Thumb Up Untuk Dr. Khir…

Syabas & bravo utk Dr. Khir kerana sentiasa setia & tidak melatah dgn nasib yg menimpa diri.

Payah nak cari pemimpin yg suatu ketika pernah di angkat di julang kemudian tiba-tiba jatuh di hina terpalit pulak dengan kes mahkamah, tapi tetap menerimanya dgn redha serta tak pulak melatah menentang parti.

Seingat aku waktu PRU 12 baru saja tamat dan Selangor diketahui jatuh ke tangan PKR & DAP, bukan sedikit maki hamun dan kejian yg Dr. Khir terima.

Pun begitu disebalik hinaan & kejian tu, Dr.Khir jugaklah yg ke depan sewaktu dalam usaha utk menggagalkan penguasaan PKR & DAP di Selangor dgn menjadi orang tengah sewaktu perbincangan dgn wakil Pas Selangor.

Tika tu BN hanya menguasai 20 kerusi DUN manakala PR 36 kerusi (DAP, 13 kerusi PKR, 14 kerusi & Pas 8 kerusi). Utk tujuan menyelamatkan Selangor daripada dikuasai secara remote oleh DAP, Dr.Khir bersetuju supaya jawatan MB Selangor diserahkan kepada wakil Pas setelah 5 Adun Pas dan 4 Adun PKR serta sokongan 2 Adun DAP bersetuju membentuk kerajaan campuran tersebut.

Begitu jugak dengan jawatan exco, UMNO & BN bersetuju diserahkan kepada wakil Pas dan PKR atas satu hasrat demi kebaikan utk Government Unity (GU).

Situasi yg sama jugak berlaku di Perak apabila UMNO & BN menawarkan kerjasama dgn Pas Perak dgn sokongan beberapa Adun PKR & DAP atas tujuan membentuk kerajaan campuran GU yg berMB wakil Pas dan berexcokan juga wakil Pas & PKR.

Namun dek kerana pemberontakan Nik Aziz dan bantahan golongan erdogan yg sudah terpaut hati dgn tipudaya Anwar Ibrahim, akhirnya kerajaan perpaduan tersebut gagal, hasilnya selepas itu seorang demi seorang penyokong GU dalam Pas mula tersisih.

Pun begitu kemilau kejayaan PRU 12 2008 yg mengabui mata Pas sehingga menolak perpaduan sesama Melayu Islam, skang dah jadi bala turun temurun utk 7 generasi pemimpin Pas kelak. Skang Pas dah sinonim sbg keldai, lembu dan kuda tunggangan utk DAP & PKR.

Tentu sekali Pas & Nik Nik Aziz lebih selesa menjadi lembu, keldai & kuda utk kafir harbi seperti DAP berbanding menjadi rakan & saudara sesama Melayu Islam. Itu pilihan mereka, maka terimalah akibatnya skang.

Berbalik kepada fokus kita pasal Dr. Khir Toyo, semalam ada disiarkan wawancara eksklusif antara papaer Sinar Harian dgn Dr.Khir. Banyak yg diperkatakan dan kita boleh selami ketinggian hati budi Dr. Khir dalam banyak isu yg berkait rapat dgn beliau.

Di bawah ni adalah petikan wawancara tersebut utk sama-sama kita hayati & fahami semangat kental seorang pejuang dan pemimpin UMNO yg tabah, walau pernah dikeji di hina namun langkahnya tidak sumbang demi kebaikan alif ba ta. Bravo utk Dr. Khir.

Tidak Perlu Musuhi Parti

[Berikut ialah wawancara Sinar Harian dengan saya yang tersiar dalam akhbar tersebut semalam (8 Februari 2012)].
 
YB dikatakan mahu membuat pengumuman khas 8 Januari lalu tetapi sehingga sekarang, pengumuman itu masih menjadi tanda tanya. Apa sebenarnya yang pengumuman tersebut?
DR KHIR: Saya sebenarnya merancang untuk membuat pengumuman itu tetapi saya dinasihatkan peguam-peguam saya agar tidak berbuat demikian. Saya dengar pandangan mereka dan sebagai  seorang pemimpin, saya tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan parti tetapi rakyat perlu diutamakan. Sebab itulah saya batalkan hasrat saya itu.
Pengumuman itu berkaitan apa sebenarnya? Adakah ia menyentuh masa depan karier politik YB?

