Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke pangkal Jalan…

Malam tadi entah utk kali ke berapa aku hanyut dalam ‘kesesatan’. Dek kerana ‘jahiliah  & kesesatan’ itu menyebabkan aku menemui banyak ‘lorong-lorong kegelapan’.

‘Lorong kegelapan’ yg selama ini memang kerap aku temui semenjak 2, 3 tahun lampau, tapi malam tadi terasa macam makin banyak ‘lorong kegelapan’ baru yg menerjah kehidupan aku dan tentu sekali ramai yg lain di Selangor ni.

Entry kali ni aku nak berkongsi kelemahan aku yg amat kerap menyebabkan kehidupan aku berada dlm ‘kesesatan & jahiliah’.

Soalnya skang, ‘kesesatan & jahiliah’ yg lagu mana aku sedang alami semalam dan sebelum ini?

Jangan salah faham noo.. ni bukan kes tersesat pi geli-geli dengan chinadoll ataupun kes tersesat bermain pedang sama pedang dgn jantan jambu ataupun meneroka lorong kunyit pembancuh kopi.

Pendek kata kesesatan hidup disebabkan seks bebas atau penerokaan luar tabie tu bukannya sebahagian dari kehidupan aku. Keterunaan aku terjaga rapi hinggalah pecah teruna setelah di robek oleh isteri tercinta di malam pertama. Ha..ha..

Cerita ringkasnya begini, semalam sepatutnya aku bersua muka dgn beberapa rakan bloggers, namun dek kerana kelemahan aku yg amat-amat fail, jahil, naif dan kerap blur dlm memilih arah jalan menuju denstinasi yg sesekali di singgah menyebabkan aku tersesat hingga hampir mengelilingi satu bandaraya Shah Alam.

Itu ajalah ‘kesesatan & jahiliah’ yg aku nak cerita sebenarnya, takde kaitan dgn kesesatan kerana bermain sorong papan tarik papan hasil penerokaan tanah haram ataupun hidup secara jahiliah dgn bergelomang  dosa meneroka lorong kunyit macam si anugayrah tuhe tu.

Ikut janjinya aku patut dah ada kat kedai mamak di USJ Subang tepat jam 11 malam, tapi dek kerana keletihan balik kerja hampir 9mlm tambah pulak dah 3 hari bersekang mata ‘menilik’ komputer rosak, lepas saja makan & solat aku terlena hingga jam 11 lebih.

Elok aja terjaga dan teringat ada janji malam tadi  terus bersiap lebih kurang, maka pergilah aku meredah kegelapan malam.

Dek kerana masalah rabun di pakejkan skali dgn failure memory dan asyik blue screen saja bila sampai di jalan bersimpang, akhirnya membawa aku pi makan angin malam di atas flyover hingga sampai ke bangunan nstp dan menuju entah ke mana-mana, hinggalah tembus semula ke highway berhampiran tempat tinggal aku barulah dapat sampai ke pangkal jalan.

Ada la dekat sejam jugak duk makan angin keluar asap. Walhal kedai mamak tu bukannya jauh sangat, kalau betul ambil jalannya 10 minit atau 15 minit dah sampai.

Lastnya hanya dpt bertemu seketika saja dgn beberapa rakan lain yg masih ada tapi dah dlm proses nak angkat kaki.

Dapat la seketika bersembang kerana sorang kawan tu dengarnya urgent nak balik sbb nak settle ‘bayaq bil’ dgn bininya. ha..ha..

Panjang pulak cerita ni, walau sebenarnya aku cuma nak fokus pd lorong kegelapan saja sebetulnya. Hangpa layan aja la  skali skala nooo..

Ok sambung skit lagi fokus utama. Dlm perjalanan nak balik macam biasa la rutin harian aku bila sesekali hadir di tempat yg jarang di singgah, sambil memandu sambil makan langsat, sesat je memanjang.

Tapi dek kerana tersesat dan ‘jahiliah’ dgn selok belok jalan di tambah pulak dgn simpang yg bersimpang siur ni la aku menemui banyak lorong-lorong kegelapan.

