Ulama Adalah Nabi: Nik Aziz Cuci Tangan…

Bukak mulut juga akhirnya Nik Aziz berhubung isu ostaz budak yg menyalahtafsirkan maksud “ulamak pewaris nabi”.

Cuma agak hampa bagi ramai penyokong Pas yg duk mengharapkan Nik Aziz akan bertindak berani dengan mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat & teguran terhadap kelancangan mulut ostaz budak tu.

Harapan hanya tinggal harapan sajalah utk totok Pas yg ramai antara mereka kelu mulut dan terpeleot lidahnya utk menjawab keterbabasan ostaz pujaan depa tu.

Nik Aziz hanya berani bersilat kata secara umum tanpa mahu sedikitpun membutirkan kata-kata teguran dek kerana dia tahu pengaruh ostaz budak di kalangan penyokong Pas agak kuat terutama sekali di sekitar Machang dan Kuala Krai.

Langkah Nik Aziz yg cuba berselindung kata berkaitan tindakan ostaz budak menyamatarafkan dirinya (NIk Aziz) sama seperti Nabi dan dibandingkan dengan isu Islam di ganti dgn demokrasi &  ideologi kebangsaan tak jauh beza macam cubaan sapu sampah sarap ke bawah karpet.

KOTA BHARU 5 Dis. – Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

“Saya tidak tahu hujung pangkal ‘budak’ itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

“Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah ‘ulama adalah pewaris nabi’ oleh sebuah portal, detikperubahan.com.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Peel perangai Nik Aziz memang lagu nie sejak sekian lama, berdolak dalik dalam isu yg melibatkan kebobrokan puak sendiri sama seperti dalam isu perlantikan menantunya yg cuba dikaitkan dgn ‘kroni’ di zaman Nabi Muhammad.

Nik Aziz kalau dia cerdik sebaik sebelum isu ni masuk media dah lama dia pi tegur dan nasihatkan ostaz budak 3 suku tu supaya tarik balik huraian & tafsiran budus taraf kambing tu.

Tapi dek kerana apa yg ostaz budak tu cakap seakan memuji ketokohannya sebagai ‘tok guru’, maka Nik Aziz hanya mampu bersilat kata sambil mengembalikan semula tanggungjawab memperbetulkan tafsiran tu kepada ostaz budak, walhal isu ni banyak kaitannya dgn diri dia.

Pada sesapa yg belum tengok video keceluparan ostaz budak pujaan Pas tu, boleh play video kat bawah utk saksikan sendiri penghinaannya terhadap para nabi bila dgn selamber dia meletakkan taraf Nabi sama seperti manusia lain.

 

Inilah hakikat dunia skang, bila agama dijadikan bahan mencari undi politik akibatnya lagu nie la.

Sapa saja di angkat sbg ustaz hanya kerana menghafal beberapa ayat Al-Quran dan hadis, pantang nampak orang pakai kopiah atau serban 24/7 terus saja orang kita anggap mamat tu mulia sbb follow sunnah nabi, sedangkan kulit luaran bukannya gambaran tepat utk isi di dalamnya.

Sebab tu hampir semua jabatan agama di negeri-negeri seluruh negara menuntut para penceramah di masjid & surau lulus ujian & mendapat tauliah, tujuannya mudah demi mengelakkan pandangan serong seperti ostaz budak ni drpd mendarah daging dlm akal umat Islam disamping menjaga nama baik ilmuwan agama.

Pada sesetengah penyokong Pas yg masih ada yg berusaha utk spin isunya dgn pelbagai alasan eloklah try jernihkan skit hangpa punya otak tu supaya akal boleh berfikir dgn baik, jgn biarkan karat hijau menguasai diri.

Hangpa yg masih duk puja &  sokong Nik Aziz tu kot manapun terimalah hakikat yg Nik Aziz tu tetap hanya manusia saja, dia ada cacat cela, dia bukan nabi, dia bukan maksum dan yg pastinya jenama ‘tok guru’ pd Nik aziz tu hanyalah tempelan utk politiking duniawi semata-mata.

5 thoughts on “Ulama Adalah Nabi: Nik Aziz Cuci Tangan…

    • hek eleh, toksoh duk guna alasan bahasa kelate la bro. aku sendiri pun anok kelate, lebih drpd faham gapo namo hok ostaz budok duk merapu tu.

      pantang terbongkar salah silap puak dia, terus duk guna alasan dialek kelate, loghat kelate. chait..

      mu sendiri kena faham molek, dah memang jelas ostaz haprak tu merapu meraban duk samakan nik aziz & orang alim sebagai nabi.

  1. HAMBO CUMO NOK TUPENG SKIT JO PASAL HO PETING SEKALI BUKEN DIO PASAL JADI NABI TAKPI PASA JADI KUFUR …..HOH TENGOK NI………..<<<<<<<>>>>>>>

    NAMPOK GAYO….SAMA SAMA TOLAK ISLAM LA WEI…………JADI GUANO……LEPAS NI ?

  2. HAMBO CUMO NOK TUPENG SKIT JO PASAL HO PETING SEKALI BUKEN DIO PASAL JADI NABI TAKPI PASA JADI KUFUR …..HOH TENGOK NI………. [“Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.].
    NAMPOK GAYO….SAMA SAMA TOLAK ISLAM LA WEI…………JADI GUANO……LEPAS NI ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s