Menjelang Lambaian Sungai Buloh…

9 Januari 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu lebih saja lagi. Pejam celik pejam celik akan sampai jugak detiknya tu.

Pada hari tu dijangkakan pihak mahkamah akan membuat keputusan samaada membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful Bukhari ataupun menghantar kembali Anwar ke  istana Sungai Buloh.

Kalau kita imbas semula perbicaraan yg mencatat rekod penangguhan paling banyak di Malaysia tu dek angkara pelbagai alasan remeh temeh ciptaan Anwar & peguam belanya, rasanya kita dah boleh agak ke mana perginya nanti Anwar selepas 9 Januari nanti.

Tapi keputusan muktamad hanya hakim & pihak mahkamah saja yg akan tentukan, kita hanya boleh agak-agak base pada liputan perbicaraan manakala pihak mahkamah buat keputusan dengan mengambil kira semua fakta, hujah, soal teknikal dan segala bukti sepanjang sesi bicara soal jawab berlangsung.

Pun gitu dalam duk kita menanti tarikh tu, tak pasal-pasal pulak ramai orang kampung di kubu (kubur?) Anwar yg awal-awal lagi angkat kaki lari meninggalkan bekas bos kesayangan depa tu.

Depa yg pergi meninggalkan Anwar dgn lambaian selamat tinggal tu bukan calang-calang orang, ramai kalangan depa bekas taksuban yg dah bertahun-tahun sehidup semati menyokong Anwar.

Bayangkan bila dalam satu kampung yg ada berpuluh-puluh buah keluarga di saat kemegahan Anwar sbg PM 16 September hanya tinggal 5 keluarga saja yg kekal menyokong UMNO.

Kini dah terbalik bila sebahagian besar depa beransur kembali utk bersama UMNO semula dan menyebabkan sisa-sisa pro Anwar di kampung tu hanya berbaki 8 family saja.

Silap gaya menjelang PRU 13 akhir tahun depan ni mahunya hanya satu dua keluarga saja yg masih duk memuja Anwar di kampung tu kalau takpun maybe depa terjun laut utk join dgn Pas.

130 ahli PKR Penanti sertai UMNO

BUKIT MERTAJAM 21 Dis. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Penanti menerima tamparan baru apabila 130 ahlinya bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai bekas Ketua PKR Cabang Tanah Liat, Abdul Wahab Abdul Rahman bersama 59 ahlinya serta 71 lagi ahli PKR dari Kampung Bukit Berangan yang diketuai Mohd. Nasir Yop.

Menurut Abdul Wahab, 71, dia mengambil keputusan itu kerana kecewa dengan perjuangan yang dibawa PKR.

“Perkara ini dah difikirkan lama dulu kerana tanpa sebarang alasan saya ditendang daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) Tanah Liat/ Simpang 3 Berapit dan Ketua Cawangan serta digantikan oleh orang lain.

“Hari ini saya mengambil keputusan untuk kembali kepada UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sendiri, Datuk Zainal Abidin Osman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di rumahnya di Tanah Liat di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Tambah Abdul Wahab yang menyertai PKR sejak ia ditubuhkan, dia dan ahli lain berjanji akan membantu UMNO merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti serta Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, suatu masa dahulu kampungnya adalah kubu kuat PKR malah hanya terdapat kurang lima rumah sahaja yang didiami ahli UMNO, namun kini semuanya berubah dengan kemasukan 71 ahli PKR ke dalam UMNO.

“Sekarang situasi sudah berubah kerana hanya tinggal kira-kira lapan keluarga sahaja yang masih menyokong PKR, sedangkan ramai yang lain kembali kepada UMNO yang lebih dipercayai untuk membantu orang Melayu.

“Datuk Dr. Mansor Othman sendiri sebagai ADUN Penanti dilihat gagal membela nasib penduduk malah tiada sebarang kemajuan yang dibawa ke kampung kami sejak sekian lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh harus membuka mata dengan kemasukan beramai-ramai anggota PKR ke dalam UMNO.

“Penduduk di Permatang Pauh sudah lama terabai kerana Anwar tidak banyak habiskan masa untuk rakyat di sini tetapi sering bergelut dengan masalah peribadinya menyebabkan rakyat menderita.

“Jadi, sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional diberi mandat semula oleh penduduk Permatang Pauh untuk menerajui Pulau Pinang,” katanya.

Jelasnya, arus penghijrahan ini akan berterusan dan lebih ramai dijangka akan kembali menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.

Sumber: Utusan Malaysia 

Kesian pulak kenang si Anwar ni, dlm duk detak detuk jantung berdebar, penyokong sendiri dah mula tawar hati utk terus memujanya.

Dah ler baru sehari dua lepas Brader Anwar Bin Ibrahim kita ni kantoi besar bila spin gasingnya pasal pinjaman Bank Dunia dilondehkan oleh Tun M.

Nasib hang la Nuar woiii… Itulah padahnya kalau kerap berbohong dan selalu sangat duk bermain kata-kata manis akhirnya penyokong di kubu sendiri pun dah cabut lari.

 

Tu hanya baru secebis kisah saja, menjelang beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2011 ni ada lagi yg akan mengucapkan salam perpisahan utk hang  nanti, sama-sama kita tunggu.

Rajin-rajinlah singgah rumah orang kampung hang di Permatang pauh tu sementara cahaya matahari 9 Januari 2012 belum  hadir, mana tahu kot lepas tu hang akan kempunan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s