DR KHIR: Dalam politik kita perlu bersikap gentleman dan bertanggungjawab. Bila kita di bawah, kita perlulah bertindak sesuai dengan keadaan kita ketika itu dan itulah yang berlaku kepada saya sekarang. Saya berada di bawah dan akan lakukan kerja bersesuaian dengan situasi itu. Apa yang penting, saya akan memastikan Barisan Nasional (BN) terus bertapak di Selangor dan kekal di Putrajaya. Saya masih ingat lagi ketika dihalau keluar dari kediaman rasmi (selepas BN Selangor tewas kepada Pakatan Rakyat), saya dicaci, dimaki selepas lapan tahun berkorban untuk memajukan negeri Selangor.
Saya biarkan ia berlaku kepada diri saya sahaja dan tidak kepada pemimpin lain. Atas dasar itulah kita perlu bertanggung jawab. Saya telah lalui pelbagai pengalaman dalam politik termasuk dipuji, dikeji dan dikhianati yang saya anggap ia proses mematangkan saya. Saya reda dengan apa yang berlaku dan yakin ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Tak musuhi Umno

Selepas melalui pengalaman tersebut, sejauh mana ia membuatkan kesetiaan YB kepada parti tergugat? YB mungkin kesal dan marah bila dikhianati dalam parti sendiri.
DR: KHIR: Parti tidak bersalah, yang bersalah adalah pengendali parti. Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, Islam dan pada masa yang sama banyak membina ekonomi masyarakat India dan Cina. Jasa itu tidak boleh disangkal. Bila keadaan ini berlaku, adalah tidak wajar parti dipersalahkan. Kita kena hormat dengan perjuangan parti. Bagi saya, jika seseorang itu bermasalah dengan pemimpin lain dalam parti, itu masalah antara mereka dan tiada kaitan dengan parti. Parti adalah milik orang ramai, milik ahli dan bukan milik seseorang pemimpin. Kalau saya bertindak keluar parti bermakna saya telah mengkhianati parti saya. Menentang parti dengan memberi teguran kepada pemimpin adalah dua perkara berbeza. Pemimpin wajar ditegur dan sekiranya mereka tidak boleh menerima teguran…itu petanda kejatuhan pemimpin, bukan kejatuhan parti.
Kesetiaan YB terhadap Umno tidak tergugat walaupun timbul persepsi sinis bahawa YB tidak layak, mengkhianati amanah rakyat tempias kes mahkamah yang telah YB lalui?
DR KHIR: Soal layak atau tidak adalah perkara kedua. Paling utama, soal amanah yang diberikan, dan saya masih lagi wakil rakyat. Sama ada pada pilihan raya akan datang, saya dicalonkan atau tidak, ia juga isu yang lain. Paling penting, amanah dan sebagai umat Islam, saya wajib melaksanakannya amanah yang telah diberikan rakyat Sungai Panjang. Saya akan lakukannya dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan Sungai Panjang terus menjadi kubu kuat BN.
Akur jika…

