Anwar Ibrahim Ngko Berani Datang ka?…

5 & 6 januari 2011 nanti akan di adakan solat hajat bagi memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan kebenaran dan melaknat orang yg melakukan fitnah.

Majlis solat hajat tu yg di sarankan oleh YB Zulkifli Noordin terbuka utk semua malah 2  manusia paling penting dalam kes liwat yakni Anwar Bin Ibrahim dan juga mangsa liwat, Saiful Bukhari jugak di jemput hadir.

3 tahun lepas dah ramai orang ajak Anwar & Saiful bersumpah laknat, namun hanya Saiful saja yg yakin & tawakkal pada kebesaran & keadilan Allah s.w.t apabila bersedia melakukan sumpah laknat terhadap dirinya sekiranya dia memfitnah Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Anwar sampai la nie senyap sunyi dan baru beberapa hari lepas pecah berita pasal perancangan Anwar yang sedang berura-ura utk melakukan sumpah laknat disaksikan oleh 3 orang ulama sebagai langkah terakhirnya utk lepaskan diri daripada pertuduhan liwat.

Itupun kalau Anwar betul-betul nak buat la. Sumpah laknat ni senang saja, sebut nama Allah s.w.t (Wallahi, Wabillahi, Wata’alahhi) diikuti dgn nama sendiri, kejadian & penafian seterusnya mohon laknat ke atas diri sekiranya berbohong. Senang di sebut & dilafaz tapi kesan kemudiannya amat tak tertanggung.

Ramai ulama sepakat, penghukuman dari sumpah laknat akan berlaku dalam tempoh seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas bersumpah dan paling lama kurang jangka masa setahun, InsyaAllah siapa yg bersumpah laknat tetapi sebenarnya berbohong pasti akan ditimpakan azab & laknat oleh Allah s.w.t dlm tempoh waktu tersebut.

Skang dah lebih 3 tahun Saiful bersumpah laknat, namun Alhamdulillah tiada laknat mahupun penghukuman ataupun azab yg menimpa diri dia. begitu jugak dgn Umi hafilda yg dah lebih 3 tahun melakukan sumpah laknat tersebut, juga Alhamdulillah tidak dikenakan azab oleh Allah s.w.t.

MUBAHALAH : NIK AZIZ SETUJU MUFTI PERLIS

KOTA BHARU 4 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikaitkan dengan kes liwat supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata, perkara itu merupakan ikhtiar terakhir sekiranya Anwar tidak mempercayai sistem keadilan negara.

“Memang patut kedua-duanya bermubahalah, dalam Islam pun ada, kita ajak ramai-ramai sembahyang hajat dan bersumpah dan kalau siapa salah biar Allah tunjukkan.

“Dalam al-Quran pun disebut dengan jelas mubahalah, mungkin Mufti Perlis ‘serabut perut’ tengok keadaan macam ini (tuduh-menuduh),” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang meminta Anwar dan Mohd. Saiful ‘bermubahalah’ atau bersumpah setelah isu liwat itu kini menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama meminta semua pihak menghentikan tuduh menuduh kerana ia membawa kepada keburukan.

“Tuduh menuduh dalam Islam besar dosanya, senang saja kita tuduh liwat atau zina sedangkan tuduh cabul kehormatan menjatuhkan maruah orang.

“Kalau ada bukti bawa pergi ke mahkamah, jangan tuduh menuduh depan ramai, sekarang ada surat khabar lagi teruk, seluruh dunia tahu, Malaysia ini macam dah tidak ada maruah,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam masalah dalaman negara, beliau dengan tegas menolaknya sambil menyifatkan kuasa besar dunia itu sebagai bapa kepada segala kejahatan.

“Campur tangan Amerika memang tidak boleh, buat apa… Ingat Malaysia budak-budak, dia (AS) orang tua.

“Dia (AS) itu bapa kepada kejahatan, bunuh orang setiap hari di Iraq. Lebih jahat daripada manusia yang jahat, buat apa nak kacau kita,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia / 5 Julai 2008

Jadi kalau Anwar betul-betul nak buat sumpah laknat 8 Januari 2011 nanti amat dialu-alukan. Berani ke bai? Takyah takut, diri tu kalau benar & sahih jadi mangsa fitnah dan ngko pulak tak percaya dgn pengadilan duniawi oleh mahkamah, takkan dgn kekuasaan & keadilan Allah s.w.t pun ngko tak mahu letakkan kepercayaan?

 

Berbalik pada saranan Zulkifli Noordin, khabarnya Saiful Bukhari dah setuju utk datang ke majlis solat hajat tersebut utk sama-sama mohon petunjuk kebenaran selain memohon laknat Allah s.w.t terhadap siapa di antara dia dan Anwar yg berdusta.

Ngko berani dan sanggup ke datang wahai bung Anwar Bin Ibrahim ke majlis penyerahan diri kepada kekuasaan & keadilan Allah s.w.t pada 5 & 6 Januari nanti?

Kalau ngko berani datang utk sama-sama solat hajat dgn niat yg sama seperti dimaklumkan oleh penganjur majlis, confirm seluruh rakyat Malaysia akan berhenti seketika berbicara pasal hal ehwal kes liwat kamu dan hanya akan fokus pada 9 Januari saja utk tengok pengadilan dunia siapa yg bersalah dan siapa yg benar.

Bukan ngko dah lakukan berpuluh solat hajat ka Anwar, takkan solat hajat dgn niat yg clear seperti di sarankan oleh Zulkifli Noordin ni ngko takut nak mai, tak macho la Brader Anwar Bin Ibrahim wei.

Meh la join skali demi mencari kebenaran & demi kebaikan semua pihak. Lagipun solat hajat pohon kebenaran di masa yg sama mohon dilaknat jika berdusta ni kesannya tidak secepat laknat & azab oleh Allah s.w.t tatkala jika berdusta dalam majlis sumpah laknat. So, takyah la risau sangat noooo.

Kemudian jangan lupa utk lakukan sumpah laknat pada 8 januari 2011 macam yg puak hangpa duk gembar gembur kan tu, pah tu kita pakat tengok hang masih sihat walafiat ataupun nazab kena azab Allah s.w.t dalam jangka masa tak lebih setahun.

Ayuh Anwar Bin Ibrahim, kalau dalam mahkamah dunia kamu dah tak percaya dan di masa yg sama memalukan diri dan keluarga dgn puluhan penangguhan perbicaraan dgn pelbagai alasan, jangan pulak kali ni utk 2 majlis yg mulia ni pun kamu nak main tangguh atau gagal menghadirikan diri.

Kalau takut risiko jangan bicara soal perjuangan – ni slogan popular kamu dulu, skang aku tolong modified;- kalau takut pengadilan dunia dan tak yakin keadilan serta kebesaran Allah s.w.t, baik jangan bicara soal perjuangan, dok gitu?

* hangpa rasa Anwar berani datang ka? ataupun hangpa rasa Anwar dah kembali tawakkal utk menyerahkan untung nasib dia pada Allah s.w.t berbanding menyerahkan takdir dia pada 10 orang peguam non muslim yg diketuai karpal Singh?

One thought on “Anwar Ibrahim Ngko Berani Datang ka?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s