Hassan Ali Bakar Jambatan…

Peh, nampak macam Hassan Ali betul-betul dah pandai main api dgn Brader Anwar Bin Ibrahim. Sindir-sindir dia dah tak main dah skang ni.

Skang ni Hassan Ali main cucuh api dgn minyak petrol sekaligus, silap gaya mahu terbakar telinga bung Anwar kalaupun tidak, maybe terbakar hangit dalam hati Anwar bila baca kenyataan terbaru Hassan Ali yg memboikot demo 901.

Dulu time Anwar memula kena pecat, Hassan Ali adalah antara hulubalang Anwar yg paling ke depan membakar jambatan dgn kerajaan BN atas alasan dalam hatinya ada taman hanya utk bung Anwar.

Skang ni, jangan kata taman, jambatan pun mahu dibakarnya sekali. Kalau ikutkan gayanya lagu tu la.

Hasan Ali anggap demo “Bebaskan Anwar 901” sia-sia

SHAH ALAM 5 Jan. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak perhimpunan haram ”Bebaskan Anwar 901” pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata, ahli Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.

“Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

 

Tu dia, satu nasihat yg bernas yg jarang-jarang kita boleh dengar drpd mulut pimpinan Pas. Mana tak terbakarnya jambatan yg baru aja selesai di bina selepas perjumpaan ‘mintak ampun’ di Kelantan kira-kira seminggu dua lepas.

Nampaknya PRU ke 13 nanti, medan perang di Selangor memang betul-betul fight utk semua pihak. Masing-masing dgn masalah sendiri.

PKR sibuk dgn masalah Anwar dan perebutan jawatan MB di antara puak Azmin Ali dgn Khalid Ibrahim.

Pas pulak sedang duk bertaji sekeh menyekeh di antara 2 kumpulan, pro Hassan Ali dan pro Erdogan/Kalid Samad.

DAP pulak dgn kes siasatan rasuah oleh SPRM yg belum settle di samping perebutan kuasa antara geng speaker dgn geng exco kerajaan tempatan.

Manakala UMNO pulak masih duk suam-suam kuku dgn isu Dr. Khir.

Bezanya dari segi kedudukan UMNO & BN lebih berpeluang utk mengatasi asakan lawan disebabkan sikap gentleman Dr.Khir yg tidak banyak songeh sewaktu perbicaraan tempohari selain suara umum rakyat Selangor yg semakin dekat & mesra dgn BN.

Cumanya dlm kes kelantangan Hassan Ali bersuara menongkah arus dasar pakatan rakyat pimpinan Anwar, satu-satunya persoalan yg timbul dlm fikiran kita, sejauh mana Hassan Ali sanggup berdiri kukuh dgn pendiriannya hingga selesai PRU ke 13 kelak.

Adakah Hassan Ali akan menterjemahkan sikapnya itu kepada keputusan muktamad mengasingkan dirinya drpd Pas dan Pakatan Rakyat ataupun kembali menjadi bacul tunduk daulat pada kegarangan DAP & teguran Pas Pusat sebagaimana layunya Hassan Ali tempohari selepas sejuk isu jualan arak di Seven Eleven Seksyen 8?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s