Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986…

Bagi orang Kelate yg pernah bergelumang dgn zaman kebangkitan APU (Angkatan Pepaduan Ummah) & GR (Gagasan Rakyat) nama Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad tentu tak lekang drpd ingatan.

Waktu tu beliau adalah antara pimpinan Pas Kelantan yg menentang secara terbuka kerjasama Pas dgn pakatan politik APU & gR yg di asaskan oleh Tengku Razaleigh.

Hasil drpd perselisihan antara mereka menyebabkan Pas terpecah dua menyebabkan kewujudan satu serpihan kecil yg dinamakan sebagai Al-Islah, bagaimanapun kebangkitan serpihan Pas ini tidak dapat membendung kebanjiran ramai penyokong & ahli UMNO (terutama di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor) yg ketika itu ramai yg menyokong Tengku Razaleigh yg mengetuai PMS46 (Semangat 46).

Berikutan penubuhan PMS46 dan kewujudan 2 kerjasama politik (APU & GR), Pas berjaya menguasai Kelantan manakala di Terengganu, Selangor dan Johor kubu UMNO sedikit tergugat.

Manakala di Kedah proses berpaling tadah penyokong & ahli UMNO dapat diserap sepenuhnya selepas berlaku penghijrahan tokoh Pas Kedah yakni Ustaz Nakhaie ke dalam UMNO (bekas Timbalan Presiden Pas Pusat merangkap pemimpin utama Pas Kedah) yg turut disertai ribuan penyokong & ahli Pas negeri Kedah.

Di Kelantan, proses menyerap kesan buruk aliran keluar ahli & penyokong UMNO yg pro Tengku Razaleigh gagal dilakukan walaupun wujudnya serpihan Al-Islah diikuti peristiwa 2 tahun sebelum PRU 1990 yg menyaksikan bekas Presiden Pas merangkap bekas Presiden HAMIM, Datuk Asri Muda (asal Kelantan) telah mengambil keputusan menyertai UMNO pada tahun 1988.

Misalnya di kampung aku ketika itu (1988 – 1990) misalnya ada sekitar 800 pengundi berdaftar kalau pada asalnya terbahagi kepada 250 pro Pas, 400 pro UMNO dan baki selebihnya atas pagar, maka yg keluar Pas cuma sekitar 100 orang saja (penyokong Al-Islah & Asri), namun yg keluar dari UMNO (penyokong Ku Li) utk sokong APU (Pas, S46, Hamim & Berjasa) pula ialah 200 – 250 orang.

Kegagalan Datuk Asri Muda misalnya dalam mempengaruhi lebih ramai penyokong Pas dan HAMIM utk berganding bahu bersama UMNO ketika BN berhadapan tugas getir menahan asakan gerombolan APU & GR di Kelantan mudah difahami kerana sejak 1982 imej beliau sebagai Panglima utama Pas telah di robekkan secara berterusan oleh pimpinan Pas Pusat & Pas Kelantan terutama melalui kerjasama bersepadu 3 serangkai Pas ketika itu, Nik Aziz, Yusoff Rawa dan Hadi Awang.

Apa yg Asri Muda pernah alami termasuk penghinaan terhadap jasanya sebagai bekas Presiden Pas, maka itulah yg sedang Hadi Awang dan geng UG dalam Pas sedang alami sekarang ini.

Bezanya, dalam menghadapi cengkaman penguasaan Nik Aziz dalam Pas, Hadi sedikit bijak berbanding Asri Muda kerana masih mempunyai ramai penyokong & pendokongnya dalam Pas termasuklah beberapa orang halimunan yg sengaja diserapkan sbg geng erdogan yg berkiblatkan Nik Aziz.

Untuk memahami sedikit sebanyak berkaitan sejarah politik Kelantan, korang semua boleh klik link berikut. Klik sini.

Kita stop situ dulu pasal sejarah Pas & politik Kelate serta APU & GR, sambung balik pasal Ustaz Ismail bekas otai lama dalam Pas kelate terutama sekali berkaitan dgn tajuk artikel ni pasal hudud Pas 1993 dan hukum Hudud 1986.

Pengaruh Ustaz Ismail di Kelantan boleh dikatakan hampir sebaris dgn pengaruh peribadi Nik Amar Nik Abdullah (Exco Agama sekarang), tidak menyeluruh namun sepanjang 1991 – 1995 beliau adalah antara tokoh bekas otai Pas yg kemudiannya bergabung tenaga dgn bekas S46 (Ibrahin Ali, bekas Ketua pemuda S46 waktu itu) yg turut memainkan peranan penting memulihkan kembali sedikit pengaruh UMNO di Kelantan seterusnya berpeluang bertapak semula dlm DUN Kelantan dgn kemenangan 7 DUN dan 2 Parlimen dlm PRU 1995.

