Hassan Jatuh Di Timpa Tangga, Pas Terlentang Di Gelek Steamroll..

Dek kerana ketegasannya mempertahankan prinsip, Hasan Ali  kemudiannya disepak diteranjang tanpa dapat membela diri, keahlian sebagai anggota Pas terlucut dan jawatannya sbg exco pun di tarik balik.

Dah jadi macam jatuh di timpa tangga, dah ler jatuh kemudian di pijak-pijak pulak.

Nasib badan, tapi itulah hakikat politik dalam Pas kini, perjuangan menentang gejala murtad serta ketegasan membendung aktiviti maksiat selain sesekali mengkritik corak kepimpinan Anwar dah di anggap sebagai tindakan yg merugikan Pas.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Ntah dari mana datangnya fahaman Hadi Awang dan pemimpin Pas yg menghuni kerusi empuk Jawatankuasa Pas Pusat apabila mentafsirkan tindakan-tindakan Hasan Ali yg tegas menentang kegiatan memurtadkan orang Islam, membendung operasi rumah urut dan pelacuran di Selangor di labelkan sbg merugikan Pas.

Atau takkanlah disebabkan Hasan Ali aktif menyertai perhimpunan anti murtad di Shah Alam tempohari pun dah di anggap satu kesalahan yg melanggar perlembagaan Pas.

Takkanlah tindakan Hasan Ali yg mengarahkan larangan penjualan arak di 7 eleven seksyen 8 Shah Alam pun di kategorikan sbg ancaman yg merugikan kepentingan Pas.

Atau sebenarnya dek kerana Hasan Ali menasihatkan mahasiswa dan ahli Pas supaya tak menghadiri demo kempen 901 maka di anggap sebagai menghina Anwar sekaligus di tafsirkan sbg melanggar perlembagaan Pas.

Apa saja andaian, yg pastinya Hasan di pecat dari Pas selepas Timbalan Presiden PKR lantang mendesak Pas mengambil tindakan terhadap Hasan Ali.

“Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

“Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa  Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?” soalnya.

“Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir,” kata Azmin.

Sumber: MKini & AiDC

Umum pulak sedia maklum, banyak tindakan penguatkuasaan agensi agama yg bernaung di bawah portfolio Hasan Ali kerap di anggap sebagai merencatkan sokongan non-muslim untuk Pas dan PR.

Soal kerajaan perpaduan dan pertemuan Pas dgn UMNO bukan isu sangat pun walaupun itulah bibit awal yg mencetuskan gerakan-gerakan saraf dalam Pas yg mahu mengasingkan Hasan dari arus kepimpinan Pas.

Walaupun kini Hasan Ali dah sama macam manusia politik yg jauh di timpa tangga, di hina dan di aniaya tanpa di beri pembelaan sewajarnya sewaktu hukuman dijatuhkan, hakikatnya kesan buruk lebih banyak terkena pada Pas sendiri sebenarnya.

Ramai pimpinan liberal dalam Pas yg berpendapat sikap tegas Hasan Ali lebih banyak merugikan berbanding manfaat utk kepentingan duniawi Pas yg kemaruk mengejar kuasa, namun disebalik tindakan gelojon mengikut nasihat PKR, skang akibatnya Pas hilang kekuasaannya dalam portfolio urustakbir agama di Selangor.

Skang exco Pas yg baru dilantik, YB Ahmad Yunus tidak lagi mewarisi portfolio sebagai pengerusi hal Ehwal Agama Islam sebaliknya portfolio tu dikuasai sepenuhnya oleh PKR melalui MB Selangor, Khalid Ibrahim.

Rombakan: MB Selangor ambil alih portfolio Hasan Ali

SHAH ALAM 18 Jan. – Kerajaan Negeri Selangor membuat rombakan kecil dalam pentadbirannya dengan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika mengumumkan demikian hari ini, Abdul Khalid berkata, portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Dr. Ahmad Yunus, 47, berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya, menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali, yang dipecat dari Pas pada 8 Januari lepas.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Abdul Khalid berkata, Dr. Ahmad Yunus dilantik memegang portfolio itu kerana beliau pernah menjadi pembantu exco untuk portfolio Belia dan Sukan sebelum ini.

Portfolio ini dipegang oleh Menteri Besar. – BERNAMA

Kan bijak mainan politik PKR hingga mampu menentukan jatuh bangun pemimpin Pas dan di masa yg sama mengikis pulak secuit kuasa yg sebelum ini dimiliki oleh Pas di Selangor.

Azmin Ali dan Anwar dah berjaya membuktikan yg mereka mampu menguasai Pas dan bila-bila masa saja dapat mengkeldaikan Pas sama seperti DAP yg kerapkali berjaya memperkudakan Pas dalam isu hudud, murtad dan negara Islam.

Kesian Pas, dek kerana terikut arahan tangan ghaib dari dalam PKR, lain yg di harap lain pulak yg dapat.Yang dikejar tak dapat yg dikedong berciciran.

Hasan Ali memang dah confirm jatuh tergolek emudian di timpa pulak tangga bilamana hilang jawatan sebagai exco negeri Selangor selain di palitkan dgn penghinaan oleh suku sakat penyokong Pas yg liberal, tapi jatuhnya Hasan Ali masih lagi bermaruah kerana mempertahankan pendiriannya yg tegas demi kebaikan agama islam dan umatnya..

Namun Pas, bukan stakat jatuh tergolek dgn mainan politiking PKR dan Anwar, malah lebih teruk dari itu dah macam kena gelek dgn steamroll, prinsip tergadai demi kepentingan Anwar, kuasa & peranannya makin mengecil dalam pemerintahan PR di Selangor dan paling penting Pas telah membuktikan dirinya hanya layak jadi lembu, keldai dan kuda tunggangan utk PKR dan DAP.

* Dengarnya ada pemimpin Pas yg gigit jari dan ada ramai pulak yg berang dgn rombakan portfolio exco di Selangor… Amacam, best ka bila kena main sama rakan sepakatan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s