‘Cerdik’ Seorang Pemimpin…

Ada pepatah menyebut “cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh di ajar” yg menggambarkan tahap mentaliti seseorang yg cerdiknya langsung tak bawak faedah.

Biasanya pepatah ni sesuai utk seseorang yg suka menunjuk-nunjuk hingga akhirnya kelihatan terlebih bodoh dari resam biasa.

Gitulah yg terpapar dalam gambar di bawah. Aksi luar tabie seorang pemimpin pujaan totok Pas yg beria-ia menonjolkan sikapnya yg mahu digambarkan sebagai berjiwa rakyat & gemar bekerja, alih-alih malu yg dapat dek kebodohan sendiri.

Jika sekali imbas, laporan di bawah menunjukkan Rayer adalah seorang wakil rakyat yang ‘selalu turun padang’ dan ‘sering’ bergotong royong untuk mencegah jangkitan denggi.

Tetapi ada satu perkara yang amat kelakar dan pasti memalukan ADUN hingusan DAP itu!! Lihat foto di bawah :-


Tagline foto itu menunjukkan bahawa ‘Rayer sedang menyembur tayar-tayar buangan yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk!’ Anda nampakkah sesuatu yang pelik lagi bodoh?

Apabila MiM tunjukkan foto itu kepada seorang pelajar sekolah tingkatan

3, pelajar itu tergelak!

Katanya, “Kalau dah tahu itu tayar buangan, kenapa tak buang saja tayar itu? Buat apa mahu sembur-sembur lagi?”

MiM ketawa besar. Budak sekolah pun tahu yang Rayer itu telah memperbodoh-bodohkan diri beliau dengan ‘menyembur tayar buangan’!
Sumber: Pisau.Net & Dr.MiM

Ada ka patut duk pi sembur tayar buangan sedangkan kaedah yg standard di amalkan ialah buang air bertakung dlm tayar tu.

Dah namanya tempat yg bertakung air menjadi tempat favourite pembiakan jentik-jentik, jadi jalan penyelesaiannya buang aja air dan alihkan tayar tu ke tempat yg terlindung drpd hujan, baru la betui.

Atau kalau rasa nak simpan jugak tayar tu di tempat sama utk memudahkan anjing & khinzir pi kencing, boleh jugak pi letak pembunuh nyamuk jenis abate ke dalam tayar tu bertujuan utk menghalang pembiakan nyamuk.

Tapi takpelah, maybe YB DAP pujaan Pas tu dah kemaruk sangat nak tunjuk dia buat kerja, meh aku tolong bagi beberapa tips utk mencegah demam denggi.

  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu
  • Buangkan air & basuh alas pasu bunga
  • Tutup atau terbalikkan bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) ke dalamnya
  • Buang air dari tayar terbuang dan letak di tempat terlindung dari hujan atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalamnya, atau lubangkan tayar itu jika perlu
  • Jika Pam Tandas rosak, baiki segera atau tutup dengan rapat, atau campurkan bahan pembunuh jentik-jentik (abate) di dalamnya
  • Bersihkan longkang daripada sampah sarap, jika perlu letakkan sekali pembunuh jentik-jentik (abate) ke dalamnya.
  • Cuci kolah air setiap minggu dan letakkan pembunuh jentik-jentik

Kalau hangpa pi tilik gambar tu bebetul ada lagi kantoinya. Rajin sungguh si Rayer tu pi bergotong royong dgn berpakaian rasmi pejabat. Kui..kui..kui..

Macam-macam orang nak carik glamour ni.

 

* Harap takdelah pengikut Pas yg ‘cerdiknya’ berganda drpd si Rayer ni yg pi buat contoh aksi Rayer yg luar tabie ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s