Agenda Jahat Pembangkang

Rusuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0, lebih sebulan lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah Bersih membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara. Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Dari satu sudut, Bersih boleh dikatakan satu rahmat kepada rakyat kerana mereka kini sedar siapa Anwar dan apakah kemampuan pembangkang sekiranya mereka diberi kuasa. Bersih telah dijadikan alasan bagi PKR, PAS dan DAP untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan untuk menumbangkannya.

Ia sebenarnya bukan untuk menuntut penambahbaikan dalam proses pilihan raya tetapi satu agenda tersusun pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan ala revolusi.

Anwar pernah menyatakan hasrat agar ‘Arab Spring’ ang berlaku di beberapa negara Arab yang menumbangkan kerajaan Mesir, Libya dan Tunisia juga akan berlaku di Malaysia.

Beliau mengharapkan perhimpunan Bersih pada 28 April lalu mempunyai cukup momentum untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Najib. Malang bagi Anwar kerana dengan berkat ketangkasan dan kecekapan pihak keselamatan, segala onar yang dirancang mereka digagalkan.

Perarakan besar-besaran oleh penyokong DAP dan keganasan yang dilakukan oleh peserta Bersih, melayangkan kembali memori generasi rakyat Malaysia yang hidup dan melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih anjuran Pakatan Rakyat saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku pada rusuhan kaum 13 Mei, 43 tahun lalu. Imej ini kini mahu ulangi semua oleh DAP dengan bantuan, kuncu-kuncuya, PKR dan PAS.

Malah Anwar dengan licik cuba lari daripada kenyataan bahawa dia dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang  bertanggungjawab mengarahkan agar peserta Bersih merempuh halangan di Dataran Merdeka.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tepat menyifatkan Anwar sebagai orang yang membaling batu sembunyi tangan.

Walaupun pembangkang menafikan sebarang pembabitan dalam penganjuran Bersih tetapi pengakuan PAS bahawa parti itu membiayai peserta-peserta yang didatangkan dari seluruh negara mendedahkan rahsia sebenar motif perhimpunan haram itu.

Paling mengejutkan, Anwar membiayai sekumpulan ‘pemantau’ yang dibawa daripada enam buah negara untuk mengutuk kerajaan Malaysia serta memperlecehkan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sejak merdeka lagi.

Ini menjadi bukti kukuh bahawa Anwar tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat kuasa asing untuk mencampuri urusan politik Malaysia, selagi ia memberi keuntungan kepadanya.

Untuk mendapat sokongan negara luar terutamanya blok Barat, Anwar mengaitkan kerajaan Malaysia dengan kekejaman Stalin dan Hitler.

Sesuai dengan pendirian Anwar yang menyokong fahaman Zionisme dan Israel, dengan menimbulkan nama dua tokoh yang dikaitkan dengan kejaman terhadap kaum Yahudi, beliau cuba meraih sokongan masyarakat Yahudi yang berpengaruh. :: BluBer ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s