Bank Dunia: Bangang Seorang Bernama Anwar…

Anwar dah masuk tahap menopaus, akal dah jadi sejemput hingga ingat-ingat lupa bahawa sepanjang 8 tahun dia jadi Menteri Kewangan ada 10 pinjaman yang dilakukan dengan Bank Dunia.

Anwar sudah lupa agaknya yg Malaysia dah berurusan dgn Bank Dunia sejak 1958 dan peranan Bank Dunia dengan Malaysia lebih kepada pinjaman utk projek pembangunan.

Jauh bezanya dengan dana bantuan kewangan menyelesaikan krisis matawang yang nak dihulur oleh IMF pada tahun 1997 & 1998 yg bersifat cekik darah.

Dana bantuan IMF bukannya bernilai 20 juta usd dolar atau 300 juta usd dolar bhai. Sebaliknya hanya main billion dollar usd utk setiap pakej bantuan.

Thailand misalnya terpaksa mintak bantuan IMF sejumlah 20 billion dollar dan Indonesia pulak dapat bantuan 23 billion usd dolar dari IMF.

Gila kentang betui Brader Anwar Bin Ibrahim ni. Pinjaman utk projek pembangunan oleh Bank Dunia dengan dana bantuan ekonomi oleh IMF pun tak reti nak beza.

Walaupun Bank Dunia pernah menasihatkan Malaysia supaya mengikut jejak langkah Thailand, Indonesia dan Filipina dengan memohon bantuan IMF utk menyelamatkan ekonomi negara daripada kesan serangan spekulator matawang time tu, namun Tun Mahathir langsung tak menghiraukan saranan tersebut.

Tahun krisis matawang pun Anwar dah lupa, dia pi cerita kata krisis matawang berlaku tahun 1999 sedangkan tahun 1999 tu masalah ekonomi angkara krisis matawang dah sampai penghujung yang tinggal lagi hanya kesan-kesannya saja yg memerlukan pemulihan berterusan.

Bukan 1999 la ngok, tahun yg betui krisis matawang melanda Asia Tenggara termasuk Malaysia ialah 1997 & 1998. Bodoh dan sia-sia jadi Menteri Kewangan lebih 8 tahun.

Nampak sangat otaknya dah tepu dan keliru. Tertekan sangat mamat ni takutkan hantu istana Sungai Buluh agaknya.

Sepanjang tahun 1999 kita hanya terlibat meminjam dengan Bank Dunia utk melaksanakan 3 projek pembangunan antaranya Education Sector Support Project, Social Sector Support Project & Year 2000 Technical Assistance Project  dan bukannya meminjam utk menyelesaikan krisis matawang.

Hampir kesemua 92 pinjaman dengan Bank Dunia sejak 1958 adalah utk pelbagai projek pembangunan, hangpa boleh check di link berikut (Bank Dunia) yg melibatkan pinjaman puluhan juta dolar usd hingga maksima 300 juta dolar usd bukannya puluhan billion dolar atau ratusan billion dolar usd macam yg ditawarkan oleh IMF.

Semasa krisis matawang 1997-1998, peranan IMF pulak umpama along yg cekik darah mengikat polisi kewangan negara peminjam yg mewajib polisi ketat IMF diikuti.

Jasa IMF utk Malaysia ada jugak sebenarnya bilamana Anwar Ibrahim sempat follow beberapa nasihat IMF termasuklah memaksa kenaikan kadar faedah pinjaman oleh bank tempatan dan memendekkan tempoh utk declare bankrap para peminjam daripada 6 bulan kepada 3 bulan hingga ramai orang Melayu dan Cina di isytihar sebagai muflis.

Nasib baik Tun Mahathir campurtangan melanggar nasihat IMF dan menolak bantuan IMF sebaliknya Tun Mahathir bertindak bijak dgn mengikat matawang Malaysia RM3.80 utk setiap 1 dolar USD.

