Melayu Masuk DAP Untuk Jadi Balaci?

Seorang demi seorang anak muda Melayu direkrut sebagai alat DAP untuk mengambil alih kuasa politik Melayu dari UMNO.  Setiap dari mereka pula dikerahkan untuk merekrut lebih ramai lagi anak-anak muda Melayu untuk menyertai DAP.

Pastinya, janji-janji DAP pada anak-anak muda ini ialah ‘pentadbiran yang adil dan saksama’, ‘telus dan amanah’ dan berbagai-bagai ungkapan murni kononnya membawa perjuangan moral dan integriti yang tinggi.

Kononnya lagi, semua anak-anak muda Melayu yang direkrut DAP ini bijak-bijak belaka, jauh lebih bijak dari anak muda UMNO.   

Tidak mustahil, jika DAP terus-terusan menambah ahli Melayu, maka Melayu akhirnya akan mendominasi DAP dalam masa 10 tahun lagi.  Itupun, jika Melayu-melayu ini ‘berjaya’ menerima notis mesyuarat pemilihan CEC.

Hakikatnya, kita tidak tahu bagaimana akal anak-anak Melayu yang berjaya direkrut DAP ini berfungsi.  Apa yang kelihatan ialah seolah-olah ia tidak berfungsi langsung atau mengalami kerosakan dalaman.

Jika benar mereka menggunakan akal untuk berpolitik, pastinya mereka sedia maklum bahawa DAP tidak layak bercakap tentang moral mahupun integriti setelah gagal menyelesaikan isu CEC sehingga kini.

Jika benar akal mereka berfungsi, tentu mereka tahu bahawa tindakan DAP meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan CEC adalah satu bentuk rasisme yang nyata.  Mereka juga seharusnya maklum mengenai sejarah Melayu-melayu lain yang telah lama bersama DAP dan kemudian meninggalkan parti itu dengan penuh keinsafan.  Sebabnya ialah mereka tidak pernah diberi peluang untuk bersuara, melainkan menjadi alat bagi mengaburi sikap rasis Cina sahaja.

Kita tahu bahawa anak-anak muda merasai ketidakpuasan hati dan menentang beberapa perkara mengenai pentadbiran kerajaan.   Dalam keadaan ini, mereka mencari alternatif lain untuk memperjuangkan pendapat mereka.  Malangnya, akal yang begitu muda tidak mampu meneliti dan menilai sesuatu dengan mendalam; bahawa yang buruk itu tidak semestinya semuanya buruk dan pihak yang menentang keburukan itu pula tidak semestinya baik.  Lebih sukar lagi ialah keikhlasan niat satu-satu pihak hanya mampu dikesan melalui ‘kematangan’ iaitu sesuatu yang jelas tidak dimiliki oleh anak-anak muda ini.

Akibatnya mereka gagal memahami bahawa objektif DAP hanya satu, iaitu untuk mengambil-alih negara ini dari pemerintah Melayu.  Dari situ, parti ini secara terbuka mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi negara.  Bagi menjustifikasi tindakan itu, DAP menggunakan platform Kristian supaya mudah menggunakan alasan kebebasan beragama.

Memandangkan Islam dilindungi oleh Institusi diRaja, maka DAP kerap mencabar Sultan dan Raja-raja.   Tentu sekali DAP tidak melakukan semua ini sendiri, tetapi menggunakan orang-orang Melayu dari PAS atau PKR bagi mengelak dari parti itu dipersalahkan.  Malah, isu berkaitan Kristian lawan JAIS, MAIS dan Sultan Selangor adalah semuanya bertitik tolak dari strategi untuk melemahkan kedudukan Sultan, di mana Khalid Samad diletakkan di barisan hadapan.

Secara dasarnya, sekiranya Kristian berjaya mengedarkan Injil berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah di Selangor, maka ia merupakan satu kejayaan awal bagi DAP dalam langkah penghapusan kuasa Raja-raja Melayu.

Di masa yang sama, DAP harus terlebih dahulu memastikan orang-orang Melayu tidak punya kuasa untuk bangkit melawan mereka sepertimana yang berlaku dalam 13 Mei.

Justeru, DAP menjadikan institusi pengajian tinggi yang telah banyak membantu anak Melayu seperti UiTM sebagai sasaran utama.  Selain itu, perniagaan orang Melayu disabotaj bagi memastikan ekonomi Melayu sentiasa berada di belakang mereka.  Peniaga-peniaga Melayu yang berjaya dan sering menghulurkan bantuan untuk membangunkan ekonomi Melayu pula diserang tanpa henti.

Dalam pada itu, pasukan Polis diRaja dan juga Askar DiRaja diperlekehkan dengan tujuan untuk melemahkan benteng pertahanan Melayu.

Semua ini telah dirancang secara rapi dan sedang dilaksanakan dengan teratur sekali.

Malangnya, anak-anak muda Melayu yang kononnya ‘cerdik-cerdik’ tadi bukan sahaja tidak mampu membaca strategi DAP tetapi tidak mampu pun untuk mengenalpasti yang mana musuh dan yang mana saudara sendiri.   Dalam minda mereka yang sempit dan cetek itu, mereka menyangka mereka Melayu hebat kerana diterima oleh DAP.

Langsung mereka tidak sedar bahawa merekalah Melayu yang paling hina kerana menggadaikan maruah diri, agama, bangsa dan negara sendiri.  Kesombongan atas kepercayaan kononnya ilmu telah penuh di dada dan mampu ‘berdiri sama tinggi’ dengan Cina, membuatkan mereka buta akan hakikat diri mereka hanyalah alat semata-mata.

Mereka tidak sedar bahawa mereka belum pun tahu apa itu persaingan dengan bangsa lain dalam ertikata yang sebenar.  Mereka belum lagi melalui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya dan belum lagi mampu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.   Mereka sama sekali tidak layak mendabik diri sebagai Melayu yang lebih hebat dari Melayu yang lainnya.

Yang mereka ada hanyalah segulung kertas yang menandakan mereka telah tamat pengajian.  Selain dari itu, mereka tidak punya apa-apa sama ada jati diri, maruah dan juga jiwa raga.

Ketahuilah oleh mereka bahawa orang-orang Cina, terutama dari DAP sedang mengetawakan mereka di belakang.  Sesungguhnya, tidak akan ada anak bangsa Cina yang sanggup menjadi alat untuk menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana ingin diterima oleh bangsa lain.

Kita tertanya-tanya, entah ke mana agaknya arah anak-anak Melayu ini sekiranya 13 Mei benar-benar berulang.  Dan entah sedar entah tidak agaknya mereka bahawa DAP sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulanginya.

Kredit: Mr BlueBear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s