Nik Aziz Tertekan & Keletihan…

Kesian Nik Aziz, tertekan berbenor gamaknya dgn isu ‘penabalan’ beliau sebagai ‘nabi’ oleh ostaz budak terencat.

Mana taknya, dalam duk pening kepala dgn perebutan jawatan MB oleh 3 kelompok berlainan dlm Pas Kelantan, skang timbul pulak ostaz terencat yg memandai pi declare dia sebagai ‘nabi’.

Jenuh Pok Nik duk bersilat mulut sampai terpeleot lidah, tai chi sana kungfu sini alih-alih dah tak larat sangat nak menjawab, senang cerita guna alasan keletihan sajalah sambil berharap isu ni akan pudar & dilupakan.

Letih, letih – Nik Aziz

KOTA BHARU 7 Dis. – Usaha pihak wartawan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung ceramah Shamsul Zaman Sukri yang menyamakannya dengan nabi, gagal, apabila Musyidul Am Pas itu memberi alasan keletihan dan terus beredar selepas merasmikan satu majlis.

“Letih, letih,” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz enggan bertanggungjawab terhadap isu tersebut dengan alasan ia ditimbulkan oleh orang lain.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mendesak Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan tidak ‘lepas tangan’ kerana perkara yang dibangkitkan oleh Shamsul Zaman membabitkan soal akidah.

Sekumpulan penduduk kampung dari daerah Pasir Mas juga tampil ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk menyerahkan salinan rakaman ceramah pendakwah terbabit bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Sumber: Utusan Malaysia

Tapi dlm keadaan Pok Nik dah keletihan dan kian hilang buah silat utk tujuan damage control tu, masih ada jugak balaci Pas yg bebal cuba defend ostaz budak dgn menggunakan alasan “itu bahasa kelate, itu dialek kelate, itu loghat Kelate jadi maksudnya mungkin lain”…

Ptuii…, aku ludah 10 kali ataih dahi sapa-sapa penyokong pas yg masih nak tegak benang basah guna alasan budus tu.

Takyah guna alasan pasal loghat kelate la bai, alasan tu hanya sesuai utk bebudak taska Pasti & orang tua yg terencat & spastik saja.

Meh aku tolong translate loghat Kelate tu utk balaci & pencacai Pas yg pekak badak tapi teringin benor nak guna alasan tu sebagai usaha terakhir utk menghalalkan tafsiran menyimpang ostaz budak tu.

Video kat bawah ni merupakan rakaman yg panjang tanpa suntingan atau edit, ada kat youtube dan ada jugak di portal detikperubahan.com.

 

Transkrip yg aku sertakan ni akan start dari minit 5.57 hingga 6.51 utk video di atas. Fokuskan pada minit 6.03 hingga 6.35 utk isu berkaitan ulama & Nik Aziz adalah Nabi.

Trasnkrip dlm loghat Kelate ni aku tulis base pd video tu kemudian aku tolong translate ke dlm bahasa standard utk memudahkan bebalan Pas faham & kembali menjadi waras.

Transkrip Video (Loghat/Dialek Kelate)

“Tu nabi. Pah kito toksir berime pado nabi lagi atas dunio, takdok lo la kito ni.

Nabi-nabi ni ore alim. Ore alim ulamok tu nabi la. Tapi kalu kito kato tok guru Nik Aziz tu nabi, ore kata sesat pulok ambo. Ore kato, ooo… sesat, Ustaz Budak kata tok guru Nik Aziz Nabi.

Sebenarnya ore alim tu nabi doh. Kerana nabi royat… (membaca hadis)…, hadis ambo baca tadi. Al-ulama’ warasatul anbiya, ulamok-ulamok tu waris nabi doh, maknanya kalu takdok nabi, dia tu nabi doh la.

Tapi ore lo nie tak pehe, dia kato tok guru sesat, tok guru komunis, tok guru jahat. Yaa mung sendiri tok jahat? Mung sendiri lebih pado jahat, bunoh ore lagi, curi duit ore lagi,.. dok?

Bini sendiri telekong tok pakai, rambut tu srupo krabu sare tubik dale tb. Rambut tu gak Allah, muko ni belemin, iiee… geli geleme tengok”.

+++

Terjemahan (Bahasa Melayu)

“Itu nabi. Habis tu kita tak nak beriman kepada nabi lagi atas dunia, tiada guna la kita ni.

Nabi-nabi ni orang alim. Orang alim ulama itu adalah nabi la. Tapi kalau kita kata tok guru Nik aziz itu adalah nabi, orang akan kata sesat pula saya ni. Orang kata, ooo… sesat, Ustaz Budak kata tok guru Nik Aziz adalah nabi.

Sebenarnya, orang alim tu adalah nabi. Kerana nabi kata… (membaca hadis)…, hadis yang saya bacakan tadi. Al-ulama’ warasatul anbiya, ulama-ulama itu adalah pewaris nabi, maknanya kalau tiada nabi, dia tu adalah nabi la.

Tapi orang sekarang tidak faham, dia kata tok guru sesat, tok guru komunis, tok guru jahat. Yang kamu sendiri tu tak jahat? Kamu sendiri lebih daripada jahat, bunuh orang, curi duit orang lagi,.. bukan?

Bini sendiri telekung (tudung) tak pakai, rambut tu serupa kerabu sarang (makanan) keluar dalam tv. Rambut tu ya Allah, muka ni berlemin (berminyak), iee… geli geleman tengok (melihatnya)”.

Dah jelas clear macam kristal, malah sebetulnya tak perlu pun utk aku terjemahkan loghat Kelate tu sebab semua dah memahami yg ostaz budak tu memang bermaksud mengatakan bahawa Nik Aziz yg dia anggap sbg tok guru dan ulama tu adalah umpama seorang nabi.

Fahaman ostaz budak nyata karut & jauh menyimpang drpd maksud sebenar hadis berkaitan ‘ulama adalah pewaris nabi’.

Hatta dlm khutbah terakhir Rasulullah s.a.w beberapa bulan sebelum baginda wafat, telah di tegaskan tiada lagi nabi dan rasul baru selepas baginda.

Malah tafsiran yg disepakati oleh semua ulama dulu hingga kini kekal sependapat bahawa para ulama hanyalah pewaris nabi dalam konteks mewarisi ilmu yg ditinggalkan oleh Nabi selain bertanggungjawab menyebarkan tugas dakwah.

Manakala sifat maksum, mukjizat & kelebihan yg ada pada nabi & rasul pula sama sekali tidak diwariskan kepada sesapa pun, tak kira ulama yg benar mahupun ulama jadi-jadian.

Sekalipun Nik Aziz berjaya diprojekkan imej buatan oleh Pas sebagai ‘ulama agung & tok guru’, tapi dah termaktub sejak azali bahawa realitinya dia juga adalah manusia biasa yg ada banyak cacat cela dan kelemahan.

Hakikatnya jenama ‘ulama & tok guru’ tu hanyalah tempelan politiking Pas saja sesuai dgn strategik Pas sejak sekian lama yg menggunakan agama & imej keIslaman sbg umpan politik kepartian.

Padah dek kerana terlampau desperate mengejar kepentingan kepartian dgn memperalatkan imej warak yg konon bertaraf ulama, akhirnya skang membuahkan hasil pendewaan yg tak jauh beza ala-ala ayah pin & abuya al arqam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s