Alhamdulillah, Akhirnya Rakyat Bawahan Mendapat Haknya…

Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya hak Saiful Bukhari utk memohon rayuan bagi semakan kehakiman dah berjaya apabila sekitar jam 4 petang tadi, pihak pendakwaraya telahpun mengemukakan permohonan rayuan kes.

Sebelum ni rata-rata kalangan pemerhati politik & rakyat bawahan beranggapan pihak pendakwaraya mungkin tidak akan memohon rayuan sementelah lagi bila peguam Anwar yakni Karpal Singh mendesak pihak pendakwaan supaya membatalkan saja hasrat merayu atas alasan ia membazir masa dan kos.

Jangan buat Rayuan Kes Liwat Anwar – Karpal

GEORGETOWN – Karpal Singh,Peguam Utama kepada Anwar Ibrahim menggesa supaya tidak memfail rayuan terhadap keputusan membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang Isnin lalu daripada tuduhan liwat yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu juga berkata,beliau sebagai peguam bela berhak untuk menggesa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail agar tidak membuat rayuan berdasarkan keterangan.

“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya.
Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berdasarkan keraguan terhadap bukti DNA yang dibentangkan oleh pendakwaraya.
Sehingga Jumaat lepas,tiada rayuan dibuat berdasarkan ketua bahagian rayuan dan perbicaraan, Kamaluddin Md.Sebelum itu,Bapa pengadu , Azlan Md Lazim telah menggesa pendakwaraya memfailkan notis rayuan dengan alasan kes tersebut membabitkan maruah mereka.
Pihak Pendakwaraya mempunyai masa sehingga 25 hb Januari depan untuk memfailkan notis rayuan.Justeru menurut Karpal, sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak untuk menggesa Peguam Negara supaya tidak berbuat demikian.
Sumber: KLPos

Sedang hakikatnya, sepanjang lebih 3 tahun perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful ini, pihak pembela lah yg paling kerap memohon rayuan malah menyebabkan kes kerap tertangguh akibat pelbagai permohonan dan mainan teknikal oleh pihak Anwar dan peguamnya.

Mengikut laporan AIDC, semalam pihak Peguam Negara telahpun menerima laporan penuh penghakiman bertulis, berkemungkinan besar kelewatan pihak pendakwaan memohon rayuan pendengaran semula kes liwat Anwar Ibrahim ini kerana lambat menerima laporan penuh tersebut.

Apapun terima kasih utk tuan Peguam Negara dan pihak pendakwaaan kerana tidak termakan dgn ‘nasihat’ Karpal Singh yg sebelum ini beria-ia mahu kes liwat ini di anggap selesai dan berlalu pergi tanpa sebarang proses rayuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s