Nik Aziz Lupa, Sejak Dulu Lagi PAS Dibuli DAP

Nik Aziz Lena Di Buai MimpiDalam artikel sebelum ini penulis mengupas perihal ketakutan Nik Aziz akan bahaya risiko jatuh kali kedua dalam lubang yang sama. Sekarang kita beralih pula pada hakikat bahawasanya PAS sebenarnya sehingga sekarang sudah tiga kali jatuh lubang yang sama.

Lubang Pertama di mana PAS mula-mula jatuh segala-galanya bermula sekitar tahun 1988, ketika itu UMNO berpecah dua gara-gara kewujudan kem atau puak dalam UMNO berikutan perebutan jawatan Presiden di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Melihat peluang politik dari pengaruh Ku Li dan Semangat 46 (S46) yang terbentuk selepas pengharaman UMNO, PAS dan S46 membentuk pakatan tidak berdaftar dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama-sama HAMIM dan BERJASA. Di masa yang sama, Ku Li turut mewujudkan pakatan lain yang dikenali sebagai Gagasan Rakyat (GR) merangkumi kerjasama antara S46, DAP, PBS, IPF, MSP dan PRM.

APU dan Gagasan Rakyat, adalah kerjasama tidak langsung antara PAS dengan DAP memandangkan selama ini kedua-dua parti terbabit boleh diibaratkan air dan minyak yang tidak boleh bercampur gaul berikutan halangan ideologi Islamik dan Sosialis Sekular. Jambatan penghubungnya ialah Ku Li dan S46. Kerjasama tidak langsung itu diperkemaskan dengan satu persefahaman bersama untuk menghindari pertembungan sesama mereka dalam usaha menentang BN pada PRU-08 1990.

Tatkala Nik Aziz dan kebanyakan pemimpin PAS menanti penuh bernafsu hasil laba perancangan politik Ku Li yang dianggap hebat dan gempak ini, tak semena-mena PAS bergolak apabila sekumpulan pemimpin dan penyokong PAS membentuk gerakan Al-Islah sebagai bantahan terhadap hubungan politik dengan S46 dan menolak kerjasama tidak langsung PAS dengan DAP.

Bantahan Al-Islah berasaskan kebimbangan kalau-kalau kerjasama PAS dengan S46 dan DAP bakal mengakibatkan PAS terpaksa mengalah dalam hal dasar perjuangannya. Mereka melihat ada risiko PAS akan menderita dalam lubang gelap yang tidak diketahui binatang berbisa apakah yang menanti di dalamnya.

Sebelum itu beberapa hari menjelang PRU-08 1990, Timbalan Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh (sekarang mendiang) telah memberi amaran dan kenyataan sensitif, jika PAS “mahu wujudkan negara Islam Langkah Mayat Kami Dulu” sebagai respon terhadap kempen PAS waktu itu yang mahu menubuhkan Negara Islam melalui perlaksanaan Undang-Undang Hudud (Manifesto PAS 1990).

Kenyataan panas itu menggoncang seketika hubungan PAS dan DAP malah hingga sekarang masih tergiang-giang lagi, ia seumpama DAP mahu tunjuk hebat dan berhak membuli dasar perjuangan PAS. Namun adakah ia membuka mata dan telinga PAS untuk mengasingkan diri dari disekeh kepalanya oleh DAP pada kemudian hari?

Tentu sekali tidak, sebaliknya dalam tempoh 1990 hingga 1995 PAS sengaja memejamkan mata memekakkan telinga dengan segala macam gertakan DAP termasuk kritikan parti itu terhadap polisi Kerajaan PAS Kelantan berkenaan isu perlaksanaan Hudud, isu Negara Islam serta lain-lain isu seperti perempuan tidak sesuai keluar rumah untuk bekerja dan tidak boleh memimpin.

Nik Aziz selaku MB Kelantan tika itu langsung tidak bertegas mengecam DAP meskipun gara-gara kerjasama tidak langsung PAS (APU) dengan DAP melalui Gagasan Rakyat telah menyebabkan PAS terjerumus dalam lubang hitam sehingga timbul konflik pertentangan di antara mereka.

Menjelang PRU-09 1995 berlaku perpecahan antara APU dan Gagasan Rakyat. DAP akhirnya bergerak sendiri menyebabkan kepupusan Gagasan Rakyat disebabkan pertikaian yang berlaku dan DAP tidak lagi boleh meneruskan kerjasama tidak langsung dengan PAS melalui APU yang dihubungkan oleh S46.

Jika kita amati kata-kata Nik Aziz pada PRK Pengkalan Kubor tempohari bahawa PAS tidak akan sesekali akan terjatuh dalam lubang yang sama untuk kali kedua (merujuk pada kerjasama antara PAS dan UMNO), persoalannya adakah pengalaman pahit PAS diherdik dan digertak DAP pada dekad awal 1990-an dulu dapat mencegah PAS dari terjatuh dalam lubang yang sama sekali lagi?

Jawapan kepada persoalan itu ada direkodkan dalam sejarah politik tanahair bermula 1998 hingga 2001. Hakikatnya Nik Aziz tidak serik untuk merasai keperitan jatuh lagi dalam lubang yang sama buat kali kedua kerana selepas berakhirnya era APU & Gagasan Rakyat, PAS masih mendambakan kehadiran DAP untuk terus dibuli dan dihina.

Sumber Dari: MyKMU.Net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s