Menjelang Malam Tahun Baru…

Dah tak berapa lama lagi, dalam beberapa jam lagi malam tahun baru 2012 akan hadir dan tirai tahun 2011 akan dilabuhkan.

Actually aku baru saja melawat laman facebook kawan-kawan lama, salah sorangnya rakan pompuan yg pernah lalui sejarah hitam.

Teringat pasal kisah tragis dia yg dikongsikan time aku jadi kaunselor tak bertauliah utk dia dulu tu, jadi aku tulis entry ni hanya sekadar utk berkongsi pesanan terutama skali utk kebaikan rakan2 kita dari kalangan kaum hawa.

Skang dia dah berkeluarga. Suatu ketika dulu dia pernah jadi mangsa sang setan bernama jantan sebelum kemudiannya kaunselor yg tak bertauliah ni la yg berjaya membuat operasi menyelamat yg dah terlewat sebenarnya.

Mana tak lewatnya 2 tahun depa duk jadi umpama laki bini bai walaupun mulut si pompuan ni kalau bab cakap pasal Islam nombor wahid.

Bermulanya sejarah hitam dia tu pun dek kerana sambutan tahun baru, dan dia terbuka mulut utk bercerita kisah hidup dia pun selepas secara tak sengaja aku tegur pasal tetek & pinggulnya yg makin lama makin labuh (aku tegur secara joke aja la… mata keranjang jugak aku ni.. kui ki..ki..).

Ni terus terang cakap datang terus dari hati aku sebagai seorang lelaki sejati, hakiki dan sedikit gagap (kua..ka..ka)... pesanan dan nasihat ni mungkin akan membawa kebaikan utk hangpa.

Hangpa nak pi sambut malam tahun baru malam ni, pi la, takdak sapa larang, takdak sapa sekat. Tapi dlm duk seronok tengok percikan bunga api, dalam duk mamai dlm keriuhan ramai khalayak tu, takde salah rasanya utk hangpa pegang satu dua perkara dalam jiwa raga hangpa demi kebaikan sendiri.

1- Kalau dah ada plan nak keluar sambut malam tahun baru terutamanya, eloklah keluar dgn rakan-rakan yg diketahui tak begitu sosial atau liberal, bukan apa, kalau dlm satu kumpulan 5 anak gadis ada sorang mangkuk ayun kaki disko atau ‘pejuang kebebasan’, confirm baki 4 orang yg solehah boleh hanyut skali.

2- Andaikata keluar bersama boyfriend, lepas dah abis sambutan tahun baru tu, takyah la memandai-mandai nak hirup udara dinihari pi singgah kat mana-mana taman atau pub mahupun rumah tumpangan, kelak merana satu badan 9 bulan kemudian. Habis madu sepah kena buang kalau tak pun terpaksa bermalam di pejabat agama.

3- Takyah duk jadi gedik sangat nak menumpang kereta atau motor sesapa terutama skali jantan yg tak ketahuan, utk pengetahuan korang salah seorang rakan pompuan aku pernah hampir2 jadi mangsa rogol selepas berkenalan dgn mat kereta yg dia kenali pada malam tahun baru.

4- Kalau hangpa keluar beramai-ramai, berpasang-pasangan laki pompuan, time nak minum ayaq kotak ka, air dlm gelas ka, ayaq tin ka.. hati-hati skit terutama skali kalau pemberian rakan lelaki. Banyak cerita rakan2 aku time sekolah dulu dan ada jugak kes-kes yg terpapar dlm paper menceritakan banyak gadis jadi mangsa seks selepas minum ayaq pemberian kenalan lelaki.

5- Seboleh mungkin jangan di layan jantan Awang Hitam negro, mat Bangla ataupun orang asing yg cuba mengorat hangpa. Banyak trick depa, cukup-cukuplah ratusan anak gadis dan bini orang yg dah jadi bahan kenduri seks, tergadai maruah dan hilang harta benda tu. Mulut manis kot mana pun, batang kecil atau besar sekalipun, sedapnya hanya sekali dua pastu merana bertahun-tahun.

5 pesanan kat atas tu aku buat secara umum combine sedikit pesanan yg ada kaitan dgn sejarah hitam seorang rakan dan dicampur dgn pembacaan pasal pelbagai kes anak gadis dan pompuan cantik molek yg skang ni ramai jadi mangsa nafsu buas lelaki hidung belang.

