Bila Tuan Peguam Negara Nak Buat Rayuan?…

Kepada encik Peguam Negara yg budiman, awat la lambat sangat nak buat rayuan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari tu?

Takkan la penghakiman bertulis belum keluar lagi? Ataupun masih duk mengkaji mencari khilaf utk dijadikan hujah sebelum rayuan di kemukakan?

Brader Anwar Bin Ibrahim pun dah berpuluh kali diberi keistimewaan memohon penangguhan dgn segala macam alasan yg pelik dan luar tabie, di tambah pulak dgn puluhan lagi rayuan demi rayuan hingga kes berlarutan melebihi 3 tahun, takkan la permohonan seorang hamba rakyat yg kerdil seperti Saiful & ayahnya tak layak dipandang walau sebelah mata pun.

Dah lotih den menunggu ni haaa, tempoh masa akhir rayuan pun hanya tinggal sehari dua lagi.

Kot ye kalau penghakiman bertulis belum dapat lagi daripada yg mulia hakim, kurang-kurangnya tolonglah announce bahawa tempoh akhir rayuan dilanjutkan hinggalah penghakiman bertulis di terima secara rasmi oleh pihak pendakwaraya.

Ni haa, den tolong tempel rayuan terbaru keluarga hamba rakyat yg kerdil yg menuntut pembelaan nasibnya, tolong la tuan AG baca yoo jgn la pulak di anak tirikan mentang-mentang la Saipul tu bukan orang kenamaan VIP.

Mohon AG Failkan Rayuan

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

Sumber: RBF Blog

Harap sangat la nooo, Tuan peguam Negara akan ambil berat isu ni nooo.

Kot mana pun tuan AG, den bersangka baik mungkin yg mulia tuan hakim belum lagi menyerahkan penghakiman bertulis tu, andai kata lagu tu harapnya ada la berita selanjutnya supaya lega hati sekalian rakyat yg duk menunggu ni.

Hak utk merayu tu kan samarata saja utk semua, mustahillah hanya layak utk Anwar Ibrahim saja, dok gitu ko tuan AG.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s