Maknanya, YB masih dalam kategori  ‘winnable candidate’. Adakah YB yakin terus menjadi pilihan parti sebagai calon PRU13?
DR KHIR: Kalau tanya rakyat Sungai Panjang mereka tahu bagaimana saya jaga mereka. Saya bukanlah sombong, berlagak, garang seperti digambarkan sebelum ini. Itu hanyalah gambaran yang dicipta pembangkang, orang kampung dengan saya tak ada masalah. Kalau nak ikut faktor ‘winnable candidate’, saya yakin masih boleh memberi kemenangan kepada parti. Tetapi, saya tahu saya tak akan dicalonkan pada PRU akan datang.
Saya terima hakikat itu kerana ia ada kaitan kes mahkamah yang telah saya hadapi. Apabila ini berlaku (tidak dicalonkan), pastilah situasi ini menggembirakan musuh-musuh politik saya tetapi sebagai pejuang parti, seperti yang saya nyatakan tadi, parti tidak salah, pengendali parti yang salah. Saya tidak perlu bermusuh dengan Umno, keluar Umno kerana ini adalah wadah perjuangan saya. Cuma apa yang merisaukan saya, PRU kali ini adalah paling kritikal apatah lagi kerajaan sekarang yang dilihat dalam situasi serba salah. Ini mengingatkan saya terhadap apa yang berlaku pada PRU12 lalu, situasinya adalah sama dan ini membimbangkan.
Imej YB dilihat tercalar berikut kesmahkamah yang dihadapi. YB mungkin dijadikan contoh klasik untuk mengaitkan persepsi buruk rakyat terhadap BN. Ini mungkin menjejaskan peluang BN untuk rampas semula Selangor.
DR KHIR: Ingin saya jelaskan, dalam kes ini(mahkamah), saya bukan dituduh atas kesalahan rasuah sebaliknya dituduh mengikut Akta 165, iaitu membeli barangan di luar daripada harga asal.
Malah, perbicaraan saya berlangsung begitu lama, saksi, penilai profesional, pihak bank dan saya sendiri dipanggil sebagai saksi tanpa sebarang masalah, menjawab segalanya di kandang dengan ikhlas dan jujur. Kalau saudara masih ingat, saya dituduh membina rumah RM24 juta tetapi akhirnya dalam mahkamah, tiada satu pun perkataan diluahkan saksi pendakwa raya bahawa rumah tersebut bernilai RM24 juta. Yang timbul, rumah tersebut dibeli pemilik sebelumnya dengan nilai RM6.5 juta dan dijual kepada saya RM3.5 juta atas dasar rumah yang belum siap. Isu rasuah atau salah guna kuasa tidak timbul.
Peluang 50-50
Kalau begitu, berdasarkan pemerhatian YB, bagaimana peluang BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat?
DR KHIR: Kita berada dalam situasi 50-50. Kesilapan yang saya buat dahulu (PRU12) ialah tidak menggerakkan BN sebaliknya hanya menggerakkan Umno. Kalau merujuk kepada rekod, undi  Melayu yang tidak mengundi BN pada PRU12 hanyalah 2 hingga 5 peratus sahaja. Selain dibelenggu sindrom ‘over confident’ kita boleh menang, saya juga sebelum ini melakukan kesilapan kerana memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin komponen BN lain untuk meneruskan program atau aktiviti yang telah Umno lakukan. Apa yang berlaku hari ini juga tidak banyak berubah. Saya lihat banyak program yang dibuat hanya memberi tumpuan kepada menggerakkan 100 peratus keupayaan Umno tetapi dan meminggirkan keupayaan sebenar BN. Harus diingat di Selangor, 52 peratus undi datangnya daripada bukan Melayu berbanding hanya 48 peratus undi Melayu. Secara kasarnya, kalau tidak digerakkan BN sebagai satu gerakan baru untuk meraih undi bukan Melayu, kita akan gagal sekali lagi.
Di kawasan luar bandar, BN/Umno masih menguasai dan berpengaruh kerana majoriti pengundi adalah Melayu tetapi di kawasan bandar, kita kalah semua kerusi (pada PRU12) kerana latar belakang pengundinya adalah pelbagai bangsa. Selagi kita gagal menggerakkan BN, selagi itulah kita gagal merampas semula Selangor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri dikuasai pembangkang.
Perlu diinsafi, kelemahan gerakan BN secara bersepadu ini juga akan terus melemahkan kita. Kalau dulu kita ada juga lihat pemimpin komponen BN dalam majlis anjuran mana-mana komponen tetapi sekarang, payah nak lihat pemimpin Umno, MCA, Gerakan, MIC dan komponen lain berucap mengenai polisi kerajaan dalam satu pentas yang sama.
Sepanjang berdepan kes mahkamah, YB dilihat sedikit low profile, tidak lantang seperti selalu. ‘Bisu’ seketika daripada mengkritik Pakatan Rakyat. Kenapa, adakah YB risau atau takut, bimbang ada lagi isu mengaitkan YB terbongkar?
DR KHIR: Dalam politik, kita tidak perlu takut jika kita berada di pihak benar. Kita kena tahu
apa kita buat. Saya agak tidak lantang kerana saya bertindak di atas amanah. Ketika saya dilantik Menteri Besar, saya memperhambakan diri kepada kerajaan, bekerja 18 jam sehari . Bila saya kalah, saya dihalau seperti binatang daripada rumah saya pun, saya reda dan bila dilantik ketua pembangkang, saya memainkan peranan menegur kerajaan (Pakatan Rakyat) yang membawa kepada beberapa siri pendedahan berhubung beberapa isu penting yang perlu diambil tindakan supaya ia tidak menjadi satu kerosakan yang berterusan kepada Negeri Selangor.
