Video: Signal Pra Gelombang Untuk PKR Selangor…

Makin lama kian ramai yg beransur menjarakkan diri drpd Anwar, PKR mahupun Pas atas pelbagai sebab & alasan.

Otai-otai lama dan rakan karib sahabat handai yg dulunya bermati-matian utk Anwar juga telah lama menarik diri drpd terus hanyut dlm propaganda ‘keadilan’ untuk Anwar.

Pengaruh Anwar & PKR dikalangan grassroot pun kian hari kian tumpul. Andai ada majlis anjuran PKR, tukang urus dan mengawal kelancaran majlis tu bukan lagi dari kalangan anak muda mahupun grassroot yg tegar dgn semangat Anwarisme sebaliknya dipikul oleh balaci-balaci Pas yg dikenali sbg Unit Amal.

Dulu time zaman gawat reform terlepas kerusi di akhir tahun 90-an bolehlah Anwar & PKR berbangga bilamana sekian ramai anak muda dan pakcik makcik yg berbangga mendabik dada mempamerkan sticker & poster pro Anwar di kenderaan masing-masing utk menunjukkan dirinya adalah penyokong Anwar.

Skang ni sorilah,… dah tak ramai yg berani memakai baju bergambarkan muka Anwar malah nak jumpa owner kereta atau motor yg tampal sticker slogan ‘reformasi’ & poster Anwar pun walau seminggu kita bertenggek di highway federal belum tentu lagi kita dapat tengok.


Pengisytiharan keluar PKR oleh ahli & penyokong PKR Taman Permata, Selangor.

+-+-+-+-+-+

Seramai 100 orang ahli PKR Cabang Taman Permata telah keluar parti pada malam ini dan menyertai UMNO Bahagian Gombak.

Kumpulan ini diketuai oleh Sdra Mohd Jefri Salehuddin, AMK Taman Permata telah membawa ahli mereka berjumpa dengan Tuan Haji Rahim Kamarudin, Ketua UMNO Bahagian Gombak dan menyerahkan salinan Kad Pengenalan mereka untuk menyertai UMNO Gombak. (link)

+-+-+-+-+-+

Dulu Selangor & KL adalah lubuk kebangkitan Anwar tatkala zaman gawat reform terlepas kerusi di akhir tahun 90-an yg kemudiannya menjalar hampir pelusuk negara, skang sebaliknya pula yg berlaku.

Tiada lagi orang ramai berduyun-duyun mengisi borang keahlian PKR kerana ia kini diganti dengan gerakan-gerakan pra gelombang utk memisahkan diri drpd terus terpalit dgn noda-noda yg dijanakan oleh Anwar & PKR.

Mana tidaknya sejak pasca PRU 2008, Selangor yg dipimpin oleh PKR dgn sokongan DAP & Pas tak abis-abis duk bergelumang dgn pelbagai isu hasil kesilapan & kelemahan pemimpin depa sendiri disamping sikap terlampau menurut desakan DAP hingga menggadai maruah bangsa & agama.

 

 

Isu kandang babi, penyelewengan tender bumiputera kepada proksi DAP seperti yg didedahkan dlm inkues Teoh Beng Hock, isu pusat pendidikan & kemahiran Yayasan Selangor, penyusupan agenda memurtadkan orang Islam hinggalah kepada kegagalan memacu ekonomi negeri hanyalah rantaian-rantaian kecil isu yg membuahkan bibit-bibit pra gelombang hakisan kepercayaan umum terhadap PKR & Anwar.

Apa yg Pas alami sejak beberapa siri pilihanraya kecil lepas termasuklah hakisan pengaruhnya dikalangan penyokong & ahli hardcorenya di Kelantan, kini simptom tersebut turut menghantui Anwar mahupun PKR.

Tinggal lagi bagamanakah UMNO & BN memberi respon mengambil peluang yg terbuka ini utk menterjemahkan riak-riak gelombang kecil itu kepada satu hempasan gelombang tsunami yg bakal menenggelamkan bahtera PR kelak.

Leave a comment