Kapal Dah Nak Karam… Pakat-Pakat Selamatkan Diri…

Jenuh Anwar Ibrahim sembang siang malam sampai basah lencun baju, tapi kian hari makin ramai pula yang lari. Mana boleh tahan beb… siang malam kena kencing dek Anwar, hancing satu kapal.

Yang masih mengekor belakang Anwar hanya tinggal golongan yang dah tertutup pintu hati saja. Yang mana ada akal, cerdik dan tahu menganalisis, cukup sekali dua kena kencing dan dikelentong dek Anwar, terus depa terjun kapal selamatkan diri.

BEAUFORT 7 Jun – Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

“Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini. – BERNAMA

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s