Base pada rekod penglibatan beliau dalam Pas selain jasanya yg pernah membantu UMNO Kelantan, rasanya agak elok skali utk bahagian penerangan UMNO mengambil inisiatif utk memanfaatkan tenaga Ustaz Ismail bagi tujuan menarik seramai mungkin penyokong veteran Pas melalui jelajah khas berkaitan hudud Pas.

Lagipun dlm keadaan Pas yg kian celaru di Kelantan dgn perebutan jawatan MB melibatkan 3 kem utama tu, rasanya tindakan pro aktif menerangkan kembali isu manipulasi hukum hudud oleh Pas pastinya bakal memberi impak yg buruk terhadap pengaruh Nik Aziz dan Pas.

Sementelah lagi skang ni pun Pas agak goyang bila membicarakan hukum hudud secara terbuka dan berlebihan dalam ceramah mereka di Kelantan, inilah masa yg sesuai utk beri pukulan KO pada pimpinan Pas negeri yg masih mendaulatkan ‘kenabian’ Nik Aziz.

Rasanya Ustaz Ismail dan ramai lagi bekas pimpinan Pas pro Al-Islah tidak keberatan utk sekian kalinya menabur bakti demi kebaikan umat Islam terutamanya rakyat Kelantan yg dah 2 tahun tertipu dgn janji hudud Pas tu.

Hudud Pas dipertikai

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

WAN Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada pilihan raya umum 1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan di seluruh negeri untuk semua kaum, ketika ditemui di rumahnya di Machang, semalam.


MACHANG 1 Jan. – Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Pindaan itu dakwanya, dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dakwa Wan Ismail, melalui pindaan itu, hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.

“Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.

“Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjelasan mengenai hukum hudud boleh dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.

Wan Ismail mendakwa, beliau telah dipecat daripada Pas pada 1986 kerana menentang pakatan parti itu dengan S46.

Malah dakwanya, pada 1995 beliau telah menulis sebuah buku menjelaskan mengenai hudud dan diserahkan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Namun, sehingga hari ini kedua-dua pemimpin itu hanya berdiam diri.

Katanya, kecelaruan berlaku dalam Pas kerana para pemimpinnya sekarang membelakangi perjuangan asal parti meskipun ramai yang tahu.

“Namun mereka membisu kerana takut dicemuh oleh golongan fanatik selain tidak mahu dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Selain drpd hujah ustaz ismail berkaitan perbezaan asal hukum Hudud dgn hudud Pas skang ni bersandarkan manifesto lama Pas tu, beberapa bait kata-kata Hadi Awang pada awal tahun 2000-an pun boleh digunapakai utk membuktikan Pas memanipulasi hukum Hudud utk tujuan politik apabila mengatakan hukum Hudud hanya kepada umat Islam walaupun hakikatnya Hudud adalah melibatkan semua umat manusia tanpa mengira agama & bangsa.

 “when the time comes, the hudud and qisas law will be extended to all non-Muslims” | “Apabila tiba masanya, Hukum Hudud & Qisas akan merangkumi semua Bukan Islam”. (Presiden Pas, Hadi Awang / 07 Julai 2002 / Debate Shariah Criminal Offences / Terengganu / Siaran The Star 09 Julai 2002)

Manakala hujah-hujah Dr Dzulkifli Ahmad MP Pas sekarang ni pulak boleh dimanfaatkan utk menafikan tuduhan Pas bahawa UMNO menolak Hudud.

“Cabaran kepada umat hari ini, adalah untuk mengetahui bahawa dalam konteks negara kita ini tuan-tuan, kita tidak akan dapat melaksanakan Islam seperti mana yang kita hajati walaupun kita iktiqadkan pada setiap Muslim saya jamin semua mahu menyaksikan Islam itu terlaksana syamil mutakamil sempurna lengkap.

Tak ada siapa pun saya ingat, tak kiralah dia daripada mana-mana pegangan, fahaman politik pun. Saya ingat semualah. Saya nak ambil begitulah. Saya nak ambil husnu zhon. Saya nak buat satu andaian bahawa orang Islam mahukan Islam itu terlaksana. Begitu mudah. Saya berpandangan begitu. Waqi’nya wallahualam.

Saya menganggap semua orang Islam mahukan Islam itu kekuasaan padanya untuk paling tidaknya orang Islam melaksanakan Islam secara sempurna, secara menyeluruh.

Namun tuan-tuan, kita berdepan dengan waqi’ yang lain. Banyak ni dah waqi’ saya bercerita tentang waqi’ malam ni. Waqi’nya negara kita ini adalah bukan 100% orang Muslim. Orang Islam…Melayu Islam.

