Korban Pertama 901 Demi Anwar…

Hari ni seperti di tunggu-tunggu oleh ramai kalangan kita, satu keputusan penting oleh Mahkamah dijangkakan akan diketahui dalam masa beberapa jam lagi.

Tapi belumpun tiba saat keputusan tu, dah ada satu dua pihak yg begitu bersungguh-sungguh melancarkan Kempen 901 atas satu hasrat utk kebebasan Anwar Ibrahim. Macam depa dah tahu pulak yg Anwar sememangnya bersalah dan bakal menghuni istana Sungai Buloh.

Sedangkan kalau kita imbas semula perjalanan kes liwat tersebut yg memakan masa 3 tahun lebih dgn puluhan penangguhan kes oleh pihak defendan serta banyaknya kelemahan pembelaan semasa kes dibicarakan, secara kasarnya kita dah boleh agak ke mana hala tujunya Anwar kelak.

Pun begitu dek kerana Kempen 901 tersebut, dah ada yg jadi korbannya. Korban politik bilamana bekas Pesuruhajaya Pas Selangor, Hassan Ali dah pun dimangsakan oleh golongan aparat pro Anwar dalam Pas demi mencapai kepuasan nafsu serakah Anwar Ibrahim.

Semuanya gara-gara ketegasan Hassan Ali yg pada sehari dua lepas telah mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan ahli & penyokong Pas utk turut sama dlm perhimpunan demo 901 itu.

Walaupun sebelum ni kita tahu Hassan Ali telah sekian lama berbeda pendapat dan bercanggah fahaman berkaitan Islam & kebebasan dgn bekas mentornya Anwar Ibrahim, namun kenyataan tegas terakhir Hassan Ali itu adalah klimaks kepada membuaknya perasaan benci & amarah yg selama ini hanya terpendam saja dalan jiwa Anwar & kuncu-kuncunya.

Pas pecat Hasan Ali

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini membuat keputusan memecat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan semua pandangan daripada ahli jawatankuasa pada mesyuarat parti berkenaan hari ini.

“Setelah berbincang, kami sebulat suara membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan tersebut dibuat berdasarkan tindakan-tindakan beliau yang menyalahi dan merugikan kepentingan Pas seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila beliau bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Ekoran tindakan tersebut, Hasan menerima kecaman daripada pihak-pihak tertentu, khususnya pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sekali lagi menjadi tumpuan apabila mempertikaikan perubahan perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran pemimpin tertinggi parti yang menuduh bahawa Hasan diperalatkan UMNO.

Beliau bagaimanapun tidak keseorangan dalam isu tersebut apabila disokong oleh bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘duri dalam daging’ kepada pakatan pembangkang.

Terbaru, Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 esok dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Hassan Ali bukanlah mangsa pertama korban penyembelihan politik dalam Pas demi kepuasan nafsu penyokong pro Anwar dalam kepimpinan Pas, lama sebelum itu bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yg lama yg juga bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Shukri jugak pernah menjadi mangsa percaturan oleh pemimpin Pas yg pro Anwar.

Hassan Shukri (arwah) terpelanting drpd kerusi Timbalan selepas geng erdogan berjaya menjolok Ustaz Nasharuddin utk mencabar arwah namun akhirnya sebagaimana yg kita ketahui dalam pemilihan Pas tahun 2011, Ustaz Nasharuddin pulak yg dipijak & di lenyek lumat oleh geng-geng erdogan.

Demikinlah dalam Pas hari ini, kausa dan pengaruh ‘golongan ulamak’ yg suatu ketika dulu gah sebagai benteng kukuh perjuangan Pas kini sudah roboh dek kerana permainan politik licik geng erdogan pro Anwar.

Hassan Shkri, Hassan Ali & Nasharuddin tentu saja hanya mampu mengurut dada tatkala diri mereka di tikam dari belakang hanya kerana pendirian mereka yg tidak sebulu dgn dasar Anwar Ibrahim yg liberal, songsang dan bersifat populis semata-mata.

Cumanya di antara mereka bertiga, hanya Hassan Ali yg paling teruk di asak bukan kerana dirinya anti Islam atau menyokong kempen Seksualiti Merdeka, namun dek kerana ketegasannya yg lebih mendahulukan Islam berbanding ideologi kepatian yg sempit selain kukuh pendirian menentang langkah sumbang politiking Anwar Ibrahim.

Bagi Pas pulak, pemecatan Hassan Ali dilihat sebagai satu usha utk mendekati semula Anwar di samping merebut ruang kosong yg bakal ditinggalkannya dalam PR, namun percaturan mengkambing hitamkan rakan sendiri tak lebih bagaikan menggantung tali ke leher sendiri.

Pas hanya menanti masa utk menyembah tanah yg telah lama depa ego utk memandangnya selepas kejayaan besar dalam PRU 2008. Utk next PRU, ruang pintu menuju lembah kehinaan sudah terbuka luas utk mereka.

Yang dikejar tak dapat, yg dikendong bakal keciciran. Hukum dunia, orang tamak & lupa diri kerap akan ke temu kehinaan & kejatuhan mengalahkan sebijik nangka busuk.

One thought on “Korban Pertama 901 Demi Anwar…

  1. maaf……………..kisah anda tidak relevan dan tidak boleh dipercayai…atas dasar penilaian sendiri…….hahahaaa……next time nk xpresi sngt minda tuh…ngan cara xmenabur fitnah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s