PRU 13: PKR & Pas Nyawa Hujung Tanduk…

Jangkaan ramai PRU 13 bakal berlangsung sekitar bulan Mac 2012 malah desas desus kemungkinan pembubaran parlimen pada akhir bulan Februri 2012 jugak kuat berlegar di kalangan pemerhati politik.

Situasi ini hampir sama dgn khabar angin yg berlegar pada akhir tahun lepas yg menjangkakan parlimen akan di bubarkan pada bulan November 2011 bagaimanapun ramalan tersebut tersasar sama sekali.

Jika di ambil kira tempoh penggal pemerintahan yang hanya akan berakhir pada awal suku kedua tahun 2013, kita sebenarnya boleh menjangkakan pilihanraya pada bulan Mac 2012 sebenarnya takkan berlaku.

Paling awal pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung setidak-tidaknya pada suku keempat tahun ini atau paling lambat apada awal tahun 2013.

Laporan Culaan Sokongan

Bagaimanapun  ada kalangan pemimpin BN berpendapat sebaik saja sasaran undi kaum Cina melepasi 40% cenderung kepada BN dan target kecenderungan pengundi Melayu untuk BN melepasi 65% serta pangundi India mengatasi 75% berpihak kepada BN maka ketika itulah parlimen akan di bubarkan.

Base pada laporan terakhir culaan sokongan dan kecenderungan pengundi, menunjukkan stakat ini BN di anggarkan mampu menguasai 63% undi Melayu Islam, 70% sokongan pengundi keturunan India dan 35% jangkaan sokongan daripada pengundi Cina.

Laporan tersebut juga menyebut BN tidak bermasalah besar utk menguasai kembali Kedah & Selangor selain  mengekalkan penguasaan di Perak. Manakala di negeri-negeri lain yg di kuasai BN sekarang ini BN akan terus kekal dengan jangkaan merampas kembali beberapa kerusi yg sebelum ini terlepas ke tangan PKR dan Pas selain menambah undi sokongan.

Cabaran terbesar BN utk PRU 13 nanti bakal datang dari Pulau Pinang & Kelantan.

Peluang BN utk menguasai Penang masih lagi di anggap kelabu walaupun laporan tersebut menunjukkan wujud peningkatan ketara tahap sokongan pengundi terutama dari kalangan pengundi Melayu & India.

Berkemungkinan BN hanya mampu memberi saingan terhadap DAP dgn mengurangkan majoriti kerusi DUN yg di miliki oleh DAP di Penang. Bagaimanapun, laporan tersebut mencadangkan agar Gerakan & MCA mempergiatkan gerakkerja dan tak mustahil peluang mengambil kembali Penang dengan simple majoriti akan menjadi lebih mudah.

Manakala kedudukan BN terutama UMNO di Kelantan di lihat semakin kukuh terutama sekali selepas kejayaan BN mengurangkan undi majoriti Pas di PRK Manek Urai serta kejayaan BN merampas kembali DUN Galas daripada Pas.

Rentetan perebutan jawatan MB Kelantan yg melibatkan 3 puak dalam Pas juga sedikit sebanyak memberi impak positif untuk UMNO selain beberapa gerakan tersusun oleh beberapa pihak dalam Pas yang cuba menongkah kepimpinan Nik Aziz.

Buat masa sekarang laporan tersebut menjangkakan paling tidak UMNO & BN berpeluang mengulangi kejayaan tahun 2004 dgn mengurangkan majoriti penguasaan Pas di kelantan kepada majoriti mudah.

Pun begitu laporaan culaan sokongan tersebut tidak menolak kemungkinan Kelantan kembali kepada BN sekiranya momentum sokongan kepada UMNO semakin meningkat terutama di beberapa DUN dalam 5 kawasan parlimen yang sekarang ini di kuasai Pas.

Sejak pasca PRU 12 sehingga pertengahan Januari 2012, sejumlah 14,000 ahli & penyokong Pas di Kelantan di sahkan telah menyertai UMNO diikuti dgn hampir 4,500 bekas ahli & bekas penyokong UMNO yg menyokong PKR telah kembali bersama UMNO.