Sana sini banyak sangat lampu jalan yg padam, besar kemungkinan lampu dah burn ataupun memang kerajaan Selangor ni ‘terlampau berjimat’ demi kebajikan kantung negeri.

Time lalu di highway kesas dan tersesat di highway plus takdelah pulak lorong kegelapan, masuk saja jalan-jalan negeri banyak yg gelap gelita hingga terpaksa guna lampu tinggi.

Dan paling menarik di beberapa roundabout dan persimpangan lampu isyarat aku ternampak beberapa iklan kecil tanpa lesen terpacak tepi jalan “adult toy” & “kekuatan untuk lelaki”. Orang lelaki dewasa pun main anak patung ka? Dah tentu bukan anak patung, yg aku faham tu mesti alatan seks special kot.

Ntah apa kerja majlis bandaran di Selangor ni hingga di biarkan saja iklan lagu tu elok terpampang, dah ler banyak lampu jalan tak di maintenance. Depa goyang telor saja ka kat opis tu atau beranggapan iklaneka alatan seks sebegitu adalah satu kebebasan mutlak utk semua ka?

Ataupun maybe dasar sana cerah sini gelap, situ bernyala sinun bergelap adalah salah agenda penjimatan ala ‘berkebajikan’, maka kita kena terimalah selagi hayat PR masih ada di Selangor.

Akhirnya selepas bergelomang dgn beberapa daerah kegelapan, sampai jugak aku ke jalan utama menuju ke rumah.

Cumanya dari jauh suasana yg selalu sangat bergelap di jalan tu kali ni hanya ternampak satu kelip lampu biru dari jauh.

Rupanya ada roadblock daa… Tapi nasib baik encik polis cuma tanya aku dari mana? Mungkin sebab jiwa raga aku dan penampilan aku yg sesuci embun pagi ni, jadi dia tak mintak pun lesen memandu. Kalau tak naya aku kena saman, dah 5 bulan lesen expired. (selasa nanti aku pi renew, confirm…)

Alang-alang dah nak sampai rumah, singgah skejap pi tapau nasik lemak di kedai mamak berdekatan. Itu pun terpaksa menempuhi beberapa lorong kegelapan. Pendek kata, kalau jalan straight tu ada 15 tiang lampu, 5 atau 6 tiang lampu di tengah tu akan bergelap bersilih ganti dgn satu jalan sambungan di hadapan yg bergelap di hujung jalan.

Tu fenomena biasa di area sini, gelap dan cerah yg mana kegelapan lebih banyak menyelubungi lorong-lorong perumahan dan jalan lain sejak 3 tahun lalu.

Macam biasa bila lewat dinihari baru sampai di area rumah, terpaksalah parking berhampiran tong sampah yg jaraknya sekitar 10 meter.

Malam tadi tak bernasib baik macam malam-malam sebelumnya sbb bau sampah menusuk kalbu, hingga terasa loya nak muntah maybe bau itu yg di hidu oleh chinadoll dlm cctv bersama popeyedoll tempohari yg menyebabkan chinadoll tu berlari ke bilik air.

Tapi pernah jugak time bernasib baik bau sampah tu tak menusuk sangat selepas depa mai angkut, cumanya kena tunggu seminggu sekali atau 2 minggu skali la depa angkut sementara tu depa biarkan sampah tu jadi bukit.

Bab kata nukilan orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jimat kos apa,.. tak gitu?

Time BN dulu hangpa takde peluang menikmati bauan semerbak lagu tu sbb kontraktor yg dilantik rajin collect sampah 2 kali seminggu, dulu zaman pembaziran agaknya, sampah belum bertimbun depa dah angkut.. zaman BN mana ada berkebajikan, gitu ko?

Apapun aku dah selamat kembali ‘ke pangkal jalan’ dan tak hanyut di ‘lorong-lorong kegelapan’. Malah aku yakin kawan kita yg urgent nak balik tu pun utk settle tunggakan ‘bil air’ dengan bininya tu rasanya dah settle kot urusannya. Mua..ka..ka..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s