Dek Kerana Tangan yang Menaip, Azwan Ali Minta Maaf…

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tu pepatah lama. Zaman skang pepatah tu dah upgrade. Typo error boleh diedit, terlajak taip buruk kesannya.

Gitula yg terjadi dlm drama hot minggu ni. Elok-elok aja dgn ayat ala-ala gengster duk ajak orang lain pi bakar saudara sedarah sedaging dia sendiri, alih-alih hari ni dgn muka sayunya Azwan Ali pi mintak maaf pulak sambil menangis hujan ayaq mata.

Macam-macam hal Azwan Ali ni, kemaruk sangat ka nak carik glamour?

Kisah pengacara Azwan Ali dengan lancangnya di twitter bukan cerita baru. Gaduh sakan dengan adiknya Ummi Hafilda juga bukan baru.  Namun Azwan sudah langgar sempadan apabila buat ugutan bunuh cara terbuka terhadap Ummi menerusi twitternya Jumaat lalu.

Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis : BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ... Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya ikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.

Namun tengahari Rabu, kedua-dua Umi dan Azwan tampil dalam satu sidang akhbar bersama di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.

Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.

Sumber: Agenda Daily

Hang nak masuk PKR ka, nak sokong Anwar sbb abang hang suka puja Anwar ka, lantak pi la Azwan oooiii. Tapi takkan la sampai sanggup nak bakar adik beradik sendiri kot.

Dalam family aku kat Kelate nuu masih ada saki baki yg sokong Pas & segelintir lagi sokong PKR, namun sikit pun aku takde terniat nak bakar atau cederakan depa.

Stakat masing-masing panas telinga dan air muka merah menyala time sindir menyindir tu biasa la, tapi hubungan kekeluargaan tetap ok gitu.

Skang tak pasal-pasal hang terpaksa buat muka kesian, tapi ada orang makin kesian atau sebenarnya kian ramai yg menyampah dgn hang Azwan ooo? Lu pikir la sendiri.

Link utk ke liputan di blog lain. Klik sini & sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s