Sepatutnya kerajaan (Pakatan Rakyat dan BN) hari ini menerima teguran dengan positif tetapi apa yang berlaku sekarang yang saya anggap sebagai satu penyakit iaitu apabila pembangkang menegur, ia dianggap sebagai musuh dan perlu dimalukan bukannya bertindak ke atas teguran yang dibuat. Bila ditegur, ia dianggap cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Sebagai contoh, saya menegur soal pengorekan pasir di Selangor. Kita menyedari ia berlaku ketika pemerintahan BN sebelum ini yang dilihat agak kronik sehinggalah kita mengambil tindakan untuk menutup semua lombong pasir pada 2005 selepas kajian yang dibuat membuktikan nilai pasir yang diperoleh itu tidak berbaloi dengan nilai kerosakan pada bumi Selangor.  Kita akan dapat hasil RM2 juta hingga RM3 juta daripada sebuah lombong tetapi kita mungkin memerlukan hampir RM10 juta untuk membaiki dan menimbus kembali lombong tersebut.
Sama juga isu rumah urut, pusat hiburan, saya konsisten dengan tindakan saya sejak zaman saya menteri besar. Pada 2007, kita telah buat keputusan hanya 700 lesen pusat hiburan seluruh Selangor dikeluarkan dan ianya memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini. Hari ini apa yang berlaku adalah sebaliknya, mereka (Kerajaan Negeri sekarang) tidak lesenkan pusat-pusat hiburan ini kerana bimbang angka itu akan dilihat bertambah. Apa yang dilakukan, membiarkan dan membenarkan pusat-pusat hiburan ini beroperasi secara haram. Apabila dipersoalkan, mereka berkata, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah sama dan tidak bertambah, walhal pusat-pusat ini dibiar beroperasi secara haram.
Dalam situasi jarang mengkritik Pakatan Rakyat, YB kerap mengkritik pemerintah menerusi blog hingga menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah andaian adakah YB kini mewakili suara pembangkang?
DR KHIR: Perkara mengkritik BN bukan baru, tetapi pandangan kritikal saya tidak didedahkan. Apa yang saya buat adalah untuk rakyat, jika polisi tidak menguntungkan rakyat, retorik…tidak boleh dilaksanakan secara praktikal, rakyat marah…BN juga yang rugi dan saya perlu menegurnya. Teguran yang dibuat bukan baru, bukan disebabkan saya tidak lagi dalam kerajaan tetapi berlaku sejak dulu lagi. Sikap kritikal saya ini demi menjaga kepentingan rakyat.
Kuasa ketiga fenomena seketika
Akhir-akhir ini muncul ikon baru dalam persada politik tanah air. Bekas ahli Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melabelkan dirinya sebagai kuasa ketiga penentu undi rakyat pada PRU13. Apa komen YB?
DR KHIR : Soal kuasa ketiga ini boleh dianggap satu fenomena bersifat seketika sahaja. Kita tidak boleh hidup dalam politik dengan menyerang parti sendiri. Kuasa ketiga yang heboh-heboh sekarang ini tidak wujud kerana kesudahannya pada pilihan raya nanti mereka tetap akan membuat pilihan sama ada menyokong BN atau Pakatan Rakyat. Kalau bertanding atas tiket calon Bebas sekalipun, mereka juga akhirnya akan kaitkan diri menyokong antara dua kumpulan parti politik ini. Saya tidak nampak kuasa ketiga ini satu alternatif. Persekitaran politik menyaksikan keadaan tipikal berlaku di mana apabila BN buat polisi, pembangkang pastinya akan menyerang. Belum ada satu pihak tampil membentangkan polisi mereka secara komprehensif sebagai penyelesaian demi menjaga perut rakyat.
Saya ambil contoh Buku Jingga, ia dibuat bukan alternatif menyelesaikan masalah rakyat tetapi satu senjata serangan kepada polisi yang telah dibuat BN. Bila serang-menyerang berlaku, yang nampak adalah  keburukan, kebaikannya telah tenggelam. Kalau berjuang menerusi kuasa ketiga, kumpulan ini perlu bersatu, komited dan percaya pada perjuangan baru mereka dan ada polisi-polisi baru yang akan dibuat. Jangan amal politik kebencian, dengan mewujudkan kebencian, ia tidak memberi kebaikan kepada sesiapapun khususnya rakyat. Jangan telanjang seseorang, tetapi amalkan sikap profesional Biarlah rakyat pilih kita disebabkan kita bijak, hebat mentadbir bersama polisi-polisi yang bagus bukannya dipilih sebab rakyat terpengaruh dengan sentimen kebencian yang diapi-apikan untuk menutup kehebatan, kebagusan pihak yang satu lagi.

 

* Di area aku dulu ada satu rumah urut time Dr. Khir jadi MB, tak sampai 2 atau 3 bulan beroperasi dah kena ambush dgn majlis bandaran. Skang daripada 1 jadi zero time Dr.Khir, la nie zaman Khalid PKR rumah urut di area perumahan & pejabat tempat aku ni setakat yg aku maklum, dah muncul semula bertambah jadi 2 premis. Ramai ka penduduk Selangor yg sakit belakang sejak PKR & DAP memerintah Selangor ni hinggakan premis ‘urut mengurut’ ni begitu penting?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s