Mahasiswa Pro Pembangkang Main Api…

alt

Memang dah sampai tahap bangsat bebudak student pro pembangkang skang ni. Depa hanya fikir ikut kepala depa saja mentang-mentang kerajaan duk berlembut.

Keberanian buta tuli student bangsat pro pembangkang menurunkan bendera wajah PM, Dato’ Seri Najib di kubu UMNO sendiri dah boleh kira macam cacing naik ke mata.

Bendera Najib Razak Diturunkan Mahasiswa.

KUALA LUMPUR, 17 Dis —Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”.

Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

alt

Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib Razak.

Sumber: KLPos

UMNO & BN belum pernah mengajar penyokongnya mahupun student IPT yg menyokong kerajaan utk bertindak kurang ajar menceroboh premis parti lawan kemudian menurunkan poster pemimpin Pas, PKR atau DAP mahupun bendera depa yg berkibar di premis depa.

Sekarang ni yg berlaku segelintir mahasiswa yg pro pembangkang dah bertindak terlampau kurang ajar gara-gara terikut rentak maha celaka yg dipelopori oleh PR.

BN dan kerajaan mahu tidak mahu mesti lakukan sesuatu tindakbalas sesuai dgn tahap kurang ajar yg di lakukan oleh penyokong pembangkang tu.

Lebih dari itu, kerajaan & UMNO mesti bertindak tegas terhadap orang yg bertanggungjawab menjaga harta benda & maruah UMNO di PWTC.

Memang secara umumnya tindakan bodoh student pro pembangkang ni takkan menambah sokongan khalayak kepada PR, namun kita kena akui tak mustahil tindakan tak beradab ni boleh menyemarakkan semangat gila babi dalam jiwa penganut Pas, pembebal PKR serta dikalangan student pro PR pasif yg lain.

Kerajaan kalau masih berlembut lagi, aku rasa baik semua menteri potong anu masing2 simpan dalam botol.

Mana pi Pemuda UMNO? Mana pi pengawal keselamatan yg jaga PWTC? Hangpa tidur goyang telur saja kah?

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Saifuddin Abdullah yg kononnya nak bawak politik gaya baru boleh berambus dgn gaya politik haprak tu. Method hang yg mencari populariti di kalangan student tu hanya laku dikalangan segelintir mahasiswa yg tandus idea dan kerdil jiwanya saja.

Semua orang maklum segelintir mahasiswa kerap hanyut dlm idealisme tinggi mencecah langit walhal hakikatn realitinya sikap, kemampuan & pemikiran jauh lebih haprak daripada lanun.

Kalau dah lagu tu kurang ajar tak reti nak hormat pemimpin negara sendiri, masuk rumah orang kemudian memandai menurunkan bendera orang sesuaka hati, hangpa rasa layak ka utk angkat mahasiswa yg haprak ni sebagai pemimpin masa depan?

Ratusan ribu mahasiswa boleh berfikir waras dan tahu adab sopan, tapi dek kerana segelintir mahasiswa haprak yg pro pembangkang ni menyebabkan busuknya merebak ke serata alam.

Kot manapun dah cukuplah tempoh masa utk kerajaan berlembut dgn segelintir pelajat IPT yg besar kepala ni. Ada segelintir haprak celaka bila kita berlembut dan membuka ruang depa tak faham bahasa terus memikirkan bahawa kita lemah dan mudah diperkotak katikkan.

Dengan golongan biadap macam tu takde gunanya kita guna pendekatan lembut, ada kalanya mesti bertegas dan keras supaya boleh mengajar depa yg kurang ajar tu kembali memanfaatkan erti menikmati zaman manis sebagai student IPT demi masa depan yg baik.

Masalahnya skang, kerajaan aku tak fikir akan ambil tindakan keras sementelah lagi dgn pembawaan Najib yg lebih gemar menggunakan pendekatan umpama ayah berhadapan dgn anak. Tapi, Najib perlu ingat, anak sendiri kalau dah melampau kurang ajar kalau kita masih berlembut silap gaya nanti si anak tu pijak pulak kepala kita nanti.

Better bertindaklah segera, bersihkan dulu UMNO & BN drpd segelintir aparat politik yg berjiwa Anwarisme kemudian di masa yg sama bertegaslah dgn gerombolan najis yg mencemarkan nama mahasiswa.

Jangan tunggu lama utk bertindak, menjelang 9 Januari nanti entah-entah lebih banyak gejala kurang ajar mungkin berlaku kalau skang Najib & kerajaan gagal bertindak tegas.

One thought on “Mahasiswa Pro Pembangkang Main Api…

  1. Sayang, student rasa dirinya sangat bijak, baru masuk u rasa banga, tak tau dirinya dipebodohkan. Ini lah melayu, mane ada student sayang2, orang kampong pun tak seperti mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s