Anaknya Termengandung Kerana UMNO?…

Sebutlah apa saja kesalahan, apa saja masalah… pastimya nama UMNO tak lepas daripada zikir harian penyokong & pemimpin Pas.

Hatta kalau ada sekor dua kucing peliharaan pemimpin Pas mati dek kerana di langgar jentolak, sure punya mangsa pertama yg akan dikutuk oleh Pas ialah UMNO.

Lepas tu bertebaranlah seluruh jagat raya, teori konspirasi itu ini. Lagi sensasi sesuatu kes maka lagi laju teori konspirasi yg dikaitkan dgn UMNO akan meniti dari mulut ke mulut penyokong & pemimpin Pas.

Sebab tu aku tak pelik, jikalau satu hari nanti pecah satu cerita memalukan mana-mana pemimpin atau penyokong Pas, tatkala buncitnya perut anak depa dek kerana menggatal dgn jantan Awang Hitam, teori pertama yg depa akan hamburkan ialah si polan UMNO tu punya kerja si polan UMNO ini punya penangan.

Bukankah kerja menyapu sampah ke bawah karpet di samping menjadikan UMNO sebagai kambing hitam sudah sebati dlm jiwa Pas sejak 60 tahun lalu, jadi bilamana kemelut Hassan Ali yg melanda Pas hari ni begitu merentak jiwa ramai penyokong Pas maka takdelah peliknya bila UMNO dijadikan punca masalah.

Pas takut bayang-bayang sendiri

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Tindakan Pas mengheret UMNO dan menuduh Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda parti Melayu terbesar itu jelas menunjukkan parti itu takut kepada bayang-bayang mereka sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, segelintir pemimpin Pas kini semakin terdesak untuk menjaga kepentingan masing-masing dalam parti dan sewenang-wenangnya menuding jari ke arah pihak lain.

“Seperti sebelum-sebelum ini, Pas terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam pada setiap masalah yang menimpa mereka. Mereka terlalu takut untuk menggalas tanggungjawab selesaikan masalah sendiri.

“Dalam hal Hasan dan Nasharudin ini, kedua-dua secara jujurnya menyuarakan pendirian mereka. Adakah setiap kali terdapat pemimpin jujur, berfikiran terbuka dan tak amalkan politik sempit, golongan itu terperangkap dengan UMNO?

“Saya jelaskan di sini, UMNO tidak ada kena-mengena berkaitan perkara ini. Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Pemuda Pas (Nasrudin Hassan) yang menyokong Hasan? Terperangkapkah mereka dengan UMNO?” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kononnya kedua-dua Hasan dan Nasharudin telah terheret dengan agenda UMNO yang sedikit-sebanyak boleh melemahkan parti tersebut.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyarankan semua umat Islam yang selama ini terperangkap dengan agenda Pas supaya sedar daripada permainan parti tersebut yang menggunakan agama demi kepentingan politik semata-mata.

“Kepada Pas, janganlah membuta tuli mengikut telunjuk DAP yang sudah menjadi ‘taukeh baru’ mereka. Secara jelas, tindakan tersebut menukar kiblat politik mereka kini, semuanya berpunca daripada DAP,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Gitulah Pas, siang malam asyik duk mengata pada UMNO & BN.

Mentaliti kebanyakkan penyokong & pemimpin Pas pun bukan kita tak tahu telah di set kan utk melihat UMNO sebagai target & musuh.

Siang dan malam depa di latih utk melihat UMNO dari kacamata seekor setan kemudian melihat permasalahan dalaman Pas dari konteks seekor katak bawah tempurung.

Lagi pulak kewujudan Pas atas dunia ni pendek kata hanya utk buat 2 perkara saja, check kain UMNO hingga Pas lupa repair kain sendiri yg koyak rabak kemudian apabla pecah banyak perkara yg busuk pasal Pas semuanya di tala pada UMNO termasuklah kalau pemimpinnya terkentut time solat, UMNO jugak yg salah.

60 tahun Pas hidup atas muka bumi ni memang terbukti strategik tersebut berjaya mengurangkan penghijrahan keluar penyokong & pemimpin Pas, depa dah selesa hidup dlm denial syndrome dan menjadi katak bawah tempurung.

Soalnya sekarang, bila Pas nak belajar jadi cerdik & berhenti jadi bebal?… Jangan harap & jangan berangan.

2 thoughts on “Anaknya Termengandung Kerana UMNO?…

  1. bagus le mcm tu…boleh di jadikan bahan lawak jenaka paling popular di abad ini…..ha..ha…..dari situ kita akan dpt menilai setakat mana level intelektual ahlul bahlol PAS ni??? hanya yg balol tahap keldai jer yg sokong PAS ni!!!!

  2. Seorang politikus yang rasional tetap dengan prinsip dan minda intelek tampa kokongan dan tekanan dalam memberi pandangan dan pegangan. dalam perkara yang benar.

    Politik acuan hanya akan mengeluarkan manusia tampa pendirian dimana hala tujunya mudah dikemudikan oleh orang lain…walahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s