SPR Bela Pengundi Hantu?…

Betulkah SPR tidak adil? Tidak telus dan memanipulasi daftar pengundi?

Kalau ikutkan hujah Pas dan PKR pendek kata SPR memang tak pernah adil waima utk memang sebijik kerusi pun kalau kita pegang hujah Pas dan PKR tu, memang jauh panggang dari api.

Hatta sapa-sapa daripada Pas, PKR dan DAP nak merasa memerintah negeri berketuakan MB dari parti sendiri atau ber’khalifah’kan KM drpd DAP pun jangan kata secuit sezarah pun tak dapat disebabkan ‘manipulasi’ oleh SPR. Continue reading

Dilema Penyokong PAS

https://i1.wp.com/din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2013/01/Isu-Kalimah-Allah-Dan-Bible.jpgPendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya  turut  menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian. Continue reading

8 Perkara Dalam Amanat Hadi

Kesan Amanat HadiSeorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas. Continue reading

Huru Hara Dalam Negara Angkara PR

https://xpressminda.files.wordpress.com/2013/01/bersih1.jpg?w=300Selalu sangat puak barbarian dlm PR suka duk tuduh polis punca provokasi yg menyebabkan banyak demonstrasi dan himpunan anjuran PR kerap huru hara.

Akhirnya kebenaran tersingkap, segalanya berpunca dari masalah koordinator lemah dalam program PR disamping masalah sejak azali sapa2 sokong PR automatik mudah naik angin dan panas baran tak ketahuan.

Biasaklah tu, kalau dah sama-sama sendiri boleh bertumbuk, kalau dengan polis lagi la depa suka. Continue reading

Anak Papa Terus Kepanasan…

https://i2.wp.com/3.bp.blogspot.com/-3CzFuRdh8Xs/UJ8fM0_5WeI/AAAAAAAAvhE/fyy73N-3m0U/s640/575215_405422939529897_1384845875_n.jpgNurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?” terus mengundang bantahan umat Islam.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab ‘Contact Us’, di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-
Continue reading

Pok Nik Ajis Tongkat Langit Sampai Mati

https://i2.wp.com/2.bp.blogspot.com/-pvRwalDbcZE/TixrXAbLDwI/AAAAAAAAC7w/f6lR_FFk5-Q/s400/pok%2Bnik%2Bsakit.jpgNampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi.  Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.

PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.  Continue reading

Anwar Ibrahim Malu Angkat Tangan Semasa Ikrar Rukun Negara Dibacakan…

Post PicSiapa saja rakyat Malaysia tidak kira pemimpin atau rakyat marhaen wajib mengangkat tangan semasa ikrar dibacakan, hanya YDP Agong, Sultan dan Raja saja terkecuali.

Tapi pelik, Anwar Ibrahim agak segan untuk mengangkat tangan, nak kata dia seorang sultan atau Raja, jauh sekali. Nak kata dia Presiden, negara kita masih lagi bersandarkan sistem demokrasi dan  Raja Berpelembagaan. Continue reading

Imbasan Isu Komunis & Mat Sabu

Saat ini soldadu-soldadu pro Mat Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.

Isunya mudah tak perlu berbelit. Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan. Continue reading

Kantoi Menipu Pendidikan Percuma, Pembangkang Beralih Ke Isu Kapal Selam Pula…

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Continue reading

Senyap-Senyap Khalid Suruh UNISEL Merayu…

Chaiss… iya-iya je pendidikan percuma konon. Last-last diarahkan juga UNISEL pi merayu bantuan Menteri minta PTPTN diteruskan untuk pelajar Unisel.

Kot kalau hebat sangat, buat apa pi rayu kemudahan pinjaman PTPTN? Bagi je la terus yuran belajar percuma dan tanggung semua kos sara hidup student sampai habis pengajian.

Hangpa nasib baik pak menteri BN jenis hati lembut, kalau aku la… sah-sah aku beku pinjaman tu sampai September atau Oktober. Continue reading

Pendidikan Percuma Alaf Baru, Jual Tanah Gadai Aset…

Sehingga ke saat ini, aku belum mendengar walau seorangpun pemimpin puak Pakatan yang menyalahkan para mahasiswa yang mereka hasut dulu untuk berdemo agar pinjaman PTPTN dihapuskan dan hutang pinjaman sedia ada dimansuhkan.

