Solat Berjemaah Umpama Perhimpunan Haram?…

Hari ni akan ada solat hajat & program munajat di Madrasah Salahiah Kanchut, Kedah sebagai salah satu usaha menyelamatkan Madrasah Salahiah dan tanah wakaf khas tersebut daripada menjadi mangsa kerakusan pihak berkepentingan duniawi.

Program Munajat Perdana yg akan bermula pada 12 tengahari nanti hingga jam 5 petang akan diisi dgn pelbagai program antaranya tazkirah dan ceramah.

Pada 28 Disember lepas, Ketua Dewan Pemuda Kawasan Alor Star telah membuat report polis dgn tujuan meminta pihak berkuasa menghalang Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salahiah (BBSMS) daripada meneruskan Munajat Perdana Madrasah Salahiah selain menuduh BBSMS telah menentang Sultan Kedah & Majlis Fatwa.

Laporan polis kerana tidak menghormati Majlis Fatwa yang dinaungi Tuanku Sultan

Alor Setar, 28 Dis – Pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Kanchut kerana menyifatkan tindak tanduk pertubuhan itu menganjurkan himpunan haram yang dicadangkan pada 31 Disember ini sebagai tidak menghormati Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Ketuanya, Mohd Azam Awang, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berikutan BBSMS akan mengadakan himpunan membantah harta wakaf (Bangunan Madrasah Salihiah) dialihwakaf dengan menghasut orang ramai menyertainya.

Berikut adalah kenyataan penuh laporan polis tersebut:

Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.

Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:

1)    Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.

2)    Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.

3)    Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato’ Mursyid Diraja Dato’ Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato’ Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato’ Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato’ Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.

4)    Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)  sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.

Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:

1)    Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.

2)    Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.

Sumber: WartaKedah

Sebetulnya tindakan terdesak Pas Kedah melalui pemimpinnya yg bernama Mohd Azam Awang ni boleh di kira satu tindakan amat luar tabie, adakah patut nak dihalangnya aktiviti munajat perdana dgn alasan ianya adalah perhimpunan haram.

Sejak bila Pas begitu ambil berat kesan buruk perhimpunan haram? Bukankah selama ini Pas adalah juara dalam bab mengadakan himpunan dan ceramah haram ka? Dunia dah terbalik ka?

Hakikatnya, program yg bakal di adakan hari ini oleh umat Islam yg menyayangi Rumah Allah s.w.t itu bukan saja telah mendapat permit malah pengisiannya langsung tidak menyamai perhimpunan haram Bershit 2.0 tempohari.

Berikut dipaparkan aktiviti yg akan dilangsungkan hari ni di Madrasah Salahiah.

PROGRAM MUNAJAT PERDANA “SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH”.

Tarikh: 31hb Disember 2011.
Hari: Sabtu
Masa: 12 Tengahari – 5 Petang.
Tempat: Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak, 05100 Alor Setar, Kedah.

Tentatif Program
1. Solat Zohor & Solat Hajat Berjemaah.
2. Tazkirah “Kemuliaan Berjihad” oleh Ustaz Fatul Bahri Mat Yahya.
3. Ceramah Khas oleh Yb. Zulkifli Nordin & Dr.Hassan Ali.
4. Jamuan Rakyat
5. Kempen Mengumpul Tanda Tangan Sebagai Sokongan Kepada Madrasah Salihiah.

*SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

BADAN BERTINDAK SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH.

Kan nampak di situ betapa luar tabienya rasukan dalam hati nurani pemimpin Pas hingga umat Islam yg di ajak utk solat zohor dan solat hajat berjemaah pun nak di halang. Gila betui.

Punyalah berbakul-bakul sumpah seranah dan tuduhan yg kononnya UMNO anti Islam dan zalim oleh balaci-balaci Pas, namun tak pernah lagi mana-mana pemimpin UMNO membuat laporan dan mendesak pihak polis supaya menghalang umat Islam daripada mengerjakan solat berjemaah di mana-mana tempat.

Tapi Pas sejak bersekedudukan dgn DAP dan PKR ni nampaknya dah terlampau advance dan maju ke depan bilamana meminta polis menghalang umat Islam daripada menunaikan solat secara berjemaah. Ni punya gaya, komunis pun kalah wei.

