Genap Setahun Anwar Ibrahim Di Penjara Kerana Meliwat

anwar-saiful-terbaru[1]HARI ini genap setahun Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.  Puak-puak Pakatan cuba nak hasut rakyat untuk percaya bahawa Anwar dipenjarakan selama 5 tahun itu bukan sebab liwat pembantu peribadinya pada Jun 2008, tapi kerana politik.

Disana sini ditaburlah poster-poster yang mengatakan bahawa Anwar ini adalah tahanan politik, bukan pesalah seksual seperti yang kita semua tahu.

Menunjukkan, mereka pun tahu dan sedar bahawa seorang peliwat tidak layak untuk jadi Perdana Menteri di negara ini, maka itu gambaran tersebut perlu ditukar, dari pesalah jenayah liwat kepada tahanan politik.  Mat Salleh yang lebih liberal pun tak terima pesalah jenayah liwat jadi Perdana Menteri, inikan pulak negara Islam macam Malaysia.

Itu semua sebenarnya hanyalah permainan persepsi, hakikatnya, tidak ada apa yang politik mengenai sabitan jenayah yang dikenakan  ke atas Anwar, segalanya dibuktikan secara saintifik.

DNA asal air mani dijumpai dalam rektum yang kita cakap ni, politik macam mana pulak DNA asal air mani boleh jumpa dalam rektumnya Saiful?  Kalau nak masukkan dalam dubor ikut cara lain tu mungkin boleh, tapi sumber air mani tu macam mana pulak dapat?

Tak tahukah kalau dia keluar air mani macam keluar air kencing – kotorlah sikit kita cakap ni, tapi itulah pun cara nak bagi senang faham.

Ini logiknya yang perlu rakyat fikirkan sebelum buat keputusan untuk percaya bahawa pemenjaraan Anwar adalah satu konspirasi politik seperti dicanangkan para pengikutnya yang kita tahu majoriti cakap tak serupa bikin itu.

Sumber MyKMU.Net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s