PAS Bersetuju Hudud Hanya Umpan Politik?…

Inilah ayat paling bombastik utk tahun ni rasanya. “Bersetuju untuk tidak bersetuju”, punyalah berbelit boleh berpinar mata sampai juling totok Pas dibuatnya kalau baca berita ni.

Berita di bawah ni bukannya petikan drpd media perdana yg sering dikaitkan sebagai ‘alat’ UMNO, tapi di petik drpd media internet pro pembangkang yakni Malaysia Insider, adik beradik tiri kepada portal Malaysiakini.

Payah sangat agaknya Pas nak bagitahu rakyat yg Hudud tu cuma umpan utk meraih sokongan politik kepartian dalam mencari kuasa & kekayaan duniawi maka berusahalah depa sedaya upaya membelitkan lidah dgn mengeluarkan ayat “bersetuju untuk tidak bersetuju”.

Hudud: PAS, DAP ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’

Oleh Clara Chooi
October 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Okt – PAS dan DAP telah mengambil pendirian “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung isu hukum hudud, sekali gus membawa usaha mengakhiri kontroversi yang berpanjangan membabitkan kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (picture) berkata keputusan itu dicapai pada satu pertemuan yang diadakan membabitkan kepimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat parti itu di sini Isnin lalu.

Lim berkata pada pertemuan itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengulangi rangka kerja dasar bersama 2009, Buku Jingga dan juga kenyataan bersama 28 September lalu di mana hudud tidak disebutkan sebagai agenda bersama.

“Pertemuan itu memutuskan bahawa kedua-dua DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang hudud,” katanya.

Kata beliau, dasar itu juga tidak akan menjadi agenda Pakatan Rakyat ketika atau selepas pilihan raya umum akan datang ataupun dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan pimpinan perikatan sebelum konsensus terlebih dahulu daripada kesemua parti komponen.

Tengah hari tadi The Malaysian Insider membawa laporan bahawa di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud.

Penerangan itu diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.

Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan itu diadakan atas permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sendiri dan dihadiri oleh kesemua pemimpin kanannya kecuali Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Exco yang memberi penjelasan pada pertemuan itu ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Takiyuddin Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan) dan Dr Mohd Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi).

Mohd Amar juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kelantan membawa hasrat melaksanakan hukum hudud sejak dua dekad lalu.

Perkembangan itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Lim sebelum ini ada memberi kata dua bahawa jawatankuasa pusat DAP akan meletakkan jawatan jika hukum hudud dipaksa dimasukkan dalam rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat tanpa persetujuan kesemua parti.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga telah membincangkan Enakmen Kod Jenayah Syariah II Kelantan ketika pertemuan kelmarin, yang mana DAP menekankan pendirian parti tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana ia juga tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Utk memudahkan pemahaman totok Pas yg sering bermimpi di siang hari tanpa melihat kemampuan sendiri & hakikat realiti semasa kita di Malaysia, ayat “bersetuju untuk tidak bersetuju” tu membawa maksud Pas takkan memandai lagi bersembang pasal Hudud atau gebang pasal perlaksanaan Hudud kerana menda tu takde dalam Buku Jingga dan sama sekali bukan objektif Pakatan Rakyat jika diberikan kuasa memerintah.

Begitulah taat setianya Pas sebagai keldai DAP hingga tunduk mengangguk bahawa Buku Jingga itu jauh lebih besar daripada janji politik Pas utk laksanakan Hudud.

Selama ni kita kerap dimomokkan oleh Pas bahawa perlembagaan negara & undang-undang sedia ada adalah penghalang terbesar yg menjadi punca Pas gagal laksanakan janji politiknya utk laksanakan Hudud sebaik saja ayam jantan belum habis berkokok.

Sejak dulu hingga kini puak balaci Pas sering mengomel dan berkata “Hudud tu wajib utk dilaksanakan terutama bagi negara Islam macam Malaysia”.

Tapi depa lupa atau sengaja buat-buat tak tahu Hadi Awang sendiri mengakui bahawa Hudud bukannya perkara paling wahid dalam pemerintahan negara atau negeri hingga dengan selambernya Hadi mengatakan Hudud tu cuma 0.0001% saja daripada Islam.

“Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya.” – (Hadi Awang / 07 Mac 2000 / Utusan Malaysia)

Hatta dalam Rukun Islam yg ada 5 perkara wajib bagi setiap orang Islam seperti mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, membayar zakat & mengerjakan haji di Mekah namun ada salah satunya yg diberi kelonggaran oleh Allah s.w.t yakni mengerjakan haji walaupun wajib tapi tidak jatuh kafir atau haram bagi mana-mana umat Islam yg tidak mampu melaksanakannya.

Demikianlah Hudud walaupun ia tuntutan namun perlaksanaannya tetap bergantung faktor semasa misalnya ekonomi rakyat, pengetahuan, populasi muslim & bukan muslim, keadaan semasa tanahair, persediaan prasarana pengadilan dan lain-lain.

Bak kata Timbalan Pesuruh Jaya Pas kelantan merangkap Exco Kerajaan Pas Kelantan;-

Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal Hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihanraya. – (Nik Amar Nik Abdullah / 03 September 2010 / Utusan Malaysia)

Bayangkan kalau ayat-ayat sedemikian diluahkan oleh pemimpin UMNO, mahu tak cukup tanah penyokong & balaci Pas duk maki hamun dan menjatuhkan hukum bahawa pemimpin UMNO sudah jatuh kafir kerana tidak melaksanakan Hudud dalam pemerintahan.

Berjanji memang mudah sama mudah macam kata-kata Hadi Awang yg mahu laksanakan Hudud sebelum sempat ayam jantan habis berkokok.

Namun janji akhirnya tinggal janji, kerusi parlimen yg ada 222 bijik tu pun Pas hanya minat bertanding di 66 kerusi saja masa PRU 12 2008 dulu tu, jadi tak heranlah nampak sangat Pas hanya jadikan Hudud tu sebagai modal politik saja utk meraih keuntungan duniawi.

66 kerusi parlimen saja yg ditandingi tapi duk berjanji bagai nak rak seolah-olah sudah bersedia utk gubal undang-undang Hudud yg memerlukan kelulusan majoriti 2 per 3 ataupun paling koman majoriti mudah di parlimen.

Macam seseorang yg duk bermimpi nak pi buat haji ke Mekah, duit dalam simpanan cuma ada 600 hinggit duk sembang keliling kampung kata nak pi buat haji tahun ni, bila sampai musim Haji dia masih duk lepak kat kedai kopi duk hentam main dam haji.

Bila orang tanya apasal tak pi Haji tahun ni, dia pi jawab sebab kerajaan pusat & UMNO tak bagi sponsor duit tambang utk dia pi haji.

Bila orang tanya apasal tak usaha kumpul duit sendiri dia beralasan takde kederat nak kerja siang malam cari duit. Akhirnya jadilah dia pak haji dam kedai kopi.

Gitulah Pas, sembang gah berjanji cukup mudah bila gagal depa carik kambing hitam utk dipersalahkan sambil mencipta sejuta satu alasan utk melepaskan diri daripada tuntutan menunaikan janji politik.

One thought on “PAS Bersetuju Hudud Hanya Umpan Politik?…

  1. Pingback: Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s