Cagu Bad Cuba Bikin Provokasi…

Sapa tak kenal Cikgu Bard yg suka guna ejaan Chegu Bard sebagai identiti utk meletakkan dirinya seakan sama macam Che Guevara (Che Guerra) pejuang revolusi pro Marxist komunis dari negara Cuba tu.

Malam tadi Chegu Bard ataupun lebih sesuai kita panggil Cagu Bad dah bawak sekumpulan penyokong Hindraf utk buat program di Kampung Jalan Kebun.

Jalan Kebun tu merupakan satu kawasan yg penduduknya 99% adalah Melayu Islam. Suatu ketika dulu sebelum gerakan reform terlepas kerusi (reformbasi) merebak ke area lain, di sinilah tempat pertama kebangkitan gerakan reformbasi.

Asalnya jalan Kebun tu merupakan area kubu kuat UMNO diikuti dgn sebahagian lagi adalah penyokong Pas, cumanya time era reformbasi ramai penyokong dah ahli UMNO berpaling tadah dan mula menyokong Anwar kemudian GERAK diikuti KeAdilan last skali PKR.

Selepas tamat pilihanraya 1999, kawasan ni sedikit sejuk dgn pengaruh PKR namun masih lagi di anggap antara kubu kuat PKR & Pas di Selangor terutama sekali sewaktu era Ezam mohd Noor sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pun begitu selepas pilihanraya 2004, rata-rata penyokong dan ahli PKR ramai yg dah kembali kepada UMNO dan ada jugak yg terjun longkang utk bersama dengan Pas sekaligus meletakkan PKR terumbang ambing.

Dalam pilihanraya 2008 hampir kebanyakkan undi yg di menangi oleh ADUN PKR bagi kawasan Sri Muda (turut meliputi Jalan Kebun) memenangi kawasan ni bukannya atas sebab ramainya ahli & penyokong PKR di situ sebaliknya disebabkan undi protes ahli & penyokong UMNO diikuti gabungan dgn undi penyokong Pas dan majoriti kaum Cina serta kaum India (kaum Cina ramai di Kota Kemuning, manakala Kaum India ramai di Sri Muda Seksyen 25).

Ketika ini Jalan Kebun bukan lagi lubuk reformbasi apatah lagi kubu kuat PKR sebaliknya pertarungan merebut pengaruh hanya berkisar di antara UMNO dan Pas.

Bila saja ada majlis PKR yg akan meramaikan majlis hanyalah penyokong Pas diikuti dgn penyokong import PKR dari Kota Kemuning dan Sri Muda.

Secara overall Pas masih di lihat menguasai sedikit sebanyak pengaruh di Jalan Kebun walaupun sudah tidak bertaring seperti zaman memula pasca PRU 12 2008 yg lalu, tambah-tambah lagi bilamana timbulnya isu Setiausaha kerajaan negeri dulu tu yg telah membangkitkan kemarahan ramai penduduk Jalan Kebun (Khusrin anak watan Jalan Kebun).

Kejadian malam tadi di mana berlakunya kekecohan di majlis Cagu Bad dan Hindraf tu sebenarnya boleh dielakkan kalau Cagu Bad faham apa itu sensitiviti masyarakat Jalan Kebun.

Walaupun penduduk Jalan Kebun terdiri daripada ramai penyokong UMNO dan Pas serta saki baki beberapa kerat PKR, namun dari segi sikap, depa cukup memegang prinsip kerjasama sesama penduduk kampung.

Sebab tu sapa saja yg datang ke area mereka andaikata datang secara baik maka baiklah layannya, jika datang membawa provokasi di tambah pulak dgn kehadiran Hindraf tambah lagi program pulak di anjur di waktu maghrib, maka terimalah akibatnya.

Hatta kalau ada orang Melayu dari luar kawasan datang bukak bisnes di area mereka pun sukar utk dapat sambutan kecualilah dah lama menetap di sana. Itulah uniknya semangat kekitaan masyarakat Jalan Kebun.

Kejadian semalam walaupun di tuduh oleh Cagu Bad sebagai ‘serangan oleh pemuda UMNO’ hakikatnya, bukan saja orang UMNO sebaliknya ramai penyokong Pas turut bergabung tenaga utk memprotes majlis Hindraf tersebut.

Pendek kata ‘serbuan’ terhadap majlis tersebut adalah atas nama kesepakatan penduduk kampung Jalan Kebun yg tidak senang dgn Hindraf yg bukan saja diketahui statusnya haram malah jauh dari itu Hindraf tu jugaklah yg banyak menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Kalau niat Cagu Bad memang utk menjayakan programHindraf sepatutnya majlis tersebut di adakan di Seksyen 25 Sri Muda nuu tempat di mana ramai penduduk berketurunan India jauhnya cuma tak sampai 10KM dan bersempadan dgn Kota kemuning & Jalan Kebun, tapi Cagu Bad takkan mengambil risiko tersebut kerana di Sri Muda pun penyokong Hindraf dan PKR sudah agak kekurangan.

Jadinya bila Cagu Bad membawa majlis Hindraf tu ke Jalan Kebun yg penduduknya Melayu Islam dianjurkan pulak sekitar waktu maghrib, faham la kita tujuan penganjuran tu bersifat provokasi.

Cagu Bad mungkin berjaya menaikkan kemarahan segelintir taksuban Hindraf dan PKR, tapi cara tersebut dah tak diterima oleh majoriti orang Melayu Islam dan India.

Di kalangan kaum India sendiri pun dah menolak Hindraf malah Suhaimi sebagai ADUN Sri Muda pun sudah mahu angkat kaki mencari tempat selamat lain, inikan pula bila Cagu Bad memprovokasi penduduk Jalan Kebun maknanya kalau PKR mahu lagi bertanding di Sri Muda jawabnya goodbye.

Apapun Cagu Bad sudah pilih cara yang salah dalam mencari sokongan semula masyarakat India, langsung tak kena gaya. Skang ni Cagu Bad dah bagi damage baru yg dah menyebabkan ramai penyokong Pas di Jalan Kebun dan Kota Kemuning makin tawar hati dgn PKR.

Utk Cagu Bad kot mana pun ambo nak ucap thank u very much la sebab dah tolong bukakkan lagi hati penganut Pas di area sini ni, utk Suhami apa yg ambo boleh katakan teruskan saja mencari tempat selamat lain, itupun kalau masih ada.

3 thoughts on “Cagu Bad Cuba Bikin Provokasi…

  1. macam mana chegu BARDut boleh digelar cikgu. dia sebenarnya tidak layak menjadi pendidik bangsa. dia sepatutnya dipanggil Badut kerana karakternya yang paling bodoh dalam sejarah nusantara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s