Tapi spin yg cuba Anwar lakukan ni tentu saja di sambut gembira oleh balaci Pakatan Rosak yg muflis sejarah 13, 14 tahun lampau.

Kat bawah ni aku copy paste sedikit ulasan Blog AIDC utk tatapan sapa saja yg berminat utk memahami spin issue oleh Anwar.

Bukan Dr Mahathir, Tetapi Anwar Pinjam Bank Dunia

AIDCNews -20/12/11 – Pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberikan bukti yang diminta oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu surat rasmi yang membuktikan beliau memohon dengan Bank Dunia/IMF, sebaliknya hanya memberikan link dari laman Bank Dunia tersebut.

Dalam link tersebut hanya dinyatakan dana itu berpunca dari Bank Dunia dan bukannya IMF sepertimana yang didakwa oleh para penyokong Ketua Umum PKR itu.

Jika mahu diambil kira 3 jenis pinjaman Bank Dunia pada Mac 1999, bagaimana pula dengan lebih kurang 10 jenis pinjaman yang dilakukan oleh Malaysia pada tahun 1991 -1998 ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan ?

Anwar Pohon Pinjaman

Link yang diberikan oleh penyokong PKR menyebut tiga jenis pinjaman pada tahun 1999, bagaimana pula dengan pinjaman keempat pada 18 Jun 1998 ketika Anwar masih Menteri Kewangan ?

Pinjaman pada 18 Jun 1998 adalah untuk ‘Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan‘ berjumlah US$300 million berbanding dengan US$404 million untuk tiga jenis pinjaman; Malaysia: Education Sector Support Project, Malaysia: Social Sector Support Project dan Malaysia: Year 2000 Technical Assistance Project pada tahun 1999.

Seperti yang dijelaskan oleh laman web Bank Dunia, pinjaman pada 18 Jun 1998 diluluskan bertujuan untuk menyelesai masalah krisis ekonomi Asia yang turut melanda negara Malaysia.

“Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara yang paling teruk dilanda krisis kewangan Asia. Pada bulan Jun 1998, Bank Dunia meluluskan pinjaman pantas (approved a fast-disbursing) berjumlah AS $ 300 juta single-tranche Economic Recovery and Social Sector Loan (ERSL) untuk melindungi kumpulan-kumpulan yang lemah dalam masyarakat dan menyokong pembaharuan struktur dalam perbankan dan sektor korporat.

“Walau bagaimanapun, seperti krisis ini semakin meruncing, sokongan tambahan perlu. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan hakisan program sektor tertentu di Malaysia, Bank Dunia menyediakan satu set pinjaman untuk membantu kerajaan”, lapor bank itu.

Krisis ekonomi Asia bermula pada Julai 1997, namun Bank Dunia mengambil masa hampir setahun (12 bulan) untuk meluluskan pinjaman tersebut kepada Malaysia iaitu diluluskan pada Jun 1998.

Pinjaman 30 Mac 1999

Untuk tiga jenis pinjaman pada tahun 1999 hanya dinyatakan tarikh diluluskan pinjaman itu iaitu pada 30 Mac 1999 tetapi tidak dinyatakan tarikh permohonan pinjaman tersebut ?

Jika pinjaman yang dikategorikan sebagai ‘pinjaman segera/pantas’(approved a fast-disbursing) mengambil masa lebih kurang setahun, bagaimana pula 3 jenis pinjaman yang diluluskan Mac 1999 yang dianggap bukan keperluan segera ?

Adakah tidak boleh diandaikan 3 jenis pinjaman yang bukan berbentuk segera itu memerlukan masa sekurang-kurang dua hingga enam tahun untuk diluluskan ?

Jika memerlukan masa 2 hingga 6 tahun bermakna pemohon itu adalah Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga ke tarikh beliau dipecat pada 2 September 1998.

