Islamik Pas Versi Buntut Kuali…

Ramai kalangan penyokong & ahli Pas fikir parti Pas adalah wadah perjuangan Islam di Malaysia, manakala UMNO pula bagi mereka adalah parti yg unIslamik.

Pendek kata asal saja Pas atau pemimpinnya bersuara, maka sujudlah semua ahli & penyokong Pas membenarkan tiap butir kata-kata yg keluar dari mulut pimpinan mereka. Putih kata pucuk pimpinan, putihlah bagi penyokong Pas. Takde bantahan, takde persoalan, yg wujud hanyalah angguk-angguk sepanjang zaman.

Itu hakikat yg ada dlm Pas, warisan selama 60 tahun wala’ & taat buta tuli hatta buntut kuali pun depa sanggup kata putih berkilat.

Dulu pernah kita dengar Pas agak ke depan mempertahankan ‘masjid’ Bujal’ di Kemaman Terengganu sekitar tahun 2005 dulu malah ramai yg yakin buta tuli dengan propaganda Pas ketika itu yg mengatakan UMNO meruntuhkan masjid.

‘Masjid’ Bujal tu hakikatnya adalah sebuah premis yg di dirikan secara tergesa-gesa oleh penyokong Pas dalam usaha mereka utk menghalang kerajaan Terengganu daripada mengambil semula tanah tersebut selepas di bahagi-bahagikan oleh kerajaan Pas sebelumnya kepada penyokong mereka.

Ia bukannya tanah wakaf utk masjid atau surau, bukan jugak tanah persendirian sebaliknya tanah berkelompok yg di bahagi-bahagikan sesuka hati kepada penyokong parti tanpa mengikut saluran yg betul.

Namun kali ini, di Kedah lain ceritanya.

Sebuah Madrasah Salihiah yg tanahnya adalah berstatus wakaf khas utk masjid atau surau nampaknya bakal dirobohkan oleh kerajaan pas Kedah demi utk membina kondominium, hotel & pusat membelibelah. Projek ni melibatkan kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dgn syarikat pemaju Belleview Holding.

Madrasah Salihiyyah ni dah wujud sekitar 100 tahun dan dah alami banyak proses ubahsuai malah tanahnya tu bukannya tanah yg di beri atas nama kepartian macam di Terengganu tu, tapi tanah wakaf yg dah sekian lama hanya utk premis rumah ibadat seperti surau atau masjid saja.

Kalau kerajaan Pas Kedah nak roboh atas sebab utk dirikan masjid yg lebih besar & luas, ia takkan jadi isu dan takde orang marah. (err,.. Pas minat ka nak bina masjid? Jangan tak tahu di Kelantan, berhala tokong punya tinggi kalah menara masjid…)

Ni tak, yg depa nak roboh ni utk tujuan bina menda lain yg takde kaitan dgn status tanah wakaf khas tu. Gila ka apa, depa ingat status tanah wakaf bumiputera samakah dgn tanah wakaf khas utk masjid atau surau.

Lokasi Madrasah Salihiyyah yg akan dirobohkan. (kredit utk PadiJantan)

Dari segi Islamnya memang ada kelonggaran mengenai tanah wakaf khas sebegini yg mana pihak berkuasa agama boleh campurtangan mencadangkan pembayaran pampasan yg bersesuaian atau digantikan dgn tapak baru, jika ianya dipersetujui oleh pemegang amanah tanah wakaf tersebut sahaja.

Dalam kes Madrasah Salihiyyah ni, tiada persetujuan yg di capai tambah lagi jika kita tengok print screen gambar satelit di atas, yg herannya kenapa boleh pulak kuil & gereja tu terkecuali drpd turut dirobohkan?

Lebih 50 tahun UMNO memerintah Kedah, Madrasah tu tetap utuh di situ, ni baru 3 tahun lebih Pas bermaharaja di Kedah tiba-tiba saja Madrasah tersebut bakal menyembah bumi. Ni sapa yg Islamik sapa pula yg tak Islamik ni?

Hukum karma hasil pembohongan Pas ketika kontroversi ‘masjid’ Bujal sudah menghantui Pas ka?.

Ahli jawatankuasa & penduduk setempat membantah cadangan mengambilalih tanah wakaf khas & merobohkan Madrasah Salihiah

Ntah apa dah jadi pada Pas sejak depa bersekongkol tidur sebantal bersama Dap & PKR. Macam-macam tunggang terbalik dah berlaku dalam prinsip & dasar perjuangan Pas tambah-tambah sejak depa menjadi liberal.

Negara Islam dah jadi negara berkebajikan, dokumen negara Islam 2003 dah masuk longkang. Hudud yg dah 21 tahun digoreng sakan baru kini nak ditubuh jawatankuasa teknikal utk kaji dan kaji dan kaji sampai ke ceroh. (kalau Tun Mahathir tak cabar Pas & Kadi Besar Kelantan tak hentam Pas Kelantan, mahunya Pas goreng isu hudud sampai hangit).

Tu belum cerita lagi perihal penggunaan nama Allah s.w.t yg dah di halalkan oleh Pas utk kegunaan orang kristian selain kegagalan Pas menyelesaikan isu murtad di Selangor.

Pendek kata la, Pas ni bab nak bercakap sambil goreng di pentas ceramah bolehla, bila dapat aja kuasa di tangan depa, haa.. siaplah hangpa. Yang dulu haram automatik halal. Yang dulu wajib esok lusa jadi sunat, kemudian maybe jadi harus kerana ianya 0.0001% saja.

Buntut kuali tu sapa yg ada lebih kat dapur rumah hangpa tu elok sangat kalau tenyeh skit ataih dahi pemimpin Pas biaq jadi tanda jelas senang skit orang ramai nak kenal sikap depa yg haprak lagi lahanat.

One thought on “Islamik Pas Versi Buntut Kuali…

  1. ana nak kritik ..

    kerajaan islam ..pemimpin islam..negara islam..islam agama rasmi

    tapi di kedah , pemimpim islam sendiri merobohkan masjid surau madrasah ni..

    tetapi gereja . mereka kekalkan..dekat sangat tu dengan madrasah salihiah ni..dalam map tadi..

    apakah yang telah berlaku sebenarnya?

    ADAKAH TANAH WAKAF KHAS BOLEH DIGANTI DENGAN SHOPPING COMPLEX?

    AZIZAN KATA MUFTI KEDAH DAH SETUJU? SETUJU APA?

    APAKAH YANG MUFTI KEDAH SETUJU..TIDAK PULA DIHURAIKAN…

    JADI ..KITA MINTA MUFTI KEDAH HURAIKAN…APA MAKSUD MB AZIZAN NI SEBUT…

    MB AZIZAN NI..PUN MARAH MARAH..BILA TANYA BAB TANAH WAKAF KHAS DAN SURAU…

    SEMUA ORANG YANG TAK SETUJU NAK ROBOH…DIPANGGILNYA BINGAI? APA TU BINGAI?

    ORANG KEDAH SAJA YANG FAHAM KOT…TAPI BUNYI MACAM TAK BEST PUN..MACAM MENGHINA…

    MB AZIZAN NI KUAT MENGHINA ORANG….ASTAGHRRULLAH…

Leave a reply to NUR Cancel reply