100K Pengundi Di Luar Kelantan Sila Alert…

Dianggarkan ada lebih 100,000 orang rakyat Kelantan yg berdaftar & layak mengundi skang ni berada di luar Kelantan kiranya termasuk aku la tu.

Semasa pilihanraya 2004 di anggarkan hampir 60% pengundi Kelantan yg berada di serata negeri seluruh Malaysia serta Singapura telah memainkan peranannya dgn meletakkan Nik Aziz hampir terbongkang dari kerusi MB.

Manakala pada tahun 2008 dalam PRU 12 yg lepas lebih separuh (sekitar 70%) daripada depa ni telah membantu utk meningkatkan undi Pas seterusnya mengekalkan Nik Aziz di atas singgahsana kerusi MB.

Situasi utk PRU 13 besar kemungkinan akan menyaksikan suasana yg hampir sama dgn situasi tahun 2004 sementelah lagi telah wujud beberapa kumpulan anak Kelantan di perantauan yg menggerakkan kempen utk mengembalikan UMNO ke tampuk pemerintahan di Kelantan kelak.

Pun begitu jika UMNO serius utk menggerakkan momentum menawan kembali Kelantan, sekurang-kurangnya UMNO mesti menguasai kembali sokongan pengundi luar ini terutama dari kalangan depa yg bekerja di kilang-kilang industri sekitar Selangor, KL dan Penang.

Di Proton misalnya pada masa ini lebih separuh pekerja berasal dari Kelantan dikenalpasti masih kuat menyokong Pas malah ada kalangan depa ni turut memainkan peranan menyebarkan pengaruh Pas dgn berselindung di sebalik aktiviti keagamaan misalnya ceramah agama, tazkirah dan lain-lain.

Di area tempat tinggal aku pula terdapat kira-kira 40 – 50 pekerja Proton anak Kelantan yg aku kenal, hampir separuh daripada depa adalah jenis totok Pas termasuklah sekitar 5, 6 orang tu dari jenis ikut-ikutan.

Kalau UMNO Kelantan bijak menyusun program rasanya takde masalah utk menarik sokongan daripada sesetengah pengundi luar yg masih berkiblatkan Pas.

Banyak isunya yg boleh dimanfaatkan utk serlahkan kelemahan Nik Aziz dan Pas Kelantan, cumanya program penerangan perlulah lebih hebat berbanding sebelumnya.

Setakat bergantung harap pada media massa pah ke ceroh la jawabnya. Rata-rata orang Kelantan yg pro Pas yg aku kenali depa ni jenis sentiasa berasa betul dan hanya berpandukan maklumat yg di siarkan dalam haprakdaily dan malaysiakini saja. Utusan ka, Berita ka, TV3 ka, RTM ka semuanya depa campak ke longkang.

Cara nak tackle depa takdelah susah mana pun, UMNO kena perbanyakkan penerangan pasal hudud Pas, negara Islam dan penerangan pasal isu semasa serta caca merba Nik Aziz yg mendaulatkan menantu tu, confirm depa akan goyang.

Lepas tu jangan lupa upkan sekerap mungkin peranan Pas yg dalam PR ni lebih kepada jadi lembu, keldai dan kuda tunggangan selain nafsu kemaruk kuasa Anwar Ibrahim, pasti ramuannya bakal menyebabkan depa tepuk dahi berkali-kali.

Pengalaman peribadi aku dgn beberapa kenalan senegeri yg sebelum ni tahap totok hijau pekat lebih kurang lagu tu la. Dari totok hijau pekat skang dah ada yg jadi sederhana dan dah pandai melihat kembali ke dalam seluar dalam Pas. kalau tak sebelum ni cuma reti tengok dalam kain UMNO saja.

UMNO bahagian diarah kenal pasti 100,000 pengundi luar

BACHOK 21 Jan. — Kesemua 14 bahagian UMNO di Kelantan diarah mengenalpasti lebih 100,000 pengundi yang berada di luar negeri itu pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mereka merupakan kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti.

“Mereka berada di beberapa buah negeri termasuk, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Trengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk di sini, hari ini.

Lebih 100 peserta menyertai seminar itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Awang Adek, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, berkata usaha setiap bahagian mengenalpasti pengundi luar itu akan dipantau oleh Biro Pengundi Luar yang dipengerusi Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. — BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

 

Kot manapun aku harapkan yg terbaik utk UMNO & BN Kelantan. Skang  bukan masanya goyang kaki semata-mata hanya dek kerana dah wujud momentum kebangkitan sokongan utk BN di Kelantan, tolong usahakan lebih hebat lagi kalau tak, next PRU kita akan berputih mata sama macam PRU 11 tahun 2004 dulu tu.

Untuk rakan-rakan senegeri yg berada di luar Kelantan dan masih lagi terselit rasa sayang pada Pas & Nik Aziz tu, ambo cuma nak mintak demo fikir 10 kali antara Islam, Melayu, Keluarga & Pas serta Nik Aziz, mana satu keutamaan demo utk 5 tahun akan datang.

Kalau rasa selesa hidup dengan pelbagai slogan dan ucapkata manis berulam agama tapi praktikalnya hanya atas kerja, demo terus saja pilih utk kekal sokong Nik Aziz dan Pas supaya Pas kekal sebagai orang suruhan Anwar dan balaci DAP.

Tapi kalau rasa kehidupan atas dunia ada kepentingannya utk kebaikan keluarga, agama & bangsa, pandai-pandailah pilih UMNO & BN.

 

* Bila UMNO Kelantan nak buat perjumpaan dgn bloggers Kelantan? Takkan duk harapkan UMNO Pusat je yg buat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s