Sejak bila solat berjemaah ni di klasifikasikan sebagai perhimpunan haram? Fatwa baru ka?

Dan satu lagi sejak bila Pas reti menghormati dan mengikuti pandangan, nasihat dan fatwa Majlis Fatwa negeri dan Mufti?

Kenapa fatwa para Mufti & nasihat yg melarang aktiviti solat berasingan 2 imam di sesebuah masjid/ surau dalam satu mukim terutamanya di Terengganu tak pulak Pas ambil kisah ataupun berusaha menasihatkan pengikutnya supaya kembali bersatu dalam satu saf jemaah?

Kenapa nasihat Mufti Perak, Dato’ Harunsani semasa kekalutan di Perak 2 tahun lalu tak pulak Pas ambil kira sebagai pedoman?.

Kes Madrasah Salahiah bukannya satu kes utk merobohkan madrasah, surau atau masjid yg didirikan secara haram ataupun sementara yg separuh siap macam ‘masjid’ Bujal di Terengganu.

Madrasah Salahiah Kanchut ni dah lama hidup atas tanah wakaf khas selain turut mendapat kelulusan drpd MAIK, ia bukannya di dirikan di secara haram tanpa kelulusan ataupun di dirikan secara tergesa-gesa macam ‘masjid’ Bujal di Kemaman.

Dah 100 tahun lebih Rumah Allah s.w.t di Kanchut, Kedah ni berdiri sebagai pusat penyebaran ilmu dan menjadi tempat beribadat umat Islam sekitarnya malah walaupun premis sebelumnya telah diperbesarkan dgn bangunan baru seperti sekarang ini 4 tahun lalu, ia tetap kekal di tapak yg sama yakni di tanah wakaf khas utk masjid atau surau.

Kenapa bilamana 50 tahun UMNO dan BN memerintah Kedah madrasah ini boleh dikekalkan di tempat asal, tapi baru saja 3 tahun Pas memerintah tiba-tiba pulak keutamaan pusat membeli belah dan kondo menjadi lebih penting daripada Rumah Allah s.w.t ni?

Kot ye kalau pelahap sangat dgn kedudukan strategik tanah wakaf khas Madrasah Salahian ni, apasal hangpa puak Pas yg memerintah Kedah skang ni tak tergamak pulak utk meruntuhkan sama gereja dan kuil yg berada tidak jauh daripada area tu? Tak strategik ka?

Dulu Pas begitu beria-ia mempertahankan surau sementara dan ‘masjid’ segera separuh siap di Bujal yg didirikan tanpa tauliah, hari ni Rumah Allah s.w.t yg dah lama bertauliah dan dah lama berdiri di bumi Allah ni tak pulak depa pertahankan sebaliknya ada saja alasan utk menghalalkan dan mengutamakan kompleks membeli belah berbanding Rumah Allah s.w.t.

Oii bai, takde orang tolak pembangunan kalau kena caranya.

Masalah skang ni tanah tu tanah wakaf khas yg kalau nak jugak dan terdesak sangat utk di ambil alih mesti diganti dgn tanah lain kemudian premis madrasah tu di bina di tapak baru tu bukannya hangpa ganti madrasah lama dgn surau bawah kompleks membeli belah.

Ini tak, hangpa nak musnahkan sebuah madrasah dan ganti dgn surau bawah shopping kompleks.

Oi bai, skang ni setiap shopping kompleks dah memang patut ada semua kemudahan surau utk umat Islam, jadi kalau hangpa cerdik sepatutnya surau di kompleks tu pun dapat dan tapak baru gantian tanah wakaf khas tu pun di bina satu lagi madrasah baru tak jauh dari tapak lama dgn syarat mendapat persetujuan pemegang amanah tanah wakaf khas.

Aii, Pas.. Pas.. Kenapalah hangpa makin lama makin biol?

Tapi inilah realiti hari ni, Pas yg dah lama memperalatkan agama Islam sebagai umpan politik nampaknya kini makin jauh tersasar  terutama sekali semenjak berangkatkan abang besar DAP dan beridolakan bung Anwar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s