2 Imam Satu Masjid Masih Berlaku…

Masalah perpecahan jemaah anak mukim dek kerana masalah perbezaan pandangan politik belum lagi settle.

Dah berlarutan sejak zaman arwah Asri Muda sebagai Presiden Pas membawa ke hari ini.

Semuanya gara-gara ‘fatwa’ songsang Pas yg mendakwa kerjasama UMNO dgn MCA & MIC sebagai jatuh kafir pada orang Islam yg menyokong kerjasama tersebut.

Walaupun skang ni Pas dah jilat semula kahak hijau tu pabila depa bertemu mata dan bermadu kasih dgn DAP, tapi ia tak mematikan ‘fatwa’ kafir tu bilamana ‘fatwa’ tu di upgrade pulak kepada ‘penolakan’ UMNO terhadap hudud Pas.

Bila perkara tentang hudud Pas tu tak merata sifatnya dlm ‘mengkafirkan’ UMNO, depa jadikan pulak perlembagaan negara sebagai punca jatuh kafir jika menyokong UMNO atau berimamkan imam tauliah kerajaan BN.

Di Terengganu skang dilaporkan masih ada 11 masjid yg mana ada segelintir jemaahnya tak mahu ikut solat di belakang imam yg ditauliahkan oleh kerajaan BN.

11 masjid di Terengganu solat dua imam – JHEAT

KUALA TERENGGANU 16 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.

Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.

”JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.

”Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya kepada pemberita, di sini.

Hari ini, Sultan Mizan melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.

Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

“Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita,” katanya.

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.

Masalah 2 imam ni sebenarnya dah settle skejap waktu Hadi Awang dan Pas menguasai Terengganu pada 1999 – 2004 bila perlantikan imam ditauliahkan oleh kerajaan negeri Pas.

Time tu anak kariah yg pro UMNO takde masalah utk solat berimamkan tok imam tauliah oleh kerajaan negeri Pas walaupun saban malam di provok dgn ceramah anti UMNO.

Tapi bila UMNO ambil alih semula negeri tu, sikap toleransi penyokong UMNO tak dijadikan ikutan sebaliknya penyokong Pas kembali menghidupkan semula perpecahan anak mukim.

Menda ni nak di hapuskan selamanya di Malaysia ni agak sukar selagi  mentaliti pemimpin Pas masih suka menafikan kewujudan masalah dan lebih gemar bermain politik kepartian dalam masjid dan surau.

Kebanyakkan masalah ni pulak dicetuskan oleh pengikut tua dlm Pas yg masih terpesona dgn lagu kafir mengkafir zaman 60-an, 70-an dan 80-an yg kemudian diupgradekan ‘fatwa’ya dgn isu hudud, perlembagaan negara dan sebagainya.

Zaman skang ni biasanya tak ramai pengikut Pas dari golongan muda yg terpesona dgn ‘fatwa’ songsang tu utk dijadikan alasan bagi mengadakan 2 imam dlm satu rumah Allah, tapi depa ramai jugak yg terpengaruh beranggapan UMNO ni bersifat sekular dan kafir. (DAP yg sosialis dan PKR yg plural maha liberal tu depa terima pulak nooo)

Walaupun politik siasah tu sebahagian drpd Islam, hakikatnya politik kepartian yg merobek kesatuan umat yg diseludup masuk ke rumah Allah s.w.t tu pulak bukannya secuit daripada tuntutan Islam.

Lebih 1400 tahun Islam hidup di muka bumi tanpa kewujudan Pas, hanya 60 tahun mendatang ni saja Pas baru wujud utk mengaku dirinya sebagai Islamik mengalahkan orang lain.

Islam menganjurkan perpaduan umat tapi Pas di negeri Presidennya sendiri gagal menonjolkan perpaduan dan fail membimbing anak buahnya sendiri utk mengikut acuan Islam.

Lagi Pas masih nak berangan nak memerintah 16 juta lebih orang Islam di Malaysia?

Lu fikir la sendiri, kalau masih nak angkat Pas sebagai pejuang Islam sejati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s