Apa ke pemimpin Pakatan ni memang tak ada telur? Kenapa nak salahkan kerajaan BN? Kenapa nak salahkan PTPTN? Yang mintak hapus dulu bukannya kerajaan BN. Yang sokong bebudak sewel tu dulu juga bukannya pemimpin BN. Continue reading

Rafizi Nak Saman PTPTN…

Huk aloh la… karut sungguh puak-puak pakatan haramjadah ni. Ke hulu ke hilir maki dan fitnah PTPTN kononnya menindas pelajar dan membebankan.

Bila PTPTN jentik telur skit terus menggelupur tak cukup tanah. Puak dia yang duk gebang kata PTPTN tak diperlukan, bila dibekukan sebentar pinjaman untuk UNISEL, boleh pulak nak di saman PTPTN.

Kongkalikong sungguh pembangkang di Malaysia ni. Continue reading

Nurul Izzah Lari Ke Nibong Tebal?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.

Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun. Continue reading

Kapal Dah Nak Karam… Pakat-Pakat Selamatkan Diri…

Jenuh Anwar Ibrahim sembang siang malam sampai basah lencun baju, tapi kian hari makin ramai pula yang lari. Mana boleh tahan beb… siang malam kena kencing dek Anwar, hancing satu kapal.

Yang masih mengekor belakang Anwar hanya tinggal golongan yang dah tertutup pintu hati saja. Yang mana ada akal, cerdik dan tahu menganalisis, cukup sekali dua kena kencing dan dikelentong dek Anwar, terus depa terjun kapal selamatkan diri. Continue reading

Agenda Jahat Pembangkang

Rusuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0, lebih sebulan lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah Bersih membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara. Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri. Continue reading

Demi Kepentingan Peribadi, Anwar Memusuhi PTPTN… Kesannya?…

Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari tindakan tersebut.

Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata.

Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri. Continue reading

PRU 13: Berebut Kerusi Petanda PR Mahu Bungkus

https://xpressminda.files.wordpress.com/2012/06/anwarliwat.jpg?w=300Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar) hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.

Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah misalnya hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak. Continue reading

Thumb Up Untuk Dr. Khir…

Syabas & bravo utk Dr. Khir kerana sentiasa setia & tidak melatah dgn nasib yg menimpa diri.

Payah nak cari pemimpin yg suatu ketika pernah di angkat di julang kemudian tiba-tiba jatuh di hina terpalit pulak dengan kes mahkamah, tapi tetap menerimanya dgn redha serta tak pulak melatah menentang parti.

Seingat aku waktu PRU 12 baru saja tamat dan Selangor diketahui jatuh ke tangan PKR & DAP, bukan sedikit maki hamun dan kejian yg Dr. Khir terima. Continue reading

Cagu Bad Cuba Bikin Provokasi…

Sapa tak kenal Cikgu Bard yg suka guna ejaan Chegu Bard sebagai identiti utk meletakkan dirinya seakan sama macam Che Guevara (Che Guerra) pejuang revolusi pro Marxist komunis dari negara Cuba tu.

Malam tadi Chegu Bard ataupun lebih sesuai kita panggil Cagu Bad dah bawak sekumpulan penyokong Hindraf utk buat program di Kampung Jalan Kebun.

Jalan Kebun tu merupakan satu kawasan yg penduduknya 99% adalah Melayu Islam. Suatu ketika dulu sebelum gerakan reform terlepas kerusi (reformbasi) merebak ke area lain, di sinilah tempat pertama kebangkitan gerakan reformbasi. Continue reading

Ayah Bekas Setiausaha Sulit Anwar Keluar PKR Kerana PapaGomo?…

Korang kenal Rahimi Osman, rakan kepada Saiful Bukhari yg jugak bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim?

Kita semua tahu yg Rahimi merupakan salah seorang perisai harapan utk Anwar Ibrahim sewaktu kes liwat Anwar dgn Saiful kecoh lebih 3 tahun lalu berikutan laporan polis yg di buat oleh Saiful Bukhari.