Dalam tempoh tersebut juga UMNO kehilangan sejumlah 600 ahli & penyokongnya yg menyertai Pas manakala sekitar hampir 300 orang lagi diketahui beralih kepada PKR.

Realiti

Base pada laporan tersebut dipadankan dengan realiti semasa kini, jangkaan sokongan untuk BN terutama sekali UMNO memang di akui menunjukkan peningkatan mendadak berbanding PRU 12 yg lepas.

Malah kalau kita follow trend sokongan  di 16 PRK yang berlangsung selepas PRU 12 yg mana 8 darinya di menangi oleh BN dengan  majoriti besar kita dapat saksikan 10 daripada PRK tersebut menunjukkan peningkatan undi sokongan untuk BN.

Manakala daripada baki 8 PRK yang di menangi oleg PR, mereka hanya menambah undi di 5 PRK manakala baki 3 PRK yang mereka menangi menyaksikan kemenangan dengan penyusutan undi sokongan yang ketara terutama sekali di Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Pandangan Pas & PKR

Kalau kita follow pulak hasil culaan sokongan yang dilakukan oleh Pas dan PKR pula juga menunjukkan kebimbangan yang agak besar di kalangan pemimpin mereka bilamana rata-rata tahap sokongan umum utk PR terutama sekali Pas & PKR semakin merudum.

Pembebasan Anwar Ibrahim tempohari hanya memberi sedikit kelegaan dan hanya mampu menyekat seketika aliran penyusutan sokongan untuk PKR & Pas, bagaimanapun menurut sumber Pas jika tidak kerana pemecatan Hasan Ali ada kemungkinan momentum sokongan untuk PR akan kembali menyaingi BN walaupun tidak sebaik rekod pilihanraya umum 2012.

Mengikut beberapa sumber PKR & Pas, tumpuan mereka sekarang ialah cuba seboleh mungkin untuk mengekalkan Selangor dan Kelantan manakala DAP dilihat masih selesa di Penang walaupun sedikit tergugat.

Mengikut cakap 2 orang pemimpin Pas dari Selangor dan Kedah, terdapat pertemuan telah di adakan dengan Hasan Ali dalam usaha untuk mengekang kesan yang lebih buruk terhadap Pas.

Selain itu mereka juga mengakui agak gusar dengan pendirian beberapa pemimpin Pas yang berlatarbelakangkan agama dan memegang jawatan besar dalam parti yang di lihat cenderung bersimpati dengan Hasan Ali serta berkemungkinan akan turut serta dalam road show yg bakal dilakukannya (utk rekod malam semalam di Meru adalah permulaan awal roadshow oleh Hasan Ali).

Kesimpulan

Tidak dapat tidak, baik Pas mahupun PKR sebenarnya berada dalam keadaan yg agak terdesak utk mengekalkan kuasa di negeri-negeri yg dikuasai mereka bak kata pepatah macam nyawa di hujung tanduk.

Hanya menunggu masa yang sesuai untuk jatuh gedebuk menyembah tanah, pun begitu belum masanya untuk UMNO mahupun BN berlapang dada, selagi sasaran tahap sokongan belum mencapai targetnya masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Walaupun hakikatnya kebanyakkan laporan tahap culaan sokongan yang dilakukan oleh BN acapkali terbukti benar sebagaimana laporan-laporan culaan sokongan yang dilakukan dalam pilihanraya kecil sebelum ini, tapi ia bukan sebab utk BN mula goyang kaki.

Masih ada beberapa bulan lagi utk memperkemas dan memperhebatkan jentera penerangan, jika kena gayanya dan andai makin hebat kempen penerangan BN di serata pelusuk negara, InsyaAllah next PRU kita bukan sahaja akan kekal memegang tampuk pemerintahan negara, menguasai kembali Selangor dan Kedah malah tak mustahil di beberapa negeri yang lain kita akan lihat ramai pemimpin Pas dan PKR akan jadi penganggur terhormat.

Perjuangan Kita Belum Selesai.

One thought on “PRU 13: PKR & Pas Nyawa Hujung Tanduk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s