Slogan Kebajikan Tapi Cekik Darah Bumiputera…

Beria-ia Pas & PR melaungkan slogan negeri berkebajikan di Selangor terutamanya hinggakan tiap kali tibanya khutbah Jumaat slogan negeri berkebajikan pun diselitkan sama.

Walhal hakikatnya slogan hanya tinggal slogan, sama seperti slogan kepimpinan ulama dan membangun bersama Islam yang kini sudah di tong sampahkan.

Kerja buat slogan paling mudah, senang dan enteng. Sebab tu ajalah kemampuan Pas dan PR.

Sedangkan untuk takbir negeri slogan tu hanyalah kulit tempelan yang kalau gagal di aplikasikan di dunia realiti akan jadi sama macam seorang manusia yang berpewatakan warak di siang hari tapi di malamnya pula sibuk berdisko dut dut bersama gro.

Semalam, sekitar 100 orang peniaga & penyewa premis kompleks PKNS dah mula naik angin bilamana kerajaan negeri Selangor yang ala-ala kebajikan kononnya tu, tiba-tiba hantar notis untuk naikkan sewa sehingga lebih 70%.

Update: Sumber photo daripada AAKJ.COM

Zaman BN memerintah Selangor kenaikan sewa hanya berlaku pada kadar 5% hingga 10% bagi setiap 3 tahun dengan syarat mesti ada penambahbaikan kemudahan di kompleks berkenaan.

Tapi di zaman negeri berkebajikan ala PR dan Pas,  sewa akan naik mencanak melebihi 70%.

Agaknya inilah gaya kebajikan alaf baru, cekik darah rakyat marhaen utk jaga kebajikan orang atas yang hanya tahu berslogan siang malam di atas pentas ceramah tapi fail dalam bab praktikalnya.

Update: Sumber dicedok dari AAKJ.COM

Persatuan peniaga fail injunksi halang PKNS naikkan kadar sewa

SHAH ALAM 6 Dis. – Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang akan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Yang Dipertua persatuan berkenaan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan tuntutan bagi pihak penyewa Kompleks PKNS di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.

Kira-kira 100 peniaga dan penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam hadir mengiringi Amran dan peguam Kamarudin Ahmad.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 9 November lalu, PKNS tanpa sebarang perbincangan telah memberi notis dalam tempoh dua hingga tujuh hari kepada penyewa untuk menaikkan kadar sewa sebanyak 70 hingga 100 peratus.

Plaintif mendakwa, PKNS tidak menjalankan sebarang kerja menambah baik kemudahan di kompleks itu sebagai prasyarat untuk mewajarkan kenaikan kadar sewa premis perniagaan.

Berikutan tindakan defendan itu, plaintif mendakwa telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semula keputusan PKNS menaikkan sewa.

Persatuan itu mendakwa, secara dasar penyewa serta peniaga bersetuju dengan kenaikan munasabah iaitu pada kadar lima ke 10 peratus setiap tiga tahun dan kenaikan itu hanya dikuatkuasakan setelah Kompleks PKNS dinaik taraf secara berperingkat.

Seterusnya, plaintif mendakwa pada September lalu, PKNS telah mengumumkan bahawa Kompleks PKNS akan dipindah milik kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) di mana sebagai balasannya defendan akan mendapat RM160 juta dan unit saham RM110 juta selain Kompleks PKNS akan disewa balik melalui suatu pajakan selama 12 tahun.

Bagaimanapun, plaintif difahamkan cadangan pindah milik itu dibatalkan. – Bernama

Persatuan berkenaan mendakwa, rayuan terhadap kadar kenaikan sehingga 100 peratus itu tidak mendapat jawapan yang memuaskan dan tindakan defendan amat memprejudis peniaga kompleks PKNS kerana notis bantahan kadar sewa baru diberikan dalam tempoh yang singkat tanpa mengambil kira persediaan yang perlu dibuat oleh penyewa bagi membayar perbezaan cagaran sewa.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa kenaikan kadar sewa daripada 70 hingga 100 peratus oleh PKNS terhadap penyewa atau perniaga Kompleks PKNS Shah Alam melanggar amalan komersial penyewaan premis perniagaan serta tidak sah dan terbatal.

Persatuan itu seterusnya memohon deklarasi bahawa cadangan PKNS untuk memindahkan Kompleks PKNS kepada badan ABREIT melanggar tujuan PKNS ditubuhkan iaitu membangunkan peniaga-peniaga kecil.

Plaintif turut memohon injunksi menghalang PKNS daripada mengganggu atau menghalang peniaga atau penyewa di kompleks itu meneruskan perniagaan mereka atas kadar sewa yang sama, selain ganti rugi, kos dan lain-lain perintah serta relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia

Nasib hangpa la rakyat Selangor sebab teringin sangat merasa negeri ala-ala kebajikan cekik darah. lain kali fikir dulu sebelum pangkah calon & parti. Silap pangkah macam skang, maknanya hampir 5 tahun kena merasa peritnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s