Kes Liwat: Penyokong Makin Menyampah Terpaksa PKR Sewa 15 Buah Bas

Hari ini perbicaraan rayuan terakhir kes Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari telah masuk hari keenam dan sekiranya pihak peguam bela Ketua Umum PKR itu sempat menggulung hujah mereka maka keputusan muktamad kes ini akan diketahui lewat petang nanti.

Seperti hari-hari sebelum ini, penyokong-penyokong Anwar akan berhimpun di sekitar perkarangan Istana Keadilan Putrajaya bagi memberi sokongan atau erti kata yang lebih tepat lagi mereka datang untuk memberi tekanan kepada para Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes tersebut.

Jumlah yang hadir menyokong Anwar sebagaimana umum maklum tidaklah ramai mana, cuma hari pertama dan hari kedua sahaja nampak ramai tapi PKR Terdesak Sewa 15 Bastidaklah mencecah angka seribu. Masuk hari ketiga dan seterusnya jumlah yang hadir makin berkurangan sampai adakalanya hanya berjumlah puluhan orang sahaja.

Dari situ kita tahu nafsu melawan mereka sudah kendur tidak lagi seperti zaman kegilaan reformasi 1998/99. Dulu dibayar RM10 untuk setiap seorang sudah cukup menggamit ribuan orang datang, malah ramai juga yang tak berpeluang mendapat upah pun sanggup berhujan panas berhari-hari sehingga keputusan dibacakan.

Mungkin menyedari kelunturan semangat itulah khabarnya PKR terpaksa menyewa sebanyak 15 buah bas bagi membawa penyokong mereka dari seluruh negara untuk berhimpun sempena kemungkinan hari ini keputusan kes liwat ketua mereka akan diputuskan oleh mahkamah.

Demi Anwar sanggup PKR berhabis duit untuk menyewa bas untuk membawa penyokong yang termakan umpan, tapi demi untuk mempertahankan kesucian Kalimah Allah SWT tak pula mereka sanggup melakukan perkara sama. Selanjutnya…

++++ Selingan ++++

Foto diceduk dari blog AnginPerubahan – suasana ketika sekumpulan beberapa puluh orang penyokong Anwar naik syeikh cuba nak merempuh masuk melepasi hadangan besi di Istana Keadilan. Dah tabiat orang PKR, pantang nampak pagar habis nak dirempuhnya.. Sel-sel otak tak berhubung sejak dari kecik kot…

One thought on “Kes Liwat: Penyokong Makin Menyampah Terpaksa PKR Sewa 15 Buah Bas

  1. nama tempat pun istana keadilan tentulah cenderung kpd parti keadilan (?). nama istana keadilan diberi ketika parti keadilan telah ujud. ada apa2 ?

Leave a comment