Anwar Ibrahim Tidur Tak Lena?…

Ngam satu minggu aku duk senyap drpd menulis tambah-tambah bila terkena kejutan 9 Januari 2012 yg menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah selepas bacaan keputusan oleh hakim.

Perbicaraan yg lama melebihi 3 tahun dgn puluhan penangguhan gara-gara permainan teknikal & isu cetusan oleh Anwar Ibrahim kemudiannya berakhir dalam masa 3, 4 minit saja melalui bacaan kesimpulan keputusan oleh yang mulia Hakim.

Hakim yg sama yg dipertikaikan oleh Anwar sebagai ‘hakim konspirasi & tidak adil’ akhirnya hakim ini jugaklah yg membebaskan Anwar Ibrahim dek kerana keraguan yg arif tuan Hakim terhadap kredibiliti bukti DNA.

Cuma mujurnya bila Karpal Singh buka mulut selepas beberapa hari keputusan dibacakan nampak begitu beria-ia ‘menasihatkan’ pendakwaraya supaya tidak memfailkan rayuan, start dari tu semangat aku yg down mula pulih sedikit demi sedikit walaupun mood utk menulis masih belum ada tika tu.

Karpal gesa AG tidak rayu terhadap pembebasan Anwar

GEORGETOWN 14 Jan. – Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu dari tuduhan liwat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini hari ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Sekalipun rayuan dibuat oleh bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata, sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

“Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang,” kata beliau. – BERNAMA

 

Something wrong bila Karpal Singh buka mulut pasal rayuan tersebut tak berfaedah baginya sedang hakikatnya selama lebih 3 tahun perbicaraan liwat Anwar & Saiful ni, si Karpal Singh ni jugaklah yg jadi juara memfailkan puluhan rayuan bagi pihak Anwar Ibrahim termasuklah rayuan semakan utk memecat hakim & pendakwaraya.

Bila fikir dgn lebih dalam, logik ‘nasihat’ karpal Singh tu ada asasnya. Jika pendakwaraya mengemukakan rayuan selepas mengkaji penghakiman bertulis, risiko besarnya terletak di bahu Anwar Ibrahim.

Itu andaian aku, mungkin betul mungkin silap, namun base pd keputusan mahkamah rayuan yg pernah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat beberapa tahun dulu tu, walaupun memihak kepada Anwar dgn keputusan 2 : 1, namun hakikat yg tak dapat dinafikan oleh Anwar ialah kesemua hakim bersetuju aktiviti meliwat memang wujud cuma disebabkan masalah teknikal spt tarikh & lokasi maka Anwar dibebaskan.

Jadi base pd kes tersebut, aku fikir bila saja penghakiman bertulis keluar dan dikaji oleh pendakwaraya utk mencari khilaf dlm penghakiman, ada kemungkinan semasa perbicaraan dlm mahkamah rayuan perkara sebaliknya akan berlaku dan bakal memudaratkan Anwar.

Barangkali risiko inilah yg menyebabkan Karpal Singh begitu beria-ia ‘melarang’ rayuan oleh Saiful atau pendakwaraya drpd dikemukakan.

Kegusaran Karpal Singh tu bukan saja dah menyebabkan tidur malam Anwar Ibrahim terganggu walau pada mulanya diraikan dgn suasana terkejut & gembira.

Dalam hal utk menafikan hak Saiful utk merayu itu dgn pelbagai alasan misalnya merugikan masa dan kos perbelanjaan, Karpal SIngh tak keseorangan bilamana kegusarannya itu turut mencengkam fikiran ramai penyokong Anwar, PKR dan Pas.

Sudah banyak komen dan pendapat di merata ceruk maya internet yg menyokong gesaan Karpal itu, seolah-olah mereka sendiri tidak yakin jika rayuan tersebut di dengar di mahkamah rayuan maka keputusan penghakiman adalah sama tidak berubah.

Terkadang aku fikir, kalau di Perak dahulu sebagai counter attack plan 16 Sept kerajaan lompat anjuran Anwar, maka BN telah dgn sengaja memberi kegembiraan awal kepada PR dgn kemasukan mengejut ADUN UMNO ke dalam PKR kemudiannya diikuti dgn derita tahap gaban dgn jatuhnya kerajaan Pas & DAP, ntah-ntah ada kemngkinan pihak pendakwaraya sengaja hold seketika bukti-bukti penting utk dimanfaatkan semasa proses rayuan kelak.

Maybe jugak. Kot kalau betul, memang aku angkat topi pada strategik pendakwaraya tu kalau betul ada lagu tu la. Lagipun dlm hal meliwat ni kerja utk membuktikannya memang di akui susah kecualilah si peliwat slamber rock duk menutuh depan mata kita.

Sekalipun ada bukti cctv menunjukkan kehadiran Anwar di lokasi liwat berlaku, namun bukti tersebut tentu saja sekadar membuktikan kehadiran & masa saja di lokasi belum lagi membuktikan wujudnya liwat.

Cuma hakikat yg pasti bukti cctv kehadiran Anwar tu dah cukup utk memanggil Azizah dan Nurul Izzah sebagai pembohong besar kerana di awal kes liwat ni timbul, Azizah & Nurul kata Anwar bersama keluarga di rumah sewaktu kejadian liwat berlaku.

Apapun, debaran sekarang ini ialah menanti keputusan penghakiman bertulis dan tindakan selanjutnya oleh pendakwaraya dan Peguam Negara, kita harap selepas kajian di buat akan ada klausa atau khilaf penghakiman yg boleh dijadikan asas utk mencabar penghakiman sebelumnya.

Andaikata tiada khilaf ataupun Peguam Negara berpendapat sukar utk membicarakan semula kes tersebut misalnya atas sebab kesukaran membuktikan perlakuan liwat itu wujud, maka terpaksalah kita terima hakikatnya walaupun pahit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s