Khalid Samad Demam Tak Kebas-Kebas…

Semalam 3 trio yg pernah sama-sama sebantal dgn PR telahpun bertandang ke Shah Alam dalam misi mereka menebus kembali dosa-dosa lama mereka sewaktu berada dlm PR.

Kehadiran Ezam Noor (bekas Ketua AMK PKR, kini Senator), Zulkifli Noordin (bekas pemimpin Pas merangkap ahli parlimen PKR yg kini jadi Bebas) dan Ibrahim Ali (bekas pemimpin UMNO merangkap ahli Parlimen bertiket Pas yg kini jugak Bebas) nyata berjaya menarik perhatian ramai penduduk sekitar Seksyen 24 Shah Alam utk hadir memeriahkan majlis ceramah ketiga-tiga tokoh tersebut.

Anggaran kasar aku sekitar 2000 orang memenuhi dewan Kompleks Warga Emas (termasuk yg berada di luar dewan), manakala blog Darul Ehsan Today menganggarkan sekitar 1,500 orang hadirin berada di sana hingga tamat program ceramah.

Berbanding kehadiran di majlis ceramah yg di buat 2 bulan lalu di depan Tadika Kemas Seksyen 8, Shah Alam yg hanya sekitar 300 orang saja, kehadiran kali ni agak memberangsangkan tambah-tambah lagi di buat di area yg pernah berada dlm penguasaan Pas masa PRU 2008 lepas.

Di bawah ni aku tampalkan beberapa gambar yg aku copy drpd blog bro Darul Ehsan utk tatapan korang semua.

Sewaktu aku melilau di luar dewan bersama seorang rakan, kitaorang sempat bertemu dgn sorang kawan yg masih bersama-sama dgn PKR yg turut hadir ke majlis tersebut, katanya saja ambil angin try test join majlis pro UMNO (dulu mamat ni penyokong UMNO yg berkiblatkan Anwar sejak 1993 dan pernah beberapa kali buat demo budus di depan Sogo dan Jln Tunku Ab rahman time zaman reformbasi 1998).

Selesai lebihkurang 10 minit kitaorang bersembang hal ehwal pasal kawan-kawan lama, kitaorang ronda-ronda skejap di luar pintu utama dan berkesempatan pula ketemu 2 rakan yg pro Pas yg keluar dari dewan bersama sorang lagi rakan depa utk pekena rokok.

Dapatlah sembang seketika sambil layan 2, 3 batang rokok. Tapi buah butir yg kitaorang sembang tu takde kaitan pun pasal politik sbb aku tahu 2 orang rakan lama tu sejak zaman student lagi memang jenis toreh kat lengan confirm keluar darah hijau punya.

Walaupun sebenarnya dlm hati aku bergelodak nak tahu awat depa senang hati dan lapang masa duk jengah majlis yg pro UMNO walhal sejak aku kenal kedua-dua mamat tu since 1995 dan 1997, kalau aku sebut aja pasal pemimpin UMNO atau ajak pi ceramah UMNO siap la aku di tazkirah dgn  bacaan ayat Al-Quran &  hadis pasal larangan bercampur gaul dgn majlis ‘orang kufur’.

Time pulang, aku dan rakan yg menemani ke majlis tu cuba berandaian samaada 2 mamat tu & sorang rakan depa tu saja datang ke majlis tu utk ushar tengok sambutan majlis pro UMNO ataupun mungkin jugak dah bosan dgn suasana celaru dlm Pas terutama melibatkan Pas Shah Alam dan Pas Selangor.

Apapun, majlis malam tadi amat berjaya cumanya kalau boleh next time utk kasi betul-betul gempak better UMNO Selangor & penerangan UMNO Pusat mobilasi sepenuhnya promosi majlis ceramah secara besar-besaran dan lebih awal supaya target hadirin bukan saja mencapai sasaran malah biar lebih melimpah kehadirannya, alang-alang nak gempur musuh kita taram sungguh-sungguh gitu.

Tahniah utk kejayaan majlis malam tadi, next time aku try kumpul budget utk beli kamera sendiri supaya mudah nak berkongsi gambar. Harapkan kamera phone tiruan made in china aku ni, macam sial je kualitinya. Mujur bro darul Ehsan dah snap gambar-gambar majlis tu dapatlah dijadikan tatapan utk hangpa yg tak berkesempatan hadir semalam.

* Sapa-sapa nak layan lain-lain gambar yg di nap oleh bro Darul Ehsan boleh klik sini, ada banyak lagi gambar-gambar lain utk tatapan hangpa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s