Namun tidak sampai setahun kemudian, Rahimi telah nekad keluar daripada lingkungan pengaruh Anwar dan mula mendedahkan perihal sebenar di sebalik kekalutan saat awal kes liwat tersebut sampai ke pengetahuan umum. Continue reading

100K Pengundi Di Luar Kelantan Sila Alert…

Dianggarkan ada lebih 100,000 orang rakyat Kelantan yg berdaftar & layak mengundi skang ni berada di luar Kelantan kiranya termasuk aku la tu.

Semasa pilihanraya 2004 di anggarkan hampir 60% pengundi Kelantan yg berada di serata negeri seluruh Malaysia serta Singapura telah memainkan peranannya dgn meletakkan Nik Aziz hampir terbongkang dari kerusi MB.

Manakala pada tahun 2008 dalam PRU 12 yg lepas lebih separuh (sekitar 70%) daripada depa ni telah membantu utk meningkatkan undi Pas seterusnya mengekalkan Nik Aziz di atas singgahsana kerusi MB. Continue reading

Demo Di Masjid: Penyokong Pas Sama Bengap Dengan Pemimpinnya…

Sahih lagi terbukti benar sapa saja yg terpengaruh dgn parti Pas automatik jadi bengap, sangap dan budus sama seperti keldai dan lembu.

Orang Islam bila pi masjid hari Jumaat tentu saja berniat utk mengadap Allah s.w.t serta mendengar panduan berguna daripada khatib yang berkhutbah.

Apabila selesai solat Jumaat maka kita di suruh oleh Allah s.w.t utk kembali melaksanakan tanggungjawab meneruskan kerja mencari rezeki – bukannya utk balik tidur apatah lagi utk menyertai demo di kawasan masjid. Continue reading

PRU 13: PKR & Pas Nyawa Hujung Tanduk…

Jangkaan ramai PRU 13 bakal berlangsung sekitar bulan Mac 2012 malah desas desus kemungkinan pembubaran parlimen pada akhir bulan Februri 2012 jugak kuat berlegar di kalangan pemerhati politik.

Situasi ini hampir sama dgn khabar angin yg berlegar pada akhir tahun lepas yg menjangkakan parlimen akan di bubarkan pada bulan November 2011 bagaimanapun ramalan tersebut tersasar sama sekali.

Jika di ambil kira tempoh penggal pemerintahan yang hanya akan berakhir pada awal suku kedua tahun 2013, kita sebenarnya boleh menjangkakan pilihanraya pada bulan Mac 2012 sebenarnya takkan berlaku. Continue reading

Alhamdulillah, Akhirnya Rakyat Bawahan Mendapat Haknya…

Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya hak Saiful Bukhari utk memohon rayuan bagi semakan kehakiman dah berjaya apabila sekitar jam 4 petang tadi, pihak pendakwaraya telahpun mengemukakan permohonan rayuan kes.

Sebelum ni rata-rata kalangan pemerhati politik & rakyat bawahan beranggapan pihak pendakwaraya mungkin tidak akan memohon rayuan sementelah lagi bila peguam Anwar yakni Karpal Singh mendesak pihak pendakwaan supaya membatalkan saja hasrat merayu atas alasan ia membazir masa dan kos. Continue reading

Hassan Jatuh Di Timpa Tangga, Pas Terlentang Di Gelek Steamroll..

Dek kerana ketegasannya mempertahankan prinsip, Hasan Ali  kemudiannya disepak diteranjang tanpa dapat membela diri, keahlian sebagai anggota Pas terlucut dan jawatannya sbg exco pun di tarik balik.

Dah jadi macam jatuh di timpa tangga, dah ler jatuh kemudian di pijak-pijak pulak.

Nasib badan, tapi itulah hakikat politik dalam Pas kini, perjuangan menentang gejala murtad serta ketegasan membendung aktiviti maksiat selain sesekali mengkritik corak kepimpinan Anwar dah di anggap sebagai tindakan yg merugikan Pas. Continue reading