalah agensi swasta.

  2. BODOH PUNYA PENULIS. DUIT RM 50000 tuh lagi baik digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma daripada disumbatkan kepada perasuah2 besar negara. saya sokong perjuangan DS ANWAR untuk membantu rakyat meringankan beban perbelanjaan pembelajaran. Saya langsung tidak percaya dengan apa yang MULUT BUSUK penulis ini katakan.

    ANWAR bukan la seorang yang cetek ilmunya kerana pernah menjawat jawatan TIMBALAN PERDANA MENTER MALAYSIA namun dijatuhkan kerana Mahadir tidak terdaya mengekang kepintarannya untuk memajukan dan meringankan kehidupan rakyat.

    YANG BODOH DAN CETEK ILMU ne ialah KAMU “PENULIS BLOG NE” CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN dan hujah pun langsung tidak ada fakta. Saya nak tanya awak penulis “”””””
    APA JAWATAN TERTINGGI YANG PERNAH ANDA SANDANG DAN SEJAUH MANA PENGALAMAN ANDA TENTANG PENTADBIRAN YANG KONSISTEN ,ADIL DAN SAKSAMA.??

    Tidak perlu anda jawab sebab saya sudah tahu jawapannya. Jawapannya anda “PENULIS” tidak pernah pun sandang jawatan tertinggi melainkan jawatan PENGAMPU NO 1 Negara .

    ILISTRASI kartun diatas pun sungguh xda fakta yang benar. Dulu2 pelajar diberikan BIASISWA untuk meneruskan persekolahan dan pengajian. Tetapi selepas REJIM DIKTATOR MAHADIR menghapuskan pemberian biasiswa kepada pelajar maka PTPTN diperkenalkan untuk membebankan rakyat. Ianya “biasiswa ” dihapuskan kerana MAHATHIR inginkan semua duit dan wang yang ada di malaysia dapat dipastikan MASUK kedalam poket keluarga dan kroni2 nya sahaja. Jadi jangan tertipu dengan provokasi ini. Cadangan ANWAR untuk menghapuskan PTPTN dan menggantikan dengan sistem BIASISWA kembali adalah satu cadangan yang amat baik dan prihatin kepada kesengsaraan dan penderitaan rakyat. Percayalah bahawa sebaik sahaja PTPTN penipu ini dihapuskan maka akan ramailah dapat memasuki IPTA/IPTS.

    Jangalanlah tertipu dengan provokasi “Jika PTPT penipu” ini dihapuskan maka tidak akan wujudlah daya saing diantara mahasiswa/mahasiswi seluruh negara seperti kata MENTERI PENGAJIAN TINGGI Khaleed Noordin yang amat tolol, bahlul ,dungu, bodoh dan pengkhianat itu.

    Saya sungguh sedih dan terkilan dengan percaturan yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri. Apabila tiba ataupun mendekati PRU maka wakil rakyat BN dan UMNO akan datang bertemu dan memaniskan muka kepada rakyat hanya untuk mendapatkan sokongan dan undi mereka sahaja. Saya sering memerhati ini semua dan hanya mendiamkan diri selama ini .Harapan saya yang paling besar ialah mahu melihat KERAJAAN PAKATAN RAKYAT naik ke PUTRAJAYA selepas PRU13 agar keadilan dan kesaksamaan dapat ditunaikan kepada rakyat. .

    kiriman: ANTI-KRONI DAN KUNCU2 MALAYSIA.

    • Berbalik kepada sejarah PTPTN, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

      Oleh yang demikian beliau sememangnya berhasrat untuk menutup balik PTPTN seperti yang pernah diasaskan beliau sebelum ini.

      Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

      Selain memangku jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.

      Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa saja keputusan termasuklah menubuhkan PTPTN. Namun, Anwar Ibrahim berpendapat PTPTN yang diluluskannya sebelum ini adalah kejam, zalim dan membebankan, dan beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu dan bukannya pada masa sekarang yang mana ramai rakyat masih memerlukan.

  3. AAAA :
    Saya setuju dengan penulis tentang kakitangan PTPTN yang akan kehilangan sumber pendapatan kerana PTPTN adalah agensi swasta.

  4. Bebas :
    Berbalik kepada sejarah PTPTN, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.
    Oleh yang demikian beliau sememangnya berhasrat untuk menutup balik PTPTN seperti yang pernah diasaskan beliau sebelum ini.
    Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.
    Selain memangku jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.
    Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa saja keputusan termasuklah menubuhkan PTPTN. Namun, Anwar Ibrahim berpendapat PTPTN yang diluluskannya sebelum ini adalah kejam, zalim dan membebankan, dan beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu dan bukannya pada masa sekarang yang mana ramai rakyat masih memerlukan.

Leave a reply to Anonymous Cancel reply