Ia bukan seperti Indonesia, ia bukan seperti Pakistan, dan juga tidak negara-negara timur tengah. Timur tengah dan Pakistan itu sendiri tidak dapat melaksanakan Islam yang dilaksanakan Islam dan syariat itu.

Apatah lagi negara yang punya demografi, punya kependudukan yang hanya pecahannya 60-40 dan sistemnya untuk perlaksanaan fiqhu tatbiq bukannya kalau hendak dilaksanakan boleh dilaksanakan. Tidak. Kalau mahu dilaksanakan ianya mesti melalui proses…legislative process.

Di mana? Di Dewan Rakyat. Di Dewan Negara”.

Dr. Dzulkifli Ahmad, YB PAS utk Parlimen Kuala Selangor / 20 Nov 2010 / Surau An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pendekkata, dalam situasi terkini skang ni, isu hudud Pas bukan lagi satu laba politik yg menguntungkan Pas mahupun Nik Aziz.

Isu hudud Pas dah jadi umpama boomerang yg dah terpantul teruk pada dahi Pas, jika UMNO pandai ambil peluang menerangkan kebenaran pastinya mahu makan tanah Pas dan Nik Aziz dalam PRU kelak.

Tambah pulak dgn polisi PR, Anwar Ibrahim dan Buku Jinggay yg terang-terangan menolak hukum hudud Pas sebagai prioriti asas perjuangan depa, maka kerja UMNO utk menerangkan pembohongan Pas pasal hudud ni patutnya jadi makin mudah andai kata bijak dimanfaatkan.

Tapi kalau UMNO hanya menyengat sekali sebulan saja dalam bab menyampaikan ceramah penerangan pada khalayak umum, sangap la jawabnya.

Stakat bergantung harap pada media massa dan blog serta facebook, liputannya belum menyeluruh pd semua golongan sasar, tapi kalau dibuat ceramah penerangan secara aktif di bantu dgn media massa serta tenaga maya internet, confirm kesan yg lebih dramatik & impak lebih buruk pada Pas dapat disaksikan next PRU nanti nuu.

Harap bermulanya 2012 dgn azam baru bahagian penerangan UMNO akan lebih aktif la nooo,… jangan duk goyang kaki lagi. Beberapa report culaan undi tu jangan duk bergantung sangat sebagai sandaran utk rilex sambil picit telor.

Untuk pastikan laporan culaan tu benar-benar menjadi realiti di kertas undi dan target minima 65% undi Melayu/Bumiputera terus maintain atau makin meningkat, 70% undi India terus kekal dan menaik sertai minima 40% undi kaum Cina tercapai jadi kenalah rajin-rajinkan diri memberi penerangan secara terbuka minima 2 kali seminggu di setiap DUN atau paling kurang sekali seminggu, dok gitu boh?

* Untuk ulasan lain pasal hudud Pas, klik sini, sini dan sini.

One thought on “Hudud Pas 1993 Vs Hudud 1986…

  1. UMNO BN DARI DULU SAMPAI SEKARANG SEMEMANGNYA TIDAK BERUBAH DISEMUA PERINGKAT PEMIKIRAN MEREKA DAN PANDANGAN MEREKA TERHADAP PERJUANGAN ISLAM, JAUH SEKALI UNTUK MEMENANGKAN ISLAM,KENYATAAN-KENYATAN YANG DIKELUARKAN OLEH PEMIMPIN UMNOBN KADANG-KADANG PELIK,CONTOH PEMIMPIN ISLAM UMNO BN TUN MAHATHIRE PERNAH KATA, NAK MAKAN SUP TANGAN PI KELANTAN,NABI TAK POTONG JANGGUT KERANA TAK DAK PISAU,MALAIKAT PUN BUAT SILAP,HUDUH PAS, PM KATA DIA TAK AKAN LAKSANAKANN HUDUD SELAGI MEMERINTAH,APABILA PEMIMPIN TERTINGGI SENDIRI UCAPKAN DEMIKIAN MACAM MANA PENERIMAAN ORANG BAWAHAN DAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM ITU SENDIRI,SESAT DAN MEYESATKAN,KALAU HUDUD YANG DI DERAF OLEH PAS TIDAK SESUAI,MANA DIA HUDUD UMNO,BANYAK PELUANG DAN PENDEKATAN KALAU UMNO BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH INGIN MENEGAKKAN ISLAM SEBAB SUDAH 50 TAHUN LEBIH MEMERINTAH.MASYARAKAT MAJMUK BUKAN PENGHALANG UNTUK KITA MELAKSANAKAN ISLAM,TAPI MALANGNYA PEMIMPIN UMNO BN ITU SENDIR TIDAK MENUNJUKKAN PERIBADI SEBAGAI PEMIMPIN ORANG ISLAM. ABU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s