Jika penyokong Anwar memberi link tiga projek itu dengan hanya andaian (tanpa bukti surat rasmi) bahawa Dr Mahathir yang membuat pinjaman tersebut dengan andaian bekas Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan pada masa itu, bagaimana pula jika didakwa bahawa 3 pinjaman itu dibuat oleh Anwar semasa beliau menjawat Menteri Kewangan dan diluluskan ketika beliau dipecat daripada kerajaan ?

Maklumat dari laman web Bank Dunia menyebut; “(Sebanyak) AS $ 244 juta untuk Education Sector Support Project adalah untuk membantu persiapan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dalam sektor pendidikan yang objektif adalah untuk meluaskan akses dan ekuiti dalam pendidikan; menggalakkan kualiti dan kecemerlangan serta meningkatkan kecekapan sektor pengurusan”.

Jika kelulusan pinjaman itu menyokong Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), bilakah tahun yang ideal untuk membuat permohonan pinjaman tersebut ?

Bolehkah diandaikan tarikh permohonan pinjaman itu pada tahun sebelum 1996 dan diluluskan pada tahun 1999?

Surat Bank Dunia Kepada Anwar

Dalam worldbank.org mengandungi satu dokumen berbentuk PDF iaitu sepucuk surat dari Bank Dunia kepada Y.B. En. Anwar Ibrahim, Minister of Finance, The Treasury, Jalan Duta, 50592 Kuala Kumpur, Malaysia.

Untuk melihat surat tersebut, sila klik di bahagian Downloads, Complete Report, PDF, 2 pages Official Version.

Surat bertarikh 28 Oktober 1992 itu ditujukan kepada Anwar sebagai Menteri Kewangan dan bukannya kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dokumen itu menjelaskan bahawa Bank Dunia telah menulis surat kepada Anwar untuk memaklumkan surat perjanjian kelulusan pinjaman “Loan No. 3039 MA Sabah Land Settlement and Environmental Management Project
Amendment to Sections 3.02 (a) and (b) of the Loan Agreement”.

Jika Anwar boleh mempersoalkan terhadap tiga jenis pinjaman untuk kebajikan rakyat untuk pendidikan, sosial dan Y2K, maka rakyat juga perlu mempersoalkan kenapa Anwar semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan meminjam lebih dari 10 jenis pinjaman dari Bank Dunia dan salah satunya seperti yang terkandung dalam kandungan surat tersebut.

Dr Mahathir menyebut tentang penolakan pinjaman IMF ketika krisis ekonomi 1997/1998 seperti yang berlaku di Indonesia dan bukannya tentang pinjaman Bank Dunia.

Jika pinjaman Bank Dunia juga turut dipersoalkan, maka Anwar perlu menyalahkan diri sendiri kerana beliau semasa memegang jawatan Menteri Kewangan terlalu banyak bergantung kepada Bank Dunia hinggakan Bank Dunia mengikatnya dengan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia pada tahun 1997.

Malah, tiga pinjaman yang dibangkitkan Anwar itu telah selesai dibayar oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2001, 2002 dan 2004.

Jadi, apa isunya lagi, selain dendam dan berniat jahat mahu memburuk-burukkan Dr Mahathir..

3 thoughts on “Bank Dunia: Bangang Seorang Bernama Anwar…

  1. Pingback: Bank Dunia: Bangang Seorang Bernama Anwar… « Melayu Muda

  2. Memohon untuk pinjaman cepat dan mudah untuk membayar bil-bil dan untuk memulakan pembiayaan baru projek-projek anda pada kadar faedah yang paling murah sebanyak 3%. Sila hubungi kami hari ini melalui: eagleloanfinance@hotmail.com dengan jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai tawaran pinjaman minimum kami adalah 1,000.00 kepada mana-mana pilihan pinjaman amount.I pagi disahkan, berdaftar dan legit lender.You boleh menghubungi saya hari ini jika anda berminat untuk mendapatkan ini pinjaman, hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai proses pinjaman, proses seperti terma-terma dan syarat-syarat pinjaman dan bagaimana pinjaman akan dipindahkan kepada anda. Saya memerlukan jawapan mendesak anda jika anda berminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s