Mat Sabu Gagal Saman Utusan…

Akhirnya kebenaran berjaya menerangi lorong-lorong kegelapan. Mat Sabu ataupun ada jugak sesetengah bloggers memanggilnya sebagai Marx Sabu telahpun hampir sampai ke penghujung hayat politiknya.

Kontroversi ucapan Mat Sabu yang pro Mat Indera Komunis bakal menutup tirainya dengan ending yang akan tercatit dalam sejarah tanahair sebagai titik noda yg memalukan parti Pas.

Ratusan ribu perwira tanahair dan sanak saudara mereka pastinya menadah tangan & meraup muka tanda kesyukuran betapa akhirnya terbukti fakta sejarah keganasan komunis tak dapat dipadamkan oleh satu dua ucapan politik kepartian yg jumud.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu yg menolak saman Mat Sabu dengan kos RM5,000 yg perlu ditanggung oleh Mat Sabu tentu saja akan menenangkan kembali roh para arwah perwira tanahair yg menjadi korban keganasan Mat Indera dan gerombolan komunis pimpinannya.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Demi kerana Mat Indera Komunis, tentu sekali Mat Sabu tak bermasalah untuk menanggung kos perbicaraan RM5,000.00 tu. ha..ha.. Padan muka.

Ni hanyalah satu permulaan awal, Mat sabu mungkin masih berpeluang utk merayu semakan semula (jika ada). Namun episod seterusnya agak kelam untuk Mat Sabu dan Pas.

Mahkamah batal saman Mat Sabu terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Saman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk John Louis O’hara membuat keputusan tersebut ketika membenarkan permohonan yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan penerbit akhbar tersebut untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Mohamad.

Ia ekoran daripada ketiadaan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan saman itu.

Menurut hakim, tuntutan saman tersebut merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak disebabkan tiadanya kenyataan sokongan tersebut.

Mohamad selaku plaintif juga, ujar Hakim O’hara, perlu mengesahkan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya seperti yang diperlukan di bawah undang-undang.

Katanya, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah.

Beliau yang menyifatkan tuntutan Mohamad sebagai remeh, menyusahkan, melampau dan menyalah gunakan proses mahkamah, menolak tuntutan itu dengan kos RM5,000.

Utusan Melayu dan Aziz yang diwakili dua peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun pada 27 Oktober lalu telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan itu dibacakan.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel terbabit adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Mohamad mendakwa, penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau penyokong pengganas komunis, telah terkeluar daripada ajaran Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera.

Sumber: Utusan Malaysia

Selain saman oleh Mat Sabu ni, masih ada lagi beberapa saman lain yang dikemukakan oleh waris-waris Balai polis Bukit Kepong serta lebih seribu report polis oleh NGO dan orang perseorangan.

Hanya tunggu waktu saja, satu demi satu akan jadi lilitan kain kapan untuk nyawa politik Pas dan Mat Sabu.

Itulah bahananya kalau orang yang cetek ilmu dan hanya tahu berpolitik serta berceramah siang malam 24/7 tapi masih teringin untuk bercakap soal sejarah tanahair.

Bila fakta cuba di putarbelitkan, tunggulah akibatnya kemudian hari.

 

* Al-fatihah untuk semua wirawan & wirawati serta orang awam yang menjadi mangsa korban keganasan Mat Indera & gerombolan komunis pimpinannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s