Bukan tujuan nak tunjuk aku ni baik sangat, walau hakikatnya memang aku akui yg aku ni memang baik.. ka..ka.. (keterunaan aku mampu dipertahankan hinggalah akhirnya berjaya dirobekkan dek omrumah aku aja tau), tapi sebetulnya nasihat yg tak diundang ni hanya lebih kepada simpati pd nasib kaum hawa je.

Kot manapun, hangpa kaum pompuan kenalah selalu beringat tambah-tambah time sesekali nak enjoy berhibur bersama kekawan, baik lagu mana pun seorang lelaki namun selagi adanya perkataan jantan, hangpa tetap kena beringat jugak.

Akal lelaki ni ada yg tafsirkan kata ada 9 dan nafsu cuma satu, realitinya dek kerana nak memenuhi nafsu nan satu tu kelebihan akal tu kerap disalahgunakan utk kepuasan diri sendiri.

Pompuan pulak dikatakan memiliki 9 nafsu dan satu akal, dan kerana satu akal tu kalau pandai dimanfaatkan InsyaAllah mampu mengawal 9 nafsu.  (Ada pendapat yg mengatakan pompuan yg tak sunat kelentitnya paling gedik dan paling mudah main redah sampai tak ingat dunia, betui ka?)

Cuma peliknya kalau kita pi ushar di IPT majoriti yg pandai-pandai ni orang pompuan kot kalau pikir logik takkan ler disebabkan akal nan satu aja…, tapi ramai jugak yg pandai-pandai ni yg terjatuh longkang dek penangan mulut manis & kejantanan lelaki kaberet, dok gitu?

Apapun, takde keperluan pun utk hangpa follow nasihat aku ni sbb halatuju hidup hangpa hanya hangpa sendiri yg akan tentukan. Cuma kalau rasa ada kebaikan takde salahnya hangpa jadikan pedoman.

Ok la, itu aja la nasihat serba sedikit drpd bekas kaunselor tak bertauliah. Kebetulan pulak dlm Utusan hari ni ada sedikit pesanan yg lebih kurang sama bezanya tulisan tu datangnya dari orang pompuan sendiri, entry blog ni pulak mungkin boleh mewakili ketulusan hati para lelaki sejati macam aku.. kua..ka..ka.. Naik lif pincit sendiri daa..:)

Jangan beri ruang Malaysia jadi syurga si penipu

PROF. MADYA DR. RUSINAH SIRON
Kolej Pengajian Siswazah
UNITEN, Kampus Putrajaya, Bangi.

APABILA membuka sahaja setiap helaian surat khabar atau mendengar berita-berita daripada media eletronik, cerita yang tidak pernah tertinggal ialah cerita rakyat Malaysia kena tipu oleh rakyat asing.

Berita yang dipaparkan pada muka hadapan Mingguan Malaysia 18 Disember lalu menyatakan bagaimana seorang warga Afrika hidup mewah menjadi jutawan hasil daripada kegiatan menipu yang dilakukan terhadap ‘dermawan Malaysia’ yang ‘suka menderma tidak bertempat.’

Apabila kaki-kaki penipu ini balik ke negara asal mereka dan menguar-uarkan kehebatan mereka menipu dan jadi kaya kerana menipu, menjadikan sahabat-sahabat handai mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia untuk menjalankan kegiatan utama mereka iaitu ‘menipu.’

Sudah tertanam dalam kotak fikiran mereka bahawa Malaysia adalah ‘negara syurga’ bagi mereka yang menjadikan aktiviti menipu sebagai profesion utama mereka.

Bila fikir-fikirkan balik, sedih juga rasa hati dengan keadaan ini dengan memikirkan mengapa begitu mudah rakyat kita ditipu khususnya wanita.

Malah berita warga emas wanita kena tipu berjuta ringgit dan puluhan wanita ditipu secara maya dengan memasukkan duit belasan dan ribuan ringgit ke akaun warga asing yang menyamar, dalam hati sering tertanya-tanya ‘mengapakah semudah itu wanita Malaysia kena tipu.’

Tidak pernahkah terfikir oleh mereka akan risiko yang mereka hadapi kerana sikap ‘cepat terpesona dan terpana’ dengan warga asing tersebut hingga akhirnya mereka merana dan menderita tergadai body dan harta serta harga diri!

Pelbagai telahan, tekaan dan terjahan yang dibuat oleh pelbagai peringkat masyarakat mengenai mengapa wanita Malaysia mudah terperangkap dan diperangkap oleh warga asing dari Afrika, Indonesia, Bangladesh dan pelbagai negara lain.

Mengapa dan di mana silapnya? Saya sendiri juga tidak dapat membuat jangkaan dan tekaan yang tepat kerana hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang tahu melalui susah senangnya proses, kejadian dan kesudahan dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun untuk peringatan kepada anak-anak perempuan dan juga seluruh wanita Malaysia yang terkenal dengan personaliti yang cantik, cerdik, ceria dan cergas ini agar memegang nasihat dan panduan ini supaya tidak kena tipu atau menjadi mangsa pemerdagangan diri dan emosi oleh warga asing.

1. Jangan mengikut kata hati, nanti mati, selayaknya difikirkan dengan cukup mendalam oleh wanita Malaysia. Janganlah terlalu merasa ‘syok sendiri’ dengan godaan, manjaan dan belaian warga asing ini seperti warga Afrika yang dikatakan hebat dalam melayan kekasih.

Ingatlah! Warga asing yang hebat melayan teman wanitanya dengan layanan first class ini adalah ‘penipu world class‘, akhirnya maruah dan harta tergadai dan hidup hancur berderai!

2. Ukur baju dibadan sendiri, juga sesuai untuk renungan wanita Malaysia, kita mempunyai adat resam, sosio budaya dan agama yang perlu dijunjung dan dipelihara. Jadi janganlah menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara dengan bersekongkol, bersubahat dan bersahabat dengan warga asing kaki penipu ini.

Berwaspadalah dan carilah pasangan, sahabat, teman lelaki dari anak bangsa sendiri dengan restu dan reda ibu bapa.

3. Jangan sekali bermain api, kelak membakar diri, boleh menjadi ingatan dan teladan pada wanita Malaysia mengenai keganasan warga Afrika yang membunuh dan menyiksa anak teman wanita mereka, merompak, memukul dan merogol serta menipu yang banyak tersiar di akhbar dan pengakuan mangsa-mangsa.

Jangan main tutup mata dan berfikir ‘itu nasib mereka, mungkin nasib aku lebih baik kalau bersama warga Afrika ini’ dan dengan kata-kata inilah yang menjadikan mereka hidup sengsara dan terbakar dalam api neraka dunia.

Jadi, dengarlah nasihat dan jauhilah warga asing yang hanya menjadikan wanita Malaysia ini untuk hidup ‘menumpang dan menjadi dedalu kepada habitatnya.’

Kembalilah ke jalan hidup yang mempunyai landasan yang benar dan kukuh agar warga asing khususnya Afrika ini tidak lagi menipu anak bangsa kita. Jangan jadikan Malaysia negara ‘syurga bagi penipu’ dan ‘neraka bagi rakyat kita yang ditipu’! Rakyat Malaysia perlu hidup dengan aman sejahtera dan bermaruah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Akhir kalam, ni kita yg lelaki ni bila lagi nak buktikan kelelakian kita sebagai seorang pelindung kepada kaum hawa? Yg kaki pompuan dan bermulut buaya tu apa kata start hari ni mulakan hidup baru berubah menjadi baik, kot kalau bukan utk diri kita maybe utk kebaikan adik pompuan dan anak pompuan kita kelak.

Jangan memain ooo…, hari ni, semalam atau esok kita gah duk ‘makan’ & ‘kenduri’ anak orang entah-entah next time maybe adik pompuan atau anak pompuan kita pulak yg jadi bahan resepi makanan jantan lain kemudian hari. Orang kata hukum karma ka apa tu.

Semoga tahun 2012 membawa kebaikan utk kita semua terutama utk kaum hawa, moga-moga akan berkurangan la kes – kes yg tak seronok di baca dan di dengar.

 

* err,.. kuota aku ada lagi 3 ni, kalau ada anak gadis yg bergaji riban-riban, perwatakan menarik & cantik tapi ketandusan kasih sayang digalakkan menghubungi aku utk temuduga terbuka. (Bini aku baca ni kalau dia anggap serius temuduga ni mahunya malam ni miss soru aku